Showing posts with label dhiya adelia. Show all posts
Showing posts with label dhiya adelia. Show all posts

14 August 2014

Denggi: Kami Benci Aedes!

Nah kau tajuk!

Eh, Assalamualaikum.. Lama saya tak update. Bukan lupa, tapi kelam kelibut before and after raya. Mana taknya, asben kena denggi before raya.. Masuk wad. Kena pula denggi berdarah. Risau sangat. Mood raya dah hilang. Nakkan dia sihat jer.. Alhamdulillah, hari Jumaat last puasa dia dapat keluar wad.



Keluar-keluar wad jer terus service kereta dan cari keperluan raya untuk anak-anak. Semua last minute. Dan untuk yang pertama kalinya kami berbuka puasa kat keluar sepanjang tempoh Ramadhan kali ni. Pecah rekod! Masa ni asben tak ok sangat. Masih lagi lemah. Tapi terpaksa buat semua tu sebab esok dah nak balik kampung.



Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma hari ke tiga raya, saya demam! Agak teruk jugak la. Dengan pening kepalanya, badan seram sejuk. Sampai menggigil-gigil. Tapi bertahan. Hari kelima pula, anak demam! Serentak 2 orang. Baby dengan kakak. Demam panas suhu mencecah 40Âșc.. Risau sangat. Bawak pergi klinik terus masuk ubat ikut bontot. Baby ok, demam panas jer. Kakak yang risau, makan minum jer terus muntah-muntah. Sampai lembik.



Masa pergi klinik, doktor just cakap demam biasa. Tapi dari kampung, sampai balik KL demam mereka tak kebah-kebah. Hampir 4 hari demam. Terus bawak pergi check darah. Apalagi, confirm la mereka kena denggi. T___T Kakak tak kena tahan wad sebab platlet darah dia 70++ jer.. Baby kena tahan wad sebab platlet dia 50 dan sebab dia masih baby. Bahaya lebih sikit kata doktor. Kakaknya, hari-hari la kena datang hospital untuk check darah. 4 hari jugak la kakak ulang alik. Mama terpaksa jaga baby dalam wad. Urusan kakak, semua papa yang tolong settle kan!





Kesian sangat baby. Sampai lebam kaki tangan dia kena cucuk untuk ambik darah setiap 6 jam sekali. Sekali ambik darah tu, 5-6 cucuk kesan kat tangan dia, alasan doktor sebab tak jumpa 'line'. Ya Allah, sedih sangat. Sampai trauma dia. Datang jer orang dekat dia mesti menangis. 6 hari jugak dia dalam wad. Setiap kali ambik darah, mama dengar suara dia melalak.. Mama yang tunggu kat luar ni menitis airmata. Doa tak henti-henti supaya dia cepat sembuh dan boleh balik rumah.





NOTA:

Papa dah buat report tentang padang kosong yang dipenuhi rumput, semak samun area rumah kami. Harap Aedes takde lagi. Alhamdulillah, pangsapuri kami bersih. Sekarang, tengok jer nyamuk rasa nak picit-picit jer.. GERAM!

Nak cerita tentang raya kami pun tak sempat. Tunggu ya.. ^_^

17 June 2014

Adelia dah meniarap!

Assalamualaikum WBT..


Lama betul nak update satu-satu entry ni. Alahai.. Saya wujud lagi tau.. cuma busy sikit sekarang. Hari ni just nak kongsi, Adelia saya dah andai meniarap. Sebenarnya dia dah pandai meniarap1-2 minggu lepas. Itupun pengasuh dia a.k.a mak yang cakap. Tapi kat rumah Adelia taknak tunjuk kat saya yang dia dah pandai meniarap. 

Malam tadi, Isnin (16 Jun) Adelia dah 116 hari umurnya. Tiga bulan 26 hari..  akhirnya dia meniarap depan kami semua! Punya la abang dengan kakak dia happy! Haha.. 



Meleleh-leleh air liur dia! hehe..





NOTA:

InsyaALLAH, nanti saya cuba update dengan konsisten lepas ni! Heee...

28 April 2014

Stress.

EBM?
Uwaaa.....



Sian Adelia.. :'(


22 April 2014

First Day!

