Showing posts with label dari hati... Show all posts
Showing posts with label dari hati... Show all posts

11 December 2013

WW: Jangan MANJA kan suami

(Hari ni 1st time guna 'WW'.. ekeke)

Assalamualaikum..

Haaa.. Tengok tajuk! Tadi dengar ISLAM ITU INDAH | Bersama Prof Dr Muhaya berkongsi tips "Celik Mata Reset Minda: Memilih Pasangan Hidup". Kendalian Mazlina Ismail. 



Best! Banyak input yang berguna. Tengah syok duk dengar, ada pemanggil yang bertanyakan pendapat isu nafkah! Isu nafkah harian ni isu besar sebenarnya. Banyak pandangan dari semua orang. Tak kira lah suri rumah ataupun isteri yang bekerja. Masing-masing punya pendapat tersendiri. 

Prof cakap;
Jangan MANJA kan suami dengan membayar segala-galanya.. Biar suami memberi nafkah yang seADILnya.


Ya, betul tu. Tapi ada juga walau suami isteri bekerja, tapi si suami tak mampu untuk bayar keseluruhan perbelanjaan harian tersebut.  Sesungguhnya redho dengan apa yang kita lakukan. Saya ada terbaca soal jawab Ustaz Azhar Idrus pasal perkongsian nafkah ni:

Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah harian?
Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya HALAL.. jika ISTERI HALAL kan. Ingat... Perbelanjaan harian yang perlu, adalah wajib atas suami walaupun isteri orang kaya, seorang kontraktor berpendapatan RM50ribu sebulan, manakala suami kerja konduktor bas berpendapatan hanya RM500 sebulan!! Suami tak boleh kata pada isteri, "yang ini awak bayar". Hukumnya HARAM kerana tanggung-jawab belanja nafkah harian adalah ke atas suami, melainkan isterinya kata, "oleh kerana abang takde duit, dok rok cetong, biar saya yang bayar". Ini baru boleh. Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isterinya bayar itu ini, "yang ni awak bayar, yang ni saya bayar". Hukumnya haram kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggung-jawab suami, melainkan isterinya halalkan, maka barulah boleh. Macamana dengan duit isteri yang suami telah guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang suami telah guna untuk buat belanja nafkah menjadi beban hutang yang suami wajib bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan. Pastu ada pulak yang kata, "ohhh kalau macam tu berat la, tak larat la ...". Haaa... kalau macam tu, mu jangan kahwin!




NOTA:

Haaa.. tergelak saya baca! Tapi tu la ya, kalau duk KL ni, setakat gaji RM3k seorang pun, rasanya belum mampu 'hidup senang'. Sebenarnya, dalam apa jua pendapat kita.. KEIHKLASAN penting. Cuma satu je la, jangan suami ambil kesempatan di atas kebaikan isteri yang membantu. Berkongsi dalam semua hal. Baru adil. Jangan nak berkongsi hanya nafkah (duit) semata.. heh! 


08 October 2013

Kisah FM dan Keychain

Assalamualaikum WBT..

Haaa.. Lama batul tak update! Saya agak tak berapa sihat sekarang ni.. Maklum la sedang berbadan dua ni kan! Macam-macam pula dugaan mengandung kali  ni! Test MGTT hari tu, result atas border la pulak! Kena berpantang makan la lepas ni. Tapi susah sebenarnya. Sebab saya darah rendah. Below 9.0.. Nak kena makan macam-macam untuk naikkan hb ni.. Tapi bila makan banyak, risau la pulak. Tapi saya ni tak ada la gemuk sangat. Tinggi 160cm, berat 52kg untuk sekarang ni 5 bulan mengandung. Siap nurse suruh tambah berat badan lagi. Huhu.. Tak apa la. InsyaALLAH, semua baik-baik belaka kan! Doakan saya ya kawan-kawan! 

Haaaa.. Nak bercerita pasal FM dan keychain yang saya dapat. Bukan untuk cerita pasal cantik ker, banyak ker, menarik ker.. Cuma saya nak cerita pasal sentimental value dari pemberi tersebut. Hehe... Saya kenal dengan empunya FM & keychain tu dah masuk 9 tahun kot. Abang Jai! Senior tempat saya kerja. Serius orangnya.. Nak bertegur sapa ngan dia memang saya takot. Muka garang dan agak brutal! Ekekeke... Saya ambil masa lama nak minta idea, pendapat atau ilmu dari dia. Ekekee.. 

Lepas dia berhenti kerja, dia banyak jugak bantu saya untuk mencari kerja baru. Kerja yang lebih baik. Lebih banyak benefit katanya. Tapi sampai sekarang, rezeki saya masih disini dan dia pula dah berjaya dengan kerjaya baru dia di syarikat yang lebih besar. Isteri dia, Kak Ana.. pun saya kenal gitu-gitu jugak. Saya takot jugak ngan dia sebab tengok airmuka dia macam garang jer. Hehe.. Tapi tu la orang cakap, tak kenal maka tak cinta. :P

Rupanya, mereka sangat baik hati. Kelakar sebenarnya.. Saya jarang jumpa mereka dah hampir tiga empat tahun sudah. Hanya berkomunikasi dalam laman sosial sahaja. Tapi saya sangat terharu, sebab mereka masih ingat kat saya. Hehe.. Sayang korang!!!

Hari tu diorang pergi Sabah. Ni lah souvenir diaorang kasi. Dulu pun pernah dapat. Kali ni pun dapat lagi. Sukaaaaaa tau! Especially FM tu. Saya suka sangat.


Paling best, semua souvenir ni anak saya Iyman Ghazy yang bahagikan untuk setiap orang. Maklum la dapat empat semuanya. Dia cakap, "Keychain monkey (tapi saya rasa tu orang utan. heh) untuk papa!" Bila tanya kenapa pilih yang tu untuk papa? Dia cakap, "Sebab papa GEMUK!" Hahaha.. bantai gelak kami semua! Itik tu untuk kakak. Sebab nampak itik tu macam perempuan dia cakap (LOL). Adik punya mesti lah yang comel si penyu tu. Bila tanya kenapa? Dia cakap, "Sebab adik kan comel. Cuba mama tengok adik ni (sambil tangan tunjuk kat dada dia)..  Comel kan?" Hahaha.. Adeih anak! 



"Nah, ini untuk mama.." Sambil kasi FM yang memang owsem ni! "Mama memang suka ni dik!" Saya cakap kat dia. Tiba-tiba dia cakap, "Alaaa.. adik tau.." Hehe... 

Bertambah koleksi FM saya. Terima kasih kak ana! Terima kasih a'jai.. Sayang korangggg!!!!!








NOTA:

Allah tidak pernah menilai seseorang dari segi rupa paras dan darjat keturunan, tetapi melihat apa yang ada dalam hati kita. Ini sebagaimana yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w:“ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu, sebaliknya Ia melihat hati serta amalan kamu.’ (Hadis riwayat Muslim)


18 August 2011

Perangai

manusia ni macam-macam pe'el..
susah nk ajar bila dia belajar lagi tinggi dari kita.
semua yang kita cakap, macam tak ada effect langsung..
walau kita tua dari dia.. huh..
manusia sekarang macam tu la kan.


*Harap2 lepas ni dia sedar juga, walau orang tu buat salah besar, dia juga ada 'terselit' salah dari kesalahan orang tu yang dia sendiri tak sedar dia sudah buat salah. Aminnn...*

23 July 2011

Medan Terapi?!

Lama sudah tak menulis *or menaip? ekekeke*... Lama sungguh aku tinggalkan medan terapi ini. Ahaks!! Yup.. suatu ketika dulu.. inilah terapi aku.. Terapi yang sangat memberikan kesan yang positif pd diri aku ni.. huhuu... Ada sedikit kesal. Ada juga senyum untuk hari2 lepas yang berlalu. Hati seperti selalu nya. Rapuh untuk terus bertahan. Kadang ku kuat setegar bangunan KLCC [ngeeeeee], kadang ku rapuh lemah liar merana.... cukup2 terkesan di jiwa dan minda aku. Kadang aku rasa aku cukup kuat untuk mendepani hari2 yang mendatang, tp hakikatnya aku lansung tidak kuat. Kadang aku rasa aku mampu untuk terus melalui kekosongan ini sendirian, dan hakikatnya aku tidak pernah mampu untuk teruskan kekosongan ini. Dan aku sentiasa belajar untuk menerima hakikat. Kadang aku aku rasa terlalu rapuh.... meliar melorong diri mengikut hanya bisikan hati. Hakikatnya aku masih disini.

Lingkaran kehidupan ini tidak pernah lari dari darah daging sendiri yang kadang menyesakkan ruang hati. Dan jujurnya semua itu terzahir hanya pada pandangan mata. Rasanya tiada daya untuk menuturkan walau sepotong ayat menyatakan rasa kesal dan rajuk di hati. Rajuk yang tidak dapat aku zahirkan.. Semoga Allah ampun kan kesalahan aku yang ini. Rajuk ini cukup meninggalkan titik hitam dalam hati aku. Hanya sedikit yang aku inginkan. Hanya kecil permintaan hati aku. Namun susahnya untuk dimengertikan. 

Sesuatu yang indah itu kadang kala tidak lagi menarik dari bahasa hati aku. Tenang sebentar bila merembeskannya.. Inilah terapinya........

06 December 2010

kenangan oh kenangan..

semalam (ahad 05122010) tgh sibuk buat kijer.. sibuk sgt.. dh 3-4 mlm aku hanya tdo 4-5 jam shj.. kije tu nk submit pg td (06122010).. penat.. ngantuk.. letih.. sume ade..  dlm kul 8.00 pg ahad.. aku smbg kije.. lpas penat menahan mata kul 6.30 pg, kuat kn smgat.. kena siap kn jugak kije tu.. huhu.. tetiba..........

kluar lagu tu.. lagu yg ckup membuat aku kecewa..  aku buat kije smbil menangis.. smpai teresak2.. aku baru sedar.. sungguh aku x bleh nk lupakan nya! aku tau.. aku kena lupakan 'mereka' untuk anak2.. aku kena lupakan untuk bahagia bersama... ternyata, smpai saat ni, masih ade sisa2 itu..

aku cuba.. lawan! aku x nk ingat.. sungguh menyakit kan... aku merana.. aku tersiksa..... *wahhh.. gitu..*



aku harap.. masing2 punya kehidupan sendiri.. aku x mampu untuk berkata-kata.. sebab aku tau, aku juga punya kelemahan dan kekurangan.. semoga segalanya memberi sinar.. memberi kebahagian.. untuk dia dan.. untuk mereka juga.. semoga segalanya memberi kebaikan bersama.. untuk anak2 aku juga.. aminn...

tgh sibuk buat kije tu, rehat sebentar! masakan utk mkn tgh ari tetap di utamakan.. masak buat suami ngan anak2.. hapuskan airmata! heh.. buang jauh2 prsaan itu.. supaya msakan tidak masin! hehe... simple juga.. juz goreng lala with serai (xtau name msakan itu) dengan sayur sawi goreng saje.. xpe la.. sala kenyang!





p/s: 
kenangan! pergi lah jauh dari hidup ku.. tolong lah..... aku merayu!

24 November 2010

diluah mati mak, ditelan mati bapak.. :(


lama x apdet blog.. ni tetgh mlm ni, tetiba jerk ati nk beblog.. tgh asyik dorg main, baik aku luah pasaan ni.. sdey sgt.. sdey sbb xdpt nk tlong adik sdiri... 2-3 tahun ni.. aku tau, adik aku susah sgt utk bergerak *transport*.. aku tau dan aku paham.. tp, aku rase terkilan sgt xbleh nk tolong..

skang, adik aku nk beli keta.. *utk kmudahan dia dan anak2 jugak* smua dokumen dh lulus.. tgal penjamin jerk.. asben dia xleh jd penjamin coz name dh blacklist.. so dia ade tnye aku utk jd penjamin.. tp, asben aku x kasi.. coz dia takut di kmudian ari.. sbenarnya asben aku pn blacklist jugak.. blacklist sebab dia jd penjamin utk kwn baik.. akhirnya dia diheret juga.. terpaksa tgung RM23,000.00 yg org lain guna... so, skang dia sgt la serik.. dia takut.. sbb segala urusan akan dtg, hanya aku yg layak.. itu pn blom tentu coz gaji aku kecik!

skang, aku xtau nk buat kputusan.. sdey sgt.. aku harap sgt, smua pihak faham... aku x terdaya..  :(





p/s:
kekdg, aku perlu pandang ke hadapan... panjang lg perjalan hidup ini... klau tidak ALLAH ambik nyawaku! AKu perlu membuat kputusan yang betul.. tp situasi ini membuat aku buntu!  


