19 October 2012

Tips mendidik anak soleh & solehah. (Sekadar berkongsi)


Jujur, saya tak pernah try tips ni.. Saya baru jer baca dari blog Mommy Iskandar. Saya sangat tertarik. Ada sesetengah tips tu saya pernah dengar. Tapi entah kenapa, saya tidak juga amalkan. InsyaALLAH, lepas ni saya akan cuba amalkan. Semoga kehidupan lebih baik lepas ni! Allahhumma Amin.


1)    Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya. 

2)    Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA. Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3)    Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya. 

4)    Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. 

5)    Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya. 

6)    Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau. 

7)    Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh. 

8)    Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. " رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ" [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.] 

9)    Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka. 


10) Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama dia) untuk faham agamanya (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka), Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah sentiasa. 






NOTA:


Sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat.








18 October 2012

Alhamdulillah.

Ustaz Don Daniyal cakap..

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.."

Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat, tetapi pertolongan Allah selalu datang di saat yang tepat. Saya sangat yakin. Ya! Terjawab akhirnya.





ALHAMDULILLAH!



NOTA:
Well... life has to go on regardless how big are the obstacles.. so redah je la... Bukan redah tak tentu hala. Tapi redah biarlah yang boleh membawa kebaikan. Terima kasih kawan-kawan. On the other note. Thanx for prayers, calls, sms from u guys.. sangat lega mendengar kata2 perangsang dari kengkawan yg ambil berat. Berkat dari itu, sekarang rasa a bit happy of what happened recently.. a ray of hope.. slight one but a hope nonetheless.. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Tu lah.. signs and helps from Allah come in various forms and ways, kan... asal kita sabar. Sekarang ni aku nak berlapang hati, nak berbaik sangka.. aku selalu cakap choose to be happy.. jadi kena lah buat ye dak... Ust. Pahrol ada cakap..

"Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain... nescaya hidup kita akan ceria! Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira."





26 September 2012

Terlepas.


Terlepas Ahad lepas.. Bukan terlepas dari sangkar. Bukan juga dari kandang. Tapi terlepas keluar sorang-sorang tanpa suami dan anak-anak! Haha.. sejak hampir 7 tahun kawin ni, saya tak pernah keluar sorang-sorang. Mesti berteman suami sekurang-kurangnya.. :)

Dup dap dup dap.. Itu lah perasaannya.. berdebar! Seminggu sebelum kejadian, sudah rasa macam-macam. Sehingga suami tegur, "macam nak keluar dengan boyfriend!" Haha. Dasyat sungguh. Sