Bissmillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT..
YA! PerancanganNYA maha hebat. Kekadang tak tecapai dek akal kita. Tapi yakinlah dengan DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Owh, sebelum tu.. Selamat hari raya kawan-kawan. Ampun maaf dari saya andai ada yang terguris setiap apa yang saya keluarkan selama saya disini. Alhamdulillah, Aidilfitri saya sederhana dan kami semua bergembira. Nikmatnya masih terasa. Syukur ya ALLAH.
Tapi kami sekeluarga menerima khabar sedih di hari raya kelima. Adik (SIL) saya, kehilangan anak dalam kandungannya waktu proses kelahiran. Anak yang dinanti dengan penuh keterujaan, maklumlah bakal menjadi puteri pertama dalam keluarga.
Saya sedih? Ya, siapa tak sedih 9 bulan dikandung.. dijaga.. ditatang.. tapi akhirnya dia tak muncul. Tapi saya tau, Adik lagi sedih. Bahu yang memikul lagi berat tanggungannya dari apa yang kita lihat. Semua sekelip mata. Tengah hari yang sama, saya tengok adik tenang jer.. Kemudian ada keluar tanda, tompokan darah. Tapi sedikit jer.. Sakitnya masih lagi tahap biasa. Tapi kami adik-beradik dah buat persiapan untuk hantar adik ke hospital. Adik masih lagi tenang. Dia terus hubungi suaminya yang tengah bertugas di Kedah.
Sebelum ke hospital, kami semua sempat beraya ke rumah opah saudara. (adik, berbaju pink) |
Sampai ke Hospital Slim River, adik terus ditolak ke labour room (masa ni saya hanya menunggu dirumah). Menurut kata mak, lama sangat menunggu. Dah memang terdetik dalam hati mak.. "Kenapa dengan anak aku ni.. lamanya.." Mak mengeluh dalam hati.. Tiba-tiba nurse panggil masuk jumpa adik. Mak tengok adik belum bersalin. Tapi adik menangis. Adik terus cakap, "Mak, baby adik dah takde.." Terkelu, tak tau nak cakap apa. Mak tertanya-tanya sendiri, ada jatuh ke? kenapa pulak? Lepas tu doktor terangkan sedikit maklumat kepada mak.
Adik kena teruskan proses bersalin secara normal. Lama mak tunggu. Jam 1.00++ am, baru baby keluar. Kaku. Biru. Tapi sempurna. Cantik. Suami adik sampai Hospital jam 2.00++am.. Dia tak sempat bantu adik. Bantu untuk memberi adik semangat. Masa perjalanan suami adik bersama mak dan ayahnya, Mak tak berani untuk bagitahu perkara sebenar. Biarlah doktor perjelaskan segalanya agar tidak menganggu perjalanan jauh mereka. Suasana pilu. Nampak muka ceria dan tak sabar nak tengok anakanda dan cucunda yang dinanti. Perkara pertama terpancul dari mulut suami adik, "Ina sihat, mak?" Angguk. Itu yang mampu. Mak dan ayah mertua adik terus mengalir airmata bila tahu keadaan sebenar.
Kami menunggu dirumah dengan penuh gundah gulana. Hingga ke pagi. Adik kritikal. Masih dalam labour room. Alahuakbar. Sedih yang bertimpa-timpa. Tidak sesiapa dibenarkan jumpa adik. Hanya suami sahaja. Tapi itu pun untuk 5-10 minit sahaja. Tidak dibenarkan berbual. Mereka balik ke rumah tinggalkan adik di hospital untuk uruskan jenazah. Pilu hati saya bila melihat suami adik memangku jenazah masuk ke dalam rumah untuk di solatkan. Airmata ni tak dapat ditahan-tahan, bercucuran keluar. Saya tahu, kami kena kuat. Kuat agar adik dan suami tidak bertambah pilunya.
Ahli syurga itu telah selamat di sempurnakan. Bidadari yang diberi nama Nur Aishah. Alhamdulillah, bertuah ibubapanya. Sekarang, kami hanya risaukan adik. Untuk hari kedua, 2 pain darah dah dimasukkan. Doktor cakap, darah masih tak cukup. Masuk hari ketiga, adik masih di labour room. Saya masih tak faham. Kenapa tidak dipindahkan adik ke ICU? Mungkin risiko, kot. Hari keempat, sudah 4 pain darah dimasukkan dan beberapa platelet (saya tak tau pun platelet tu apa, adik cakap warna kuning-kekuningan. Macam lemak).
Hari keenam, adik dapat dipindahkan ke wad biasa tapi masih dalam penjagaan rapi doktor. Alhamdulillah, adik dapat keluar hospital hari kelapan. Syukur. Saya berharap sangat, adik dapat menerima ketentuan ini. Redho dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya perancanganNya adalah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, sudah ada yang menunggu adik di sana.
NOTA:
Kata doktor, sebab utama kematian adalah kerana darah adik naik dengan mendadak. Darah tinggi melebihi 200 bacaan. Kalau tidak bernasib baik, adik mungkin akan diserang sawan. Kuasa ALLAH, yang kami tidak tahu punca kenapa adik kena darah tinggi sedangkan semasa 9 bulan kandungan, adik hanya mengalami sedikit masalah darah rendah dan itu normal untuk wanita mengandung.
Walau apa yang terjadi, kami bersyukur adik selamat.
allahuakbar, mengalir juga airmata nih membaca, insyaallah arwah nur aishah menunggu adik dan suami za disana..
ReplyDeletebersabarlah menerima takdir ini ye, akak doakan semoga semua nya selamat, pulih seperti sediakala..
Terima kasih kak.. mmg sedih sgt time tu.. sy pun berharap kdaan kembali seperti biasa. Risau juga dalam tempoh pantang ni, takot dia masih teringat-ingatkan arwah.. :(
ReplyDeletemasyaAllah.. sedihnya... bersalin sprt biasa tp baby nya tidak bernyawa... Allahhh....
ReplyDeletetak apa, dah tunggu adik kak yus di sana kan... untunglah dia...
platelet tu, setahu Hanie, utk mencegah darah cair.. ia adalah agen pembeku darah ;)
Tu la Hanie.. sedihkan.. tapi setiap orang ada bahagian masing-masing.. DIA dah tentukan.. dan k'yus tau.. perancanganNYA adalah yang paling tepat.
ReplyDeleteOwh ya ke hanie? k'yus blom sempat gugel pun psal platelet ni.. hehe. thanks for the info!!! <3
sedihnya kak......T_T semoga adik akak baik2 aje.....
ReplyDelete