*maafkan k'ja, na! :(

26 October 2010

kemanakah dia pergi?!

huhu.. semakin hari semakin mood utk berbloging hilang.. KEMANAKAH MOOD ITU? kekacauan berlaku setelah kehilangan blog yang penuh kenangan dulu.. sdey, smpai ari ni xleh nk maafkn diri sdiri.. benci betol! huhu... cuba pulih dan bangun kembali.. namun, tidak semudah yang dijangka kan.. tetap x sama.. tetap ade cacat celanya.. uUWaaaa... *sedih sgt nih!*



rase nk buat blog baru.. yang 100% lain dr yang ni... yang punya karakter sdiri... huhu... boleh kah?! huhuu.. sang suami sudah punya blog! owh.. sgt terkejut! benarkah? sudah selidik.. memang benar ape yang dikabarkan.. ekekeke.. selamat berblog la sayang... andai bloging itu satu terapi utk awk... 




p/s:
merapu ari ni.. xde idea.. sebab mood makin kurang :((



20 October 2010

terkesima!

sume ni gara2 ank dara ku sorg yang baru berusia 3 thn 9 bln.. lagaknye umpama dia seorang gadis remaja belasan tahun.. tahukah anda?! ekeke... xde bnde yg x snonoh pn.. cuma terkesima dengan gaya nyer tetiba mood sdey.. mood mrajuk... pastu, tetiba air mata meleleh.. huhu... sebabnya.. tokma tgalkan dia.. coz nk blk kg..

sbenarnya, tokma ade kt sini dh smggu lbey.. uruskan beberapa urusan yg perlu diselesaikan.. dan dh smpai masa dia blk kg.. ape lg... mula lah ank dara ku buat drama.. huhu... dlm tempoh seminggu ni, kami slalu la singgah umah kakak ku.. coz mama duk sana.. kekdg aku mlepak kt sne smpai  kul 10-11 mlm.. dan kekdg aku bwk mama blk umah aku...

sonok la ank2 aku.. nk tdo ngan tok ma la.. nk mkn ngan tok ma la.. nk mandi ngan tok ma la.. huhu.. semua nk ade tok ma... heh! pastu blk dr kije ambik dorg kt nursery.. dan aku terus la nk blk umah.. icha ckp.. "mama, lalu sane.. xnk lalu ikut sini... pegi sane.. pegi sane.." masa ni, xnmpak lg sdeynyer..  aku ckp, "eh, watpe nk lalu sane, kita nk blk umah papa la... msti ikut jln ni..." pastu si icha.. "ambik tok ma dulu..." aku ckp, "tok ma dh blk kg td.. mama hntar tok ma naik bas pg td.."

tetiba senyap sunyi... xde suara pn.. yg bunyi, si gazy jerk.. yg x tau ape2.. aku cuba toleh.. rupenye, dia mrajuk.. air mata meleleh... oit, btol ke ank dara ni.. gayanye mcm terlalu sdey tok ma tgal kn dia.. aku ckp, "kakak jgn la sdey2.. nnt tok ma dtg lg.. tok ma ade kije kt kg.. xleh dok sini lama2..." still senyap seribu bahasa.. dan air mata tetap mleleh.. mcm org2 dewasa mnangis.. huhu.. tersentuh aku tetiba.. ank aku punya prasaan mcm tu skali.. huhu...



p/s:
ni klo aku citer kt mama, msti mnangis lg mama kt kg tu.. ntah la.. nk kata icha ni mama jaga dr kecik x jugak.. mama layan icha mcm cucu2 lain jugak.. xde bezanya.. tp knape dia tersentuh.. sdey semacam jerk bila ckp tokma blk kg.. huhu.. td aku lak yg rase nk nangis! huhu...

19 October 2010

isteriku adik bekas kekasihku...

wah.. tgok tajuk! kontroversi bukan?! tp kn.. itu adalah kenyataan.. sekarang konfius... mcm2 ade kt fikiran.. tp sebelum tu, aku memohon padaMu ya ALLAH..  
Ya ALLAH.. ya Maha Mengetahui.. Kau jauh kn lah kami adik beradik drpd MEREKA2 yg CUBA, AKAN atau SEDANG merosakkan hbgan kami adik bradik....

