Showing posts with label tentang kami. Show all posts
Showing posts with label tentang kami. Show all posts

14 August 2014

Denggi: Kami Benci Aedes!

Nah kau tajuk!

Eh, Assalamualaikum.. Lama saya tak update. Bukan lupa, tapi kelam kelibut before and after raya. Mana taknya, asben kena denggi before raya.. Masuk wad. Kena pula denggi berdarah. Risau sangat. Mood raya dah hilang. Nakkan dia sihat jer.. Alhamdulillah, hari Jumaat last puasa dia dapat keluar wad.



Keluar-keluar wad jer terus service kereta dan cari keperluan raya untuk anak-anak. Semua last minute. Dan untuk yang pertama kalinya kami berbuka puasa kat keluar sepanjang tempoh Ramadhan kali ni. Pecah rekod! Masa ni asben tak ok sangat. Masih lagi lemah. Tapi terpaksa buat semua tu sebab esok dah nak balik kampung.



Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma hari ke tiga raya, saya demam! Agak teruk jugak la. Dengan pening kepalanya, badan seram sejuk. Sampai menggigil-gigil. Tapi bertahan. Hari kelima pula, anak demam! Serentak 2 orang. Baby dengan kakak. Demam panas suhu mencecah 40Âșc.. Risau sangat. Bawak pergi klinik terus masuk ubat ikut bontot. Baby ok, demam panas jer. Kakak yang risau, makan minum jer terus muntah-muntah. Sampai lembik.



Masa pergi klinik, doktor just cakap demam biasa. Tapi dari kampung, sampai balik KL demam mereka tak kebah-kebah. Hampir 4 hari demam. Terus bawak pergi check darah. Apalagi, confirm la mereka kena denggi. T___T Kakak tak kena tahan wad sebab platlet darah dia 70++ jer.. Baby kena tahan wad sebab platlet dia 50 dan sebab dia masih baby. Bahaya lebih sikit kata doktor. Kakaknya, hari-hari la kena datang hospital untuk check darah. 4 hari jugak la kakak ulang alik. Mama terpaksa jaga baby dalam wad. Urusan kakak, semua papa yang tolong settle kan!





Kesian sangat baby. Sampai lebam kaki tangan dia kena cucuk untuk ambik darah setiap 6 jam sekali. Sekali ambik darah tu, 5-6 cucuk kesan kat tangan dia, alasan doktor sebab tak jumpa 'line'. Ya Allah, sedih sangat. Sampai trauma dia. Datang jer orang dekat dia mesti menangis. 6 hari jugak dia dalam wad. Setiap kali ambik darah, mama dengar suara dia melalak.. Mama yang tunggu kat luar ni menitis airmata. Doa tak henti-henti supaya dia cepat sembuh dan boleh balik rumah.





NOTA:

Papa dah buat report tentang padang kosong yang dipenuhi rumput, semak samun area rumah kami. Harap Aedes takde lagi. Alhamdulillah, pangsapuri kami bersih. Sekarang, tengok jer nyamuk rasa nak picit-picit jer.. GERAM!

Nak cerita tentang raya kami pun tak sempat. Tunggu ya.. ^_^

24 June 2014

Cerita cuti sekolah.

Assalamualaikum.. haa, tengok tajuk, ketinggalan kan? haha.. Anak-anak dah start sekolah balik baru nak cerita. Cuti dua minggu. Lama jugak tu. Tiga hari pertama, anak-anak bebel-bebel dah, "Orang cuti sekolah semua berjalan. Semua cuti! Tapi kitorang kena duduk taska (Daycare). Tak seronok la.."

Tu la, 3-4 hari tu tadah telinga jer la kami suami isteri. Tapi mingu pertama cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad, kami bawak anak-anak pergi Melaka. Asalnya pergi kenduri. Tapi dah alang-alang sampai Melaka, papa diorang nak stay sampai hari Ahad. Cari la hotel memurah dekat-dekat area bandar. Apa lagi, baru la nampak ceria anak-anak. Pagi Sabtu kami ke kenduri sahabat baik kami, yang lelaki sahabat baik suami dan yang perempuan sahabat baik saya. Alhamdulillah, majlis lancar.

