31 December 2013

Alhamdulillah! Dapat Anak Buah Baru!

Assalamualaikum!

Haaa.. Comel tak?!!!

Alhamdulillah, 27 Disember 2013 lepas, adik (SIL) selamat melahirkan baby girl melalui pembedahan. Kalau ikutkan, adik kena jalani pembedahan pada 24hb atas sebab kedudukan baby songsang. Tapi bila pergi ke hospital pada tarikh tersebut, doktor cakap tak perlu buat pembedahan sebab baby dah kembali kedudukan normal. Tunggu jer la tanda-tanda nak bersalin macam biasa.

Pagi 27hb tu, adik dah mula rasa sakit (Tak sempat nak borak panjang, turun tanda ke apa). Dia terus ke Hospital Slim River dalam pukul 7.00am ++. Sampai sana, check semua, adik kena jalani pembedahan jugak sebab jalan belum bukak tapi baby dah berak dalam perut. Paling sadisnya, pakar tak ada kat sana, bercuti katanya. So, adik kena naik ambulans ke Hospital Teluk Intan. Kesian dia duk sakit-sakit tu.. kena pulak pindah-pindah hospital. Perjalanan lebih kurang 30-45 minit kalau tak silap. Huhu..

Tapi Alhamdulillah, semua selamat. Nama baby dirahsiakan lagi. Dia cakap kalau nak tau nama, sila balik kampung! Ekeke.. So, Sabtu ni kami akan balik kampung jenguk baby baru! Yeayyy..





NOTA:

Lupa nak bagitau.. Adik ipar saya ni saya panggil "akak". Sebab dia ada kembarnya. Adik kembar dia yang kami sekeluarga juga panggil dia dengan panggilan "adik" baru lepas kehilangan baby masa bersalin hari raya Aidilfitri hari tu. Boleh klik SINI untuk cerita dia. Kalau ikutkan adik pun dapat baby girl jugak. Tapi ALLAH lebih sayangkan arwah. (Al-Fatihah)

6 comments:

  1. comelnye anak akak
    moga menjadi anak yg berbakti ibu bapa
    menabung sini-inti

    ReplyDelete
  2. ololo......baby nak bersin ke tu?hihi....tahniah kak dapat anak buah baru^^ tak lama lagi turn akak pulak..heee...kaklong nana tengah tunggu masa jugak ni,due 6hb.....sebelum2 ni dia duk risau baby lahir awal..nak 2014 katanya:)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tumpang syukur, tahniah!
    cute sangat babu nya :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya Yus dpt anak buah baru. Tahniah dari kakak. Cute sangatlah.

    Selamat tahun baru dari kakak.

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^