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kpd kami, & kurniakanlah kpd kami limpah rahmat dr sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.


ntah.. xtau apa yg bermain di fikiran aku sekarang.. yang ada, satu perasaan yang sukar di rungkai... gembira.. terharu.. sedih.. takut.. geram.. kecewa.. marah! semua bermain di benak hati ni.. tp jauh disudut hati, semoga segalanya baik2 belaka di dunia dan akhirat.. semoga semua perasaan ini hanyalah mainan..

sebelum tu, aku memanjat kesyukuran.. setelah hampir 8 tahun kakak aku yang no.3 (k'ieda) hidup bersendirian di samping ank lelaki tunggal nya, dia telah menemui jodohnya.. dia melalui satu tempoh kehidupan yang sukar.. perit.. hanya dia yang tahu.. sebagai adik, walaupun jodoh ini bukan yang diimpikan, aku tetap bersyukur.. melihat taufiq (ank tgal k'ieda) dpt merasa kasih sayang seorang ayah.. sungguh.. dr bayi, smpai umur dia 7 tahun, tidak pernah sekalipn dia melihat wajah ayahnya.. sebab?! k'ieda berpisah dgn asbennye semasa kandungan nya hanya 2 bln.. dan tempoh itu, sungguh aku terasa kesengsaraan hidupnya..

kemudian, ditakdirkan oleh Nya.. k'ida bertemu jodoh.. jodoh yang tidak kami sekeluarga sangkakan.. seorang lelaki bergelar 'suami' telah mngambil k'ieda sebagai isteri no.2.. byk rintangan pada mulanya.. dan tidak ada siapa2 pn dalam keluarga setuju perkara ini.. malah, k'ieda sendiri.. tak mahu mengambil hak orang.. tp ntah.. akhirnya.. mereka disatu kan.. dalam redha atau tidak.. itu hanya mereka yang tahu...

kisahnya, suaminya ini adalah bekas kekasih kakak ku no.2 (k'niera).. kisah mereka?! mungkin hanya cinta monyet.. atau mungkin juga cinta sejati.. aku x tau.. perjalanan cinta mereka aku x tau.. kesudahannya putus pn aku tidak tau.. k'niera temui jodohnya atas urusan kluarga.. dia tidak tau menahu pn jodoh nya.. hanya terima walau hatinya berat... kembali bersua disebabkn fesbuk.. tp sekadar kawan.. aku tau! tidak lebih.. sebab, k'niera seorang yg amat sayangkn kluarga.. dan disini, bermula segalanya...

bukan aku hendak mentafsir sesuatu yang buruk.. cuma perasaan bimbang bermain di fikiran.. ya ALLAH, kau jauhi lah semua itu....


p/s: 
salahkah aku sebagai adik sedikit tercuit dengan keadaan ini?! sebab, aku bayangkan.. klau lah aku di tempat mereka.. ape yg sedang mereka fikir kan?! ape perasaan mereka ketika bersua satu kluarga?! stakat di fesbuk, boleh la gelak2.. Mmm... mungkin akan ada sedikit perasaan cemburu kpd salah seorang dari mereka... klo bkn k'niera yang cemburu, mcm mne pulak k'ieda.. sebab k'ieda tau segala-galanya tentang kisah mereka... btol x?! ke aku yg beriya iya sgt ni?! adeih... konfius.....

20 August 2010

titik hitam...


titik hitam itu
akan pasti kekal di situ
tak siapa bisa memindahkan
kerna ia telah ditakdirkan wujud disitu
ia tetap memberi kesan yang mendalam buat diri ku....
namun aku redha
mungkin itu takdir buat diri ku
walau ia tidak ku ingin kan.....
membuat ku kembali mengingati MU
kembali kepada NYA
memuhasabah diri.....

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama Mu Ya Allah
Esok atau kah nanti
aku kan pergi mengadap MU
Ampuni semua salah dan dosa ku
Lindungi aku dari segala fitnah dan noda
sesama manusia ciptaan Mu
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba Mu yang selalu taat setia pada ajaran Mu
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan Mu
Yang sering lalai dan leka
Yang sering alpa dengan nikmat duniawi
Saat Kau limpahkan kurnia Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Pada Mu Allah nan satu.....
Terima kasih Allah swt ....
hanya pada Mu aku berserah...