Otw pergi tu, siap 'bergaduh' dengan abang. Dia tak bagi mama jaga baby. Hehe..
Allhamdulillah, akhirnya saya dapat tengok sahabat baik saya naik pelamin!


Selepas habis kenduri, kami terus check in hotel area Pantai Klebang. Hotel murah jer, Brilliant Hotel. Takde view apa pun, just untuk mandi, tidur jer. Selesai check in, bagi baby nap sekejap. Pukul 4 lebih kami keluar balik. Pergi ke Menara Taming sari. Lepas tu terus ke Muzium Samudera yang berbentuk seperti kapal Portugis. Dekat, jalan kaki jer.. Hehe..

Muka poyo jer semua!
Mama dan Adelia. Mama dah gayat dah ni.
Senja. Memang dah lewat dah kami kesini.
Kat Samudera ni, diorang takde bergambar yang menarik. Huhu..

Pic mama pun blur. Mama rest. Baby nap. Hiks..

Kemudian cari tempat makan. Dah pukul 8 lebih tak silap. Masing-masing lapar dah.. Kami ke Melaka ni untuk yang pertama kali sebenarnya. Kami redah jer. Tak tau tempat makan best. Kawan ada, tapi tak pula kami bertanya. Hehe.. Kami makan kat Medan Selera Pahlawan Walk, sebab? Lagi sekali, dekat jer jalan kaki. Hehe.. Habis jer makan, masing-masing penat.. Dah macam-macam dah. Suami try google tempat menarik pun, dah takde menarik kot memalam kat situ.. Ada, Jonker Walk! Tapi sebab anak-anak dah penat, lain kali lah kata papanya. Hehe..  (Entah bila la pulak tu) Jadi kami balik ke hotel. 

Terus tidur. Adelia jer terkebil-kebil tengok TV sebab
dia dah tidur lama dalam pangkuan mama.

Esoknya, Terus check out siap-siap, kemudian cari tempat sarapan. Lepas tu kami ke A Famosa pula. Chop! sebelum tu kami parking kereta dekat area Dataran Pahlawan, kemudian kami naik beca ke A Famosa. Hehe..

Gambar berlima. Walaupun tak sempurna.
(Spoil la abang n kakak)
Pilih beca lain, dapat beca lain. Frust kakak. Hehe..
Korang tau? Hujan ni. Haha..
Kat Puncak A Famosa. Letih panjat tangga. :P

Turun jer dari A Famosa tu, dapat call dari kawan suami. Kawan lama masa dia belajar dulu. Dia ajak makan tengah hari kat rumahnya. Dah lama tak jumpa, setuju jer la. Lagipun, rezeki jangan ditolak kan/. Hehe.. Dapat la jumpa baby Medina yang muda 10 hari dari baby Adelia.





NOTA:

Haishhh.. banyak gambar untuk entry kali ni. Hehe.. Next entry, kenduri kat Kedah pula. Tunggu.. Tapi tak tau bila dapat update. ;)


17 June 2014

Adelia dah meniarap!

Assalamualaikum WBT..


Lama betul nak update satu-satu entry ni. Alahai.. Saya wujud lagi tau.. cuma busy sikit sekarang. Hari ni just nak kongsi, Adelia saya dah andai meniarap. Sebenarnya dia dah pandai meniarap1-2 minggu lepas. Itupun pengasuh dia a.k.a mak yang cakap. Tapi kat rumah Adelia taknak tunjuk kat saya yang dia dah pandai meniarap. 

Malam tadi, Isnin (16 Jun) Adelia dah 116 hari umurnya. Tiga bulan 26 hari..  akhirnya dia meniarap depan kami semua! Punya la abang dengan kakak dia happy! Haha.. 



Meleleh-leleh air liur dia! hehe..





NOTA:

InsyaALLAH, nanti saya cuba update dengan konsisten lepas ni! Heee...

06 January 2014

Terlupa ambil anak kat Tadika

Assalamualaikum WBT..


Haa.. tengok tajuk tu. Mesti rasa pelikkan, ada ke patut lupa ambil anak kat tadika? Macam mana la ibu boleh lupa anak sendiri! Huhu.. Kes ni memang terjadi kat saya. Hari pertama persekolahan lepas, saya memang duk leka kat sekolah kakak. Sebab kakak 1st day jalani 'kehidupan' barunya. Mesti la mama dia nak tengok perjalanan harian tersebut. Macam mana kakak dengan guru kelas dia? Macam mana kakak dapat kawan-kawan baru? Macam mana kakak nak pergi tandas? Macam mana kakak nak ke kantin beli makanan? 

Macam-macam la si mama ni fikir. Wal hal, hari pertama kakak ke sekolah, mama tengok kakak ni mampu berdikari. Kalau mama nak balik pun dia tak kisah! Hari pertama pun dah dapat kawan baik. Kawan baik dia pulak berkebetulan, nama pun sama. Alisya! hehe.. Seronok la dia. Alhamdulillah, Kakak mampu sesuaikan diri dengan kehidupan baru dia!

Kisah kakak memang mama tak lupa. Tapi Adik! Mama lupa ambil adik pada hari pertama adik kat tadika. Rupanya, hari pertama adik balik awal. Kalau ikut jadual sepatutnya adik balik jam 11.45am. Tapi hari tu adik balik 10.30am. Sedangkan waktu tu mama duk sibuk perhatikan kakak! Huhu.. Sian adik! Mama lupa nak tanya teacher adik waktu balik jam berapa!

Telefon mama bunyi. Tengok screen, pengasuh kat taska. Terus mama jawab. Dia cakap adik dah sampai taska! Hah?! Nasib baik adik pandai! Adik naik bas yang memang mama bayar untuk adik ulang alik dari tadika ke taska! Cuma hari pertama, memang mama janji nak ambik adik! Huhu..







NOTA:

Tambang bas memang naik seperti yang orang duk gempar gempurkan. Dulu, tambang bas dari taska ke tadika RM60 satu kepala. Tahun ni RM70 tak kira kita ambik satu hala ataupun dua hala. Bayaran tetap sama. Huhu.. Baru ingat nak jimat sebab saya hanya ambil sehala jer. Pergi saya hantar, balik je naik bas. Tak berbaloi jugak la gamaknya!

*Gambar-gambar mereka nanti saya update kemudian ya! Lupa nak transfer ke komputer. Hehe..*



31 December 2013

Alhamdulillah! Dapat Anak Buah Baru!

Assalamualaikum!

Haaa.. Comel tak?!!!

Alhamdulillah, 27 Disember 2013 lepas, adik (SIL) selamat melahirkan baby girl melalui pembedahan. Kalau ikutkan, adik kena jalani pembedahan pada 24hb atas sebab kedudukan baby songsang. Tapi bila pergi ke hospital pada tarikh tersebut, doktor cakap tak perlu buat pembedahan sebab baby dah kembali kedudukan normal. Tunggu jer la tanda-tanda nak bersalin macam biasa.

Pagi 27hb tu, adik dah mula rasa sakit (Tak sempat nak borak panjang, turun tanda ke apa). Dia terus ke Hospital Slim River dalam pukul 7.00am ++. Sampai sana, check semua, adik kena jalani pembedahan jugak sebab jalan belum bukak tapi baby dah berak dalam perut. Paling sadisnya, pakar tak ada kat sana, bercuti katanya. So, adik kena naik ambulans ke Hospital Teluk Intan. Kesian dia duk sakit-sakit tu.. kena pulak pindah-pindah hospital. Perjalanan lebih kurang 30-45 minit kalau tak silap. Huhu..

Tapi Alhamdulillah, semua selamat. Nama baby dirahsiakan lagi. Dia cakap kalau nak tau nama, sila balik kampung! Ekeke.. So, Sabtu ni kami akan balik kampung jenguk baby baru! Yeayyy..





NOTA:

Lupa nak bagitau.. Adik ipar saya ni saya panggil "akak". Sebab dia ada kembarnya. Adik kembar dia yang kami sekeluarga juga panggil dia dengan panggilan "adik" baru lepas kehilangan baby masa bersalin hari raya Aidilfitri hari tu. Boleh klik SINI untuk cerita dia. Kalau ikutkan adik pun dapat baby girl jugak. Tapi ALLAH lebih sayangkan arwah. (Al-Fatihah)

21 November 2013

20.11.2005

SAVE THE DATE!
“I've been fighting to be who I am all my life. What’s the point of being who I am, if I can’t have the person who was worth all the fighting for?”
I LOVE YOU, HUBBY!





NOTA:

Syukur Alhamdulillah.. Semalam, sudah lapan tahun. Semoga kami kekal bahagia hingga ke syurga!


03 November 2013

Kalau Dapat Cutikan Best!

Assalamualaikum.. Happy Deepavali untuk semua kaum India! 






OK lah.. musim cuti ni.. ramai kawan-kawan bercuti dengan family masing-masing.. Teringin pula kita tengok.. Selamat bercuti ya korang. Anak-anak YUS pun tengah cuti sekolah ni.. diorang sibuk duk ajak pergi jalan-jalan.. Maaf lah anak-anak, mama dengan papa tak dapat cuti..

Gayanya, isnin nanti mama bawak korang pergi opis mama la ni.. Taska tutup.. Harap-harap bos tak masuk la nanti.. ekekeke..





NOTA:

Ada peluang nanti, insyaALLAH nak bawa anak-anak bercuti. Kesian mereka. Hehe..





16 October 2013

Ikan Talapia dan Air Asam MIL

Assalamualaikum..

Haa.. saya ada post entry yang saya beraya kat hutan batu kan? Tak jadi sebenarnya.. Suami ajak balik raya kat kampung dia di Sungkai, Perak. Walaupun hati rindu nak balik kampung halaman sendiri, rindu nak jumpa orang tua.. rindu nak jumpa adik-beradik yang lain.. Tapi hati terubat juga la dapat beraya dengan keluarga suami.

Kami balik dah petang sangat dah hari sabtu tu. Sampai-sampai pun dah maghrib. Perjalanan tak jauh pun.. 2 jam jer.. kalau kat KL ni apa ada hal 2 jam kat jalan raya.. ekekeke.. Ok la, tak nak panjang sangat. Nak cerita pengalaman setelah 8 tahun kahwin ni jer. Tapi gambar tak ada. Saya tertinggal kamera kat rumah! huhu...

Hari ahad..  Masa makan tengah hari.. simple jer mak masak.. Mak masak ikan talapia goreng, masak lemak sayur bayam merah, ulam-ulaman, sambal kelapa, ari asam. Nak tau tak? Saya tak makan semua ni.. Resepi yang mak masak ni, saya hanya makan sayur bayam merah jerk.. Lepas tu suami cakap, try la mkn ikan ni cicah air asam.. SEDAP dia kata... 

Ikan yang mak goreng, garing2 sangat (Gambar ihsan dari Mr. Gugel) 
Air asam yang mak buat memang terbaik! (Gambar ihsan dari Mr. Gugel)

Saya segan jugak. Adik-adik semua suruh saya cuba. Risau mak dah serba salah. Dia memang tahu saya tak makan ikan tu. Selalunya mesti dia goreng ikan kembung untuk saya. Tapi maklum la, kami balik mengejut. Mak ayah tak ada la beli ikan tu. Saya pun cuba.. ambil part yg garing2 tu.. cicah.. perghh,.. sedapnya air asam mak buat ni.. ikan tu saya tak rasa apa-apa sebab dia garing... Saya cubik lagi ikan tu.. cicah air asam.. Mmm.. berselera sungguh saya makan.. Mak pun nampak suka bila tengok menantu dia yg selama 8 tahun dah balik umah dia ni tak pernah jamah ikan talapia.. 

Tapi kan.. petang tu ada satu kejadian.. Saya mula rasa mual-mual.. loya! Haiya.. saya dah start bau ikan tu 'dlm perut' saya.. dan akhirnya saya muntah dalam toilet tanpa pengetahuan sesiapa.. huhu.. macam mana ni? Risau kalau-kalau saya balik kampung lain kali, mak masak macam ni lagi. huhu..





