Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

16 October 2013

Ikan Talapia dan Air Asam MIL

Assalamualaikum..

Haa.. saya ada post entry yang saya beraya kat hutan batu kan? Tak jadi sebenarnya.. Suami ajak balik raya kat kampung dia di Sungkai, Perak. Walaupun hati rindu nak balik kampung halaman sendiri, rindu nak jumpa orang tua.. rindu nak jumpa adik-beradik yang lain.. Tapi hati terubat juga la dapat beraya dengan keluarga suami.

Kami balik dah petang sangat dah hari sabtu tu. Sampai-sampai pun dah maghrib. Perjalanan tak jauh pun.. 2 jam jer.. kalau kat KL ni apa ada hal 2 jam kat jalan raya.. ekekeke.. Ok la, tak nak panjang sangat. Nak cerita pengalaman setelah 8 tahun kahwin ni jer. Tapi gambar tak ada. Saya tertinggal kamera kat rumah! huhu...

Hari ahad..  Masa makan tengah hari.. simple jer mak masak.. Mak masak ikan talapia goreng, masak lemak sayur bayam merah, ulam-ulaman, sambal kelapa, ari asam. Nak tau tak? Saya tak makan semua ni.. Resepi yang mak masak ni, saya hanya makan sayur bayam merah jerk.. Lepas tu suami cakap, try la mkn ikan ni cicah air asam.. SEDAP dia kata... 

Ikan yang mak goreng, garing2 sangat (Gambar ihsan dari Mr. Gugel) 
Air asam yang mak buat memang terbaik! (Gambar ihsan dari Mr. Gugel)

Saya segan jugak. Adik-adik semua suruh saya cuba. Risau mak dah serba salah. Dia memang tahu saya tak makan ikan tu. Selalunya mesti dia goreng ikan kembung untuk saya. Tapi maklum la, kami balik mengejut. Mak ayah tak ada la beli ikan tu. Saya pun cuba.. ambil part yg garing2 tu.. cicah.. perghh,.. sedapnya air asam mak buat ni.. ikan tu saya tak rasa apa-apa sebab dia garing... Saya cubik lagi ikan tu.. cicah air asam.. Mmm.. berselera sungguh saya makan.. Mak pun nampak suka bila tengok menantu dia yg selama 8 tahun dah balik umah dia ni tak pernah jamah ikan talapia.. 

Tapi kan.. petang tu ada satu kejadian.. Saya mula rasa mual-mual.. loya! Haiya.. saya dah start bau ikan tu 'dlm perut' saya.. dan akhirnya saya muntah dalam toilet tanpa pengetahuan sesiapa.. huhu.. macam mana ni? Risau kalau-kalau saya balik kampung lain kali, mak masak macam ni lagi. huhu..





NOTA:
Saya tak tahu kenapa, saya memang tak boleh nak telan ikan sungai. Mungkin tidak diajar dari kecilkan. Cuba juga untuk belajar makan, tapi memang akan terkeluar semula. Huhu..


19 January 2012

♥ Red Velvet cake!

Lama dah nak publish entry ni.. tapi asyik tertangguh jer.. Hari ni, saya tetap nak update. Asalnya kek ni saya tempah untuk sambut ulang tahun kelahiran mama saya pada 22hb Disember tahun lepas. Tapi memandangkan mama saya berada kat kampung waktu tu, tak dapat la saya hadiah kan kek ni. Jadi saya anjakkan tarikh kepada 29 hb. Iaitu hari ulang tahun kelahiran suami tersayang. Rasanya kali yang ketiga saya order kek dengan orang yang sama. Sebab saya suka! sedap! puas hati! Heee...

Malangnya, saya tak tahu mana silapnya, hilang semua moments masa celebrate hari tersebut. [saya, tau.. semua tu anak2 saya punya psal] Jadi saya terpaksa kopipes gambar kek ni dari FB owner nya.. [jangan marah yer..]






Ini lah rupa kek tu. Red Velvet! Memang saya puas hati. Sedap sangat. Memang tak rugi saya order hari tu.. Skang ni saya teringin nak makan kek ni..


Tapi masalahnya kek diatas dia belum buka untuk tempahan lagi! huuuu... Dia hanya buat kek tu istimewa untuk hubby dia tersayang jerk! ekekeee...



Dan dibawah ni, gambar saya bersama owner Cuppyness by Izz! Comel orangnya! heeee... friendly pulak tu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







p/s:
Saya kenal dia kat laman sosial jerk.. Tapi tak sangka, saya rasa best sangat kawan ngan Izz. Dia seorang yang sangat positif! Thanks Izz sudi berkawan ngan saya. heeee...