(Hari ni 1st time guna 'WW'.. ekeke)
Haaa.. Tengok tajuk! Tadi dengar ISLAM ITU INDAH | Bersama Prof Dr Muhaya berkongsi tips "Celik Mata Reset Minda: Memilih Pasangan Hidup". Kendalian Mazlina Ismail.
Best! Banyak input yang berguna. Tengah syok duk dengar, ada pemanggil yang bertanyakan pendapat isu nafkah! Isu nafkah harian ni isu besar sebenarnya. Banyak pandangan dari semua orang. Tak kira lah suri rumah ataupun isteri yang bekerja. Masing-masing punya pendapat tersendiri.
Prof cakap;
Jangan MANJA kan suami dengan membayar segala-galanya.. Biar suami memberi nafkah yang seADILnya.
Ya, betul tu. Tapi ada juga walau suami isteri bekerja, tapi si suami tak mampu untuk bayar keseluruhan perbelanjaan harian tersebut. Sesungguhnya redho dengan apa yang kita lakukan. Saya ada terbaca soal jawab Ustaz Azhar Idrus pasal perkongsian nafkah ni:
Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah harian?
Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya HALAL.. jika ISTERI HALAL kan. Ingat... Perbelanjaan harian yang perlu, adalah wajib atas suami walaupun isteri orang kaya, seorang kontraktor berpendapatan RM50ribu sebulan, manakala suami kerja konduktor bas berpendapatan hanya RM500 sebulan!! Suami tak boleh kata pada isteri, "yang ini awak bayar". Hukumnya HARAM kerana tanggung-jawab belanja nafkah harian adalah ke atas suami, melainkan isterinya kata, "oleh kerana abang takde duit, dok rok cetong, biar saya yang bayar". Ini baru boleh. Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isterinya bayar itu ini, "yang ni awak bayar, yang ni saya bayar". Hukumnya haram kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggung-jawab suami, melainkan isterinya halalkan, maka barulah boleh. Macamana dengan duit isteri yang suami telah guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang suami telah guna untuk buat belanja nafkah menjadi beban hutang yang suami wajib bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan. Pastu ada pulak yang kata, "ohhh kalau macam tu berat la, tak larat la ...". Haaa... kalau macam tu, mu jangan kahwin!
NOTA:
Haaa.. tergelak saya baca! Tapi tu la ya, kalau duk KL ni, setakat gaji RM3k seorang pun, rasanya belum mampu 'hidup senang'. Sebenarnya, dalam apa jua pendapat kita.. KEIHKLASAN penting. Cuma satu je la, jangan suami ambil kesempatan di atas kebaikan isteri yang membantu. Berkongsi dalam semua hal. Baru adil. Jangan nak berkongsi hanya nafkah (duit) semata.. heh!
hihi...ayat last UAI tu kelako:)
ReplyDeleteha'ah kn.. tu yg buat k'yus tergelak sorg2 tu.. ekeke..
ReplyDeleteayat kelakar tp makna mendalam kan..
ReplyDeleteso lps nieh xyah manja kan suami ops hehehe
Haha.. kan eiya! penuh makna tu! ekeke...
ReplyDeleteinfo baru. kena copy masuk buku diari tasneem ni. hehe :D
ReplyDeleteHehe.. sama jugak k'yus.. hehe..
ReplyDelete