NOTA:
Saya tak tahu kenapa, saya memang tak boleh nak telan ikan sungai. Mungkin tidak diajar dari kecilkan. Cuba juga untuk belajar makan, tapi memang akan terkeluar semula. Huhu..


12 October 2013

Salam Aidiladha!

Selamat hari raya semua. Hari ini, sabtu, 12okt.. saya masih disini.. dihutan batu! Huhu.. Tak tahu lah balik kampung ke tak.. rasanya beraya kat sini kot. Seronok tengok semua orang update perjalanan balik kampung masing-masing. Apa-apa pun semoga selamat sampai semua! Siapa yang buat korban tahun ni? Semoga pengorbanan yang kita buat sentiasa diberkati Allah s.w.t.









NOTA:

Sebenarnya, saya dah lama tak sambut hari raya korban kat kampung saya. Ingat tahun ni berpeluang la, rupanya masih belum ada rezeki untuk kami sekeluarga. Semoga tahun-tahun depan kami dapat sambut kat kampung pula. InsyaALLAH... ;)



31 January 2012

Tolong Menolong.

Ibnu Katsir berkata dalam menafsirkan ayat (bermaksud):
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Al-Maidah:  2)


Ibnu Jarir pula berkata: Dosa ialah meninggalkan apa yang Allah suruh anda lakukannya, dan pencerobohan atau perlanggaran ialah melampaui batas yang ditetapkan Allah dalam agama dan melampaui batas dari apa yang Allah telah perintahkan kepada anda dalam diri anda dan orang lain. Dalam hal ini Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):
"Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang dizalimi”, Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, kami memahami tentang menolong orang yang dizalimi, bagaimana menolongnya kalau dia seorang yang zalim? Nabi berkata (bermaksud): "Kamu menghalang dan mencegahnya dari berbuat kezaliman. Itulah cara menolongnya". (HR. Bukhari)

Sabda nabi saw (bermaksud):
"Tunjukkanlah ia kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya".(HR. Tirmidzi)

Sabda nabi aw lagi (bermaksud):
"Orang mukmin yang bergaul dengan orang dan bersabar di atas penyiksaan mereka memperolehi pahala yang lebih besar daripada orang yang tidak bergaul dengan orang dan tidak sabar dengan penyiksaan mereka". (HR.Tirmidzi).



p/s:
Saya sangat-sangat berharap untuk menolong adik beradik sendiri yang dalam kesusahan. Setiap hari, sebelum mata terpejam, selalu teringatkan mereka. Bila bangun, buka mata pun ingatkan mereka. Selalu jugak saya berdoa.. "Ya ALLAH, tunjukkan kepada ku jalan untuk aku menolong adik beradik ku Ya ALLAH. Aku tak mampu hulurkan bantuan dari segi wang ringgit. Berilah aku petunjukMu Ya ALLAH".

Tetiba pagi tadi suami call. Dia cakap, dia ada terfikir satu idea. Balik rumah nanti dia ceritakan. Saya tak sabar dan saya tak tahu apa maksud dia. Sebab saya jarang bercerita tentang kesusahan adik beradik saya pada dia. Saya paksa dia cerita on the dot. hehe.. Rupanya dia pun sama, terfikirkan kesusahan dan kesempitan hidup darah daging saya.

Sekarang saya hantar anak-anak saya kat nursery. Tiap-tiap bulan saya bayar nursery tu. Sekarang ni, suami saya cakap, dia nak adik saya jaga anak-anak sambil jaga anak-anak dia sendiri. Dia akan bayar adik saya dan belikan makanan dapur untuk mereka nanti. Itu jer lah cara yang dapat kami tolong.

20 April 2011

kakak x pandai kayuh basikal..

