08 June 2022

Identical or non-identical?

 Owh ya..

Tahun 2017,  Allah bagi rezeki yang tak ternilai buat saya sekeluarga. Saya dikurniakan anak kembar. First scan kat klinik swasta, doktor terus sebut, "Subhanallah, Alhamdulillah.." terus dia ajak suami tengok screen. Lepas tu dia tanya nampak tak? satu ke dua? terkebil-kebil suami dengan saya masa tu. Dia cakap; "tu haa, ada dua denyutan nadi.." Allahu, teruja sangat! dengan doktor pun teruja sekali. Owh sebelum kejadian, saya ada share prank kat FB saya. Prank tu psal twins pregnancy. Rupanya, Allah betul-betul bagi saya rezeki tu.

Ni posting 'prank' tu.
Ni posting lepas dapat berita betul-betul mengandung kembar.

Saya tak pernah ada pengalaman twins.. Keturunan belah saya pun rasanya tak ada. Tapi belah suami ada kembar. Adik suami sendiri kembar tak seiras. Masa scan kat klnik tu, doktor cakap gen kembar sebenarnya bukan dari suami. Gen tu datang dari isteri (Anda boleh google untuk maklumat lanjut). Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah kan. Saya bersyukur sangat-sangat. Semua happy dengan berita ni. Kalau nak cerita pengalaman kembar ni, banyak sangat. Dah 5 tahun dah berlalu. Tapi kenangan tu tetap utuh dalam ingatan. Scan 7 weeks doktor dah sahkan kandungan saya kembar 2 kantung means kembar tak seiras (non-identical). Masa ni berserah je, asal selamat semuanya. Kembar lahir tepat dengan due date dia. Masuk hospital malam 13hb April 2017, pagi 14hb April 2014 pukul 4:40 am dan 5:00 am selamat bersalin. Lepas si abang keluar, si adik doktor suruh tunggu sekejap sebab dia dalam keadaan melintang (transverse lie). Masa ni 3 pakar datang check sama ada boleh normal atau pun kena caesar. 20 minit juga doktor nak decide sambil-sambil di golek-goleknya perut saya masa tu.. dan akhirnya si adik berjaya dipusingkan. Alhamdulillah, semua selamat.


Masa lahir, abang 2.72kg dan adik 1.97kg. Tapi sekarang adik mendahului si abang dah. Jauh sangat adik tinggalkan si abang. Kembar kami ni jauh sangat bezanya. Kalau orang tengok, memang tak akan menyangka mereka ni kembar. Dari segi rupa paras dan fizikal, memang jelas berbeza. Apa pun saya tetap beryukur dengan kehadiran si bongsu berdua ni.



Masa ni umur 7 hari.

5 Tahun dah sekarang. Dah masuk tadika.
Rindunya..

2 comments:

  1. comelnya ada kembar.. kita tak de anak kembar tp ada anak saudara kembar.. sampai skrg confius nak panggil nama dorg sbb muka sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. rezeki akak.. insyaALLAH 1 day nnt fiza pun dpt kembar jugak.. kembar akak tak seiras.. so tak kan tertukar.. hihi..

      Delete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^