24 June 2014

Cerita cuti sekolah.

Assalamualaikum.. haa, tengok tajuk, ketinggalan kan? haha.. Anak-anak dah start sekolah balik baru nak cerita. Cuti dua minggu. Lama jugak tu. Tiga hari pertama, anak-anak bebel-bebel dah, "Orang cuti sekolah semua berjalan. Semua cuti! Tapi kitorang kena duduk taska (Daycare). Tak seronok la.."

Tu la, 3-4 hari tu tadah telinga jer la kami suami isteri. Tapi mingu pertama cuti iaitu hari Sabtu dan Ahad, kami bawak anak-anak pergi Melaka. Asalnya pergi kenduri. Tapi dah alang-alang sampai Melaka, papa diorang nak stay sampai hari Ahad. Cari la hotel memurah dekat-dekat area bandar. Apa lagi, baru la nampak ceria anak-anak. Pagi Sabtu kami ke kenduri sahabat baik kami, yang lelaki sahabat baik suami dan yang perempuan sahabat baik saya. Alhamdulillah, majlis lancar.

Otw pergi tu, siap 'bergaduh' dengan abang. Dia tak bagi mama jaga baby. Hehe..
Allhamdulillah, akhirnya saya dapat tengok sahabat baik saya naik pelamin!


Selepas habis kenduri, kami terus check in hotel area Pantai Klebang. Hotel murah jer, Brilliant Hotel. Takde view apa pun, just untuk mandi, tidur jer. Selesai check in, bagi baby nap sekejap. Pukul 4 lebih kami keluar balik. Pergi ke Menara Taming sari. Lepas tu terus ke Muzium Samudera yang berbentuk seperti kapal Portugis. Dekat, jalan kaki jer.. Hehe..

Muka poyo jer semua!
Mama dan Adelia. Mama dah gayat dah ni.
Senja. Memang dah lewat dah kami kesini.
Kat Samudera ni, diorang takde bergambar yang menarik. Huhu..

Pic mama pun blur. Mama rest. Baby nap. Hiks..

Kemudian cari tempat makan. Dah pukul 8 lebih tak silap. Masing-masing lapar dah.. Kami ke Melaka ni untuk yang pertama kali sebenarnya. Kami redah jer. Tak tau tempat makan best. Kawan ada, tapi tak pula kami bertanya. Hehe.. Kami makan kat Medan Selera Pahlawan Walk, sebab? Lagi sekali, dekat jer jalan kaki. Hehe.. Habis jer makan, masing-masing penat.. Dah macam-macam dah. Suami try google tempat menarik pun, dah takde menarik kot memalam kat situ.. Ada, Jonker Walk! Tapi sebab anak-anak dah penat, lain kali lah kata papanya. Hehe..  (Entah bila la pulak tu) Jadi kami balik ke hotel. 

Terus tidur. Adelia jer terkebil-kebil tengok TV sebab
dia dah tidur lama dalam pangkuan mama.

Esoknya, Terus check out siap-siap, kemudian cari tempat sarapan. Lepas tu kami ke A Famosa pula. Chop! sebelum tu kami parking kereta dekat area Dataran Pahlawan, kemudian kami naik beca ke A Famosa. Hehe..

Gambar berlima. Walaupun tak sempurna.
(Spoil la abang n kakak)
Pilih beca lain, dapat beca lain. Frust kakak. Hehe..
Korang tau? Hujan ni. Haha..
Kat Puncak A Famosa. Letih panjat tangga. :P

Turun jer dari A Famosa tu, dapat call dari kawan suami. Kawan lama masa dia belajar dulu. Dia ajak makan tengah hari kat rumahnya. Dah lama tak jumpa, setuju jer la. Lagipun, rezeki jangan ditolak kan/. Hehe.. Dapat la jumpa baby Medina yang muda 10 hari dari baby Adelia.





NOTA:

Haishhh.. banyak gambar untuk entry kali ni. Hehe.. Next entry, kenduri kat Kedah pula. Tunggu.. Tapi tak tau bila dapat update. ;)


17 June 2014

Adelia dah meniarap!

Assalamualaikum WBT..


Lama betul nak update satu-satu entry ni. Alahai.. Saya wujud lagi tau.. cuma busy sikit sekarang. Hari ni just nak kongsi, Adelia saya dah andai meniarap. Sebenarnya dia dah pandai meniarap1-2 minggu lepas. Itupun pengasuh dia a.k.a mak yang cakap. Tapi kat rumah Adelia taknak tunjuk kat saya yang dia dah pandai meniarap. 

Malam tadi, Isnin (16 Jun) Adelia dah 116 hari umurnya. Tiga bulan 26 hari..  akhirnya dia meniarap depan kami semua! Punya la abang dengan kakak dia happy! Haha.. 



Meleleh-leleh air liur dia! hehe..





NOTA:

InsyaALLAH, nanti saya cuba update dengan konsisten lepas ni! Heee...

22 May 2014

Babywearing - Ringsling

Assalamualaikum WBT..

Lama betul tak update. Tengok-tengok baby dah tiga bulan dah. Sekejap jer masa berlalu. Ni nak cerita pasal baby carrier. Kalau dulu, masa anak pertama saya memang tak beli apa-apa jenis carrier even stroller sakali pun. Rasanya anak sorang lagi, masih mampu nak dukung. Hehe.. Tup tup, Allah bagi rezeki dapat baby lagi masa kakak baru umur 1 tahun 4 bulan. Masa ni dah terfikir, macam mana nak bawak anak-anak gi jalan.. gi kenduri ker? berdukung? Kalau bahagi sorang satu anak dengan papa dia memang la boleh, tapi kalau dua-dua anak nak dengan mamanya macam mana? Rezeki, masa duk fikir-fikir nak beli sesuatu, bos hadiahkan stroller. Jadinya, memang kami simpan jer lah duit tu. 

Masa tu memang terfikir, susahnya nak bawak stroller bagai gi shopping, gi kenduri.. leceh. Dengan orang ramai, sesak-sesak.. kita pula duk sorong stroller.. huhu.. Tapi fikiran takat tu jer. Tak berkembang. Sampai la umur kakak dengan adik masing-masing 5 tahun dan 4 tahun.

Nak dijadikan cerita, ada la kawan kat facebook add masuk dalam group Malaysian Babywearers. Memula tu macam malas nak layan. Sebab rasa sangat tak berkaitan. Jadi, off kan noutification group. Tak ada la menyemak wall rasanya. Hehe. 

Dengan izin Allah, DIA bagi lagi kita rezeki. Masa Adelia dalam kandungan, still tak ambik port pasal ni. And the end, DIA bukakkan mata. Baru nak fikir.. Nanti macam mana nak dukung Adelia turun dari tingkat 2 dengan segala beg (beg taska kakak/abang, beg kasut, beg sekolah, beg baby, beg mama lagi.. heh). Maklum la duk umah flat. Bukan kata tak ada lift, tapi setakat tingkat dua rasa cergas lagi turun naik tangga. Sebab rasa lift lambat. Cuma fikir nak bawa barang-barang tu, HOW?

Masa ni pun fikir just nak beli stroller jer (stroller lama dah tak ada), terlintas pulak pasal group Malaysian Babywearers. Cuba buka, baca dan fahami. Wah, memang sangat praktikal untuk saya yang duk rumah flat ni. Mula-mula kumpul duit sebab untuk cari yang terbaik, jadiya yang terbaik tu agak mahal jugaklah. Memang ada yang murah. Tapi kalau boleh nak beli yang terbaik dan boleh guna pakai dalam tempoh yang lama. Hehe.. Sebenarnya banyak jenis baby carrier ni. Saya pun tak boleh nak ingat sepenuhnya. Dari ringsling, wrap, ssc dll. Saya selalu confius untuk memilih baby carrier yang sesuai. Tapi dalam group tu, banyak info yang  membantu.

Untuk fasa pertama, saya memilih ringsling. Praktikal untuk newborn hingga toddler. Sementara kumpul duit, just try pashmina. Sebab ada jugak cara-cara ikat yang boleh adjustable sama seperti ringsling tu. Belajar kat youtube dari member group jugak. 


Ok jugak la. Agak praktikal just needed one hand to support baby. Satu tangan lagi boleh pengang benda lain. Cuma tak berapa confident sebab takut ikatan terbukak. Heee.. Tapi Alhamdulillah, ada ahli group tu nak jual ringsling dia. Harga pun murah.  Syukur sangat.



See.... Adelia pun nampak selesa jer. Sekarang tengah kumpul duit nak beli SSC (soft structured carrier). Tunggu adelia dah 7 kg keatas. 





NOTA
Ni sedikit info tentang babywearing yang saya copy and paste dari group Malaysian Babywearers


Apa itu BABYWEARER?
Babywearer itu maksudnya ORANG yang menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi ataupun baby carrier.

Apa itu BABYWEARING?
Babywearing itu pula adalah PERBUATAN menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi....

Apa itu BABY CARRIER?
Baby carrier itu bermaksud ALAT menggendong bayi yang diperbuat daripada kain.

Jadi boleh nampak dengan jelas, babywearer ialah ORANG, babywearing ialah PERBUATAN, dan baby carrier ialah ALAT. Sebagai contoh ayat, "Saya sangat teringin untuk mencuba BABYWEARING kerana saya teruja apabila melihat seorang BABYWEARER yang sedang menggendong bayinya yang sangat comel. Boleh bantu saya cadangkan BABY CARRIER yang sesuai untuk saya beli?

A BABYWEARER is a PERSON who carries his/her baby using a BABY CARRIER. This act of carrying a baby using a baby carrier is known as BABYWEARING.