(Klo gambo ni msuk contest kakyong.com pn ok.. huhu.. terlepas sudah.... )


Alysha dh 4 thn lbih.. gazy dh nk msuk 3 thn... tp x pnah belikn beskal kt dorg ni.. akhir2 ni kesian, bila nmpak jerk beskal meleleh air liur haha.. *xde la.. Si gazy la yg lbey nye.. bila gi umah echu, berebut nk naik beskal tu.. smpai abg. adam kena mengalah.. huhu.. last2 baru tergerak ati papa belikan dorg beskal.. tp beli satu jer.. sebab...................

kakak gedik.. heee...



si alysha x pandai kayuh basikal... klao dia naik beskal, kejung kt situ jerk x bergerak... last2 suh adik yg ajar.. "adik, mcm mne nk gerak ni dik... mcm mne ni?".. haaa tu jerlah yg kuar dr mulut dia.. si adik lak bkn main lg ajar... "niiii... tolak tini.... tatak tetan tini... nati jalan laaa.....".. tergelak dgar si adik yg beria2.. siap gi tolong pegang2 beskal tu.. tp kakak still x bleh.. hehe..




p/s:
tp sbenarnya ok gak dia x tau.. xde la dia berebut ngan adik.. ekekeke.....

04 January 2011

Sisa-sisa 2010 yg memenatkan..

Disember 2010.. huhu.. penat sgt.. byk kali EL.. cuti tahunan dh pn -ve.. huhu.. ntah ape bos ngan staff2 lain ckp.. aku terpaksa.. awal disember.. alysha demam.. 2 ari aku cuti jaga dia..  aku susah ati klo nk anto alysha ke nursery time demam2.. aku sian kn dia.. sebab dia ni mmg susah mkn ubat.. smpai muntah2.. klo muntah tu kluar ubat jerk xpe la.. ni kluar sume isi perut dia.. huhu..

 3 ari pastu, mgu ke2.. gazy lak demam + semput.. ini mgkin salah aku gak.. aku x prasan dia main bedak.. hampir satu botol habis dia tabur2 kn bedak kt badan dia.. termasuk la muka dia skali.. *dh mcm aziz satar dlm citer do re mi tu* Kali ni gazy terpaksa sedut gas.. doktor ckp.. truk sgt dia batuk..  klo takat batuk jerk xpe, ni sampai muntah2.. xsmpai sejam muntah.. batuk skit muntah.. mkn x nk.. susu pn xnk.. susah ati btol.. dalam masa yg same, alysha demam blk.. *sbenarnya, demam ari tu pn x kebah lg.. dia demam mlm plak* pastu bdn dia naik bintik2 merah.. mcm ruam.. mcm demam campak pn ade.. dia mengalami kegatalan yg agak teruk.. habis kulit dia melecet sebab dia garu x henti2.. huhu.. sian sgt.. aku bwk gi klinik.. doktor ckp dia mngalami alahan.. sebab alysha ni pn ade semput jgak.. so, doktor ckp, bdk2 yg kena semput ni berkemungkinan juga akan mngalami alahan kulit.. kali ni lak 3 ari aku cuti.. jaga dorg .. x smpai ati klo ank x sihat nk htr nursery.. 

ni time gazy kena sedut gas..

 
ni gmbo dia demam.. hehe.. nk tunjuk muka merah mcm udang kena bakar.. tp bintik2 tu x nmpak jelas..

selang 4 ari pastu.. iaitu mggu ke3, alysha tetiba bengkak kt leher dia.. besar jugak la.. mcm telur puyuh.. terkejut.. takot pn ade.. bwk gi klinik.. mula2 aku ingatkn dia kena beguk..tp rupanya kelenjar dia bengkak.. maybe dia demam byk ari tu sebab sakit kt situ.. doktor ckp, bengkak tu mmg sakit.. mmg akan demam.. doktor kasi ubat.. 2 jenis jerk.. antibiotik ngan tahan sakit.. ni sbb aku ckp, si alysha ni mmg susah mkn ubat.. smpai muntah2.. so, dr. tu kasi 2 jenis jerk.. tu pn ubat yg mmg 'kuat'.. kena paksa mkn jugak.. klo bengkak x hilang dlm mase 3-4 ari, alysha kena oprate buang bnde tu.. hah! lg la aku takot.. huhu.. maka terpaksa la aku memaksa dia mkn ubat tu.. smpai kan aku pn nk nangis tgok dia nangis..  last2 dia ckp.. "kakak x sakit.. jgn bg kakak mkn ubat putih tu.. kakak nk ubat pink [ubat demam] jerk" huhu.. sedih nye... cuti lg la aku 2 ari.. huhu..  hepi sgt.. lpas 2 ari aku tgok bengkak tu dh surut.. 
ni kunun2 nk tunjuk leher yg bengkak tu.. tp x nmpak la plak.. huhu..