Ya, first day kerja selepas cuti bersalin 60 hari. Pejam celik-pejam celik, sekejap jer 60 hari tu. Alahai, tak puas tidur dengan baby! Hehe.. Apa pun alasan, demi kesejahteraan, hidup mesti diteruskan. Haha.. Entah apa-apa punya statement kan! Tapi betul, sekejap jer rasanya. Rindu baby. Bukan tak rindu anak-anak yang lain, cuma baby masih baru lagi dalam kehidupan ni. (Hehe.. Sayaaangggg semua anak-anak mama!)


Baby Adelia dah dua hari hantar ke rumah pengasuh. Alhamdulillah, ok la. Masih nak menyesuaikan diri kat tempat baru tu. Meragam?! Sikit jer.. hehe.. Sungguh, rindu la kat dia..





NOTA:

Rasa malas nak kerja. Huhu..

02 April 2014

40 hari


Assalamualaikum..

Hari ni dah 41 hari umur baby Dhiya Adelia.. Alhamdulillah.. Adelia baik jer.. Senang jaga.. Sekejap saja masa berlalu, dua minggu lebih lagi Adelia akan tinggal di rumah pengasuh waktu mama kerja nanti. Alahai, sedih la pula. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak.. memang kena hantar Adelia ke rumah pengasuh. Dulu, kakak dengan abang mama hantar ke nursery. Tapi Adelia mama terpaksa hantar rumah pengasuh. Rasa tak mampu pulak mama nak hantar nursery.

Tapi insyaALLAH, mama cari pengasuh yang terbaik untuk Adelia.. Mama minta tolong tok cik (tok saudara mama) carikan. Dia kenal ramai orang dekat area taman ni. Mama harap, Adelia selesa nanti.

Hari Sabtu lepas, 29hb 3, kali pertama Adelia balik kampung opah atok kat perak. Perjalanan jauh yang pertama buat Adelia.. Alhamdulillah, baik jer.. Adelia tak meragam!

2 jam perjalanan, semua tidur. ^__^









NOTA:

Tak sabar nak kerja. Tapi rasa tak sanggup nak berpisah dengan Adelia. Huhu...


20 March 2014

Sebulan sudah.

Assalamualaikum WBT..
Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik.. Adelia dah 28 hari.
Hari ni kena cucuk. Tunggu papa balik kerja. 


Baru lepas mandi.




NOTA:

Tak lama lagi mama mula kerja. Rasa sayang pulak nak tinggall Adelia rumah pengasuh. Huhu..


13 March 2014

Adelia dengan abang dan kakak

Assalamualaikum!

Haa, Hari ni nak tunjuk gambar Adelia.
Tapi tak banyak lah. Malas nak transfer dari kamera! hehe..


Gambar ni di ambil pada hari kedua. Seronok abang Ghazy main dengan baby. Tak dapat main game pun tak apa lah! Hehee..


Adelia di hari ketiga. Masa ni Adelia tak mau dibedung. Nangis dia bila berbungkus. Tapi sekarang, kena bungkus dah.. Tangan tak duk diam! hehe..
 

Abang Ghazy ni memang tak nak duk jauh dengan baby! Rajin betul jaga baby. Baby nangis sikit, berlari dia tepuk baby.
 
Ni pula hari ketujuh. Alhamdulillah, tanggal pusat terus tokma cukurkan rambut Adelia. Baik jer Adelia, tokma cukur kepala pun dia tidur jer..


Ni pula hari kelapan. Pagi-pagi nak pergi sekolah, abang ngan kakak sibuk suruh mama tangkap gambar diorang!






NOTA:

Gambar lain, tunggulah ya.. hehe..


11 March 2014

Sembilan Belas Hari.

Assalamualaikum WBT..

Sedar tak sedar, hari dah sembilan belas hari kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Apa khabar anda semua?! Sihat ker? Lama sungguh saya tak jejalan kat blog korang. InsyaALLAH, lepas ni saya ada masa  nak jejalan. Sekarang ni tengah pantang.. Mama/Mak saya ada kat rumah saya ni, jaga saya selama berpantang. Tapi setakat 20 hari jer la.. Esok mama dah nak balik kampung.. Mama pun ada tanggungjawab dia. Tok saya iaitu mak kepada mama saya tinggal sorang-sorang. Mama tak sampai hati biar dia lama-lama. Tak apa la. Selama 20 hari mama jaga saya pun dah teramat bersyukur dah..

Haaa... Nak cerita kedatangan ahli baru ni. Gembira?! Sudah tentu la kan.. Alysha (dulu panggil dia dhiya.. sekarang dah tak boleh sebab dah ada dhiya baru..) dengan ghazy la paling seronok! Maklum la dah lama nak ada baby kat rumah ni.. Hehe.. Saya selamat bersalin pada 20 hb Februari 2014 bersamaan 20 Rabiul Akhir 1435 H, jam 11.41am. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Malam sebelumnya, saya tak alami apa-apa kesakitan cuma saya tak boleh nak tidur. Tapi itu perkara biasa bila umur kandungan menjangkau 9 bulan. Jam 5.00am, saya buat rutin biasa.. siapkan sarapan, kelengkapan sekolah dan kelengkapan baju-baju taska anak-anak. Selesai solat subuh, dalam pukul 6.30am, saya perasan ada turun 'tanda'. Tapi saya still tak ada rasa sakit-sakit. Saya bagitau siap-siap kat suami, supaya dia cuti hari tersebut. Selesai hantar anak-anak ke sekolah, saya dan mama saya dah ready untuk ke hospital. Tapi sarapan dulu.. hehe..

Dalam jam 8.30 kami gerak ke Hospital Selayang. Dekat jer, dalam 15 minit perjalanan. Haaa, masa ni dah ada rasa sakit. Tapi sikit sangat. Boleh tahan-tahan lagi. masa check 'jalan' tu, doktor cakap dah bukak 4 cm. Tapiiiiiiiiiiiii... korang tau tak, dia suruh saya balik dulu.. Dalam hati ni mengomel jugak la.. "biar btol dokter ni.. takkan la nak balik.." Tapi saya tak ada la membantah.. Terus bangun keluar jumpa mama dan suami. Bagitau apa yang doktor tu cakap. Suami saya dah tak sedap hati.. Tapi saya berkeras nak balik la kan.. Masa dalam lift, saya dah rasa lain macam. Tapi tak bagitau mama ngan suami. Dah sampai bawah, suami cakap, kita duk Cafe tu dulu la.. Risau nak balik ni.. Jalan nak balik umah menghala ke KL dan macam biasa, waktu macam ni waktu orang pergi kerja. Sudah tentu jalan jammed teruk. 

Saya ikutkan jer la.. Masa sampai Cafe tu saya dah rasa sakit yang amat sangat. Nak minum air yang suami order pun rasa tak tertelan dah. Mama dah boleh agak, dia tengok saya tengah menahan kesakitan. Terus dia suh suami ajak saya naik balik ke dewan bersalin (masa tu saya tetap berkeras nak balik.. hehe.. degil!). Bila suami yang paksa, saya ikutkan jer la.. Saya steady lagi masa tu boleh jalan. Tapi untuk 3-4 langkah jer.. hahaa.. Lepas tu saya memang dah tak boleh nak jalan dah. Nasib baik ada wheel chair kat situ, terus suami tolak naik atas. Sesampai jer kat atas, boleh pulak doktor tadi cakap kat saya, "Eh, puan datang balik?". Saya cakap terus terang sakit tak boleh nak tahan dah. Lepas tu sedih saya dia suruh saya tunggu kat kerusi menunggu tu. Ya, Allah.. dengan sabar dan mulut tak berhenti istighfar.. Tetiba datang doktor lain tegur saya. Saya terus cakap saya sakit sangat. Dia terus minta saya ke katil untuk check 'jalan'. Tetiba dia menjerit, "fullyyyy... fulllllyyyyyy.....". Mencecet datang nurse 3-4 orang tolak katil saya ke dewan bersalin! 

Alhamdulillah, nasib baik tak bersalin kat katil tu. Syukur sangat, mudah dan cepat saya bersalin. Tapi yang lamanya, saya kena duk kat dalam labour room tu. Sebabnya, wad penuh. Hahaaa.. patut la doktor yang check mula-mula tadi tu suruh saya balik! huh.

Haaa, ini la puteri baru dalam keluarga kami. Namanya, hari ke empat baru jumpa yang sesuai. Alhamdulillah..

Dhiya Adelia (Cahaya/Sinaran Keadilan). Berat masa lahir 3.11kg.








NOTA:

Nak gambar lagi? Nanti saya upload. Cukup untuk hari ni ya. Hehe..


25 February 2014

Ahli Baru

Assalamualaikum!
Umur saya baru lima hari.


Nanti mama saya apdet perkembangan terkini saya!