kemudian.. mggu ke4.. si gazy demam mcm alysha.. bdn naik bintik merah2.. aku cuak takut jd mcm alysha yg leher bengkak tu.. tp sib baik.. 3 ari jerk dia mcm tu.. pastu dh elok.. huhu.. penat sgt! kali ni special sket.. 3 ari aku cuti berturut2..  + cuti umum yg PM kasi sebab BOLA.. maknanya.. aku cuti ari selasa smpai sabtu.. huhu.. giller lame..

ni mase demam + bdn naik bintik2 merah..


lagi satu kejadian, penutup tahun 2010.. aku kena ulser mulut.. keliling siap kena kt anak tekak.. cuba bayangkan sakitnya... huhu.. sdey btol.. 





p/s:
tp alhamdulillah.. sume aku dpt tempuh.. hehe..

09 December 2010

suka nye! TERHARU pn ade..

ptg smlm (08122010) jem teruk.. aku kuar opis jam 5.45pm tp dlm jam 6.30pm aku rase baru dlm 500 meter bergerak.. perghh.. sesambil dgar hotfm, tetiba terpandang kt depan.. BERASAP! ape lg.. mggelabah la aku! nk meletop ke keta ni.. mcm2 pk.. muahaha.. trus kasi signal.. msuk ke kiri.. sib baik, dpan tu ade ruang benti.. xde la kacau jln nnt btambah jem jln yg sememangnya tgh jem tu..

trus tepon en.asben, dia ckp relax dulu kt tepi.. mayb air kering! hahaha... *naik keta xpnah nk check.. itu lah padahnye* mula, en.asben suh tgu keta sejuk dulu.. then aku kena check or tambah air.. aku ckp ok! nnt agak2 dh sejuk, aku buat la.. aku kuar, bukak bonet tu.. kot leh cpat kn proses penyejukkan keta tu.. ekeke.. tetiba en.asben call.. dia ckp, xyah buat ape2.. nnt dia dtg! siap pesan.. duk jerk dlm keta.. xyah kuar kunun2 nk bukak bonet.. ahahaha.. aku kuar blk ttup bonet! *aku paham, dia risau.. org skang xleh nk pcaya sgt! mcm2 ade.. kot2 ade yg nk ambik kesempatan kunun2 nk tlong.. huhu..*

yg aku terharunya.. dia sgup dtg, redah jln jem.. wlpun naik motor... lg satu.. kn smlm hujan.. dia redah jugak hujan2 tu nk dtg sbb risaukn aku.. huhu... basah kuyup dia smlm.. padahal dia dtg, xde la watpe pn.. juz tmbh air jerk.. *yg spatutnya aku buat sdiri jer* alahmdulillah.. xde kerosakan lain.. huhu.. lenkali, aku kena slalu check la.. xnk la mnyusahkan en.asben lg.. huhu..






p/s:
saya sayang awak!

20 November 2010

save the date! -20-11-2005-


alhamdulillah, syukur pd-Mu ya ALLAH..
terharu.. gembira.. tup.. tup.. dh 5 tahun kami bersama..
mcm2 kami lalui.. 
gembira? kelakar? sdey? manis? pahit? perit?
smua tu tersemat dihati..
org ckp, pngalam mngajar kita erti hidup..
hargai lah kehidupan kita..
apa adanya kita, apa adanya dia.. terima lah!
semua itu jodoh kita..
lalui lah dengan penuh kesabaran..
dalam 5 tahun ini, aku di kurniakan sepasang cahaya mata..
amatlah bahagia.. mereka, buat aku tersenyum..
skali lg, TERIMA KASIH ya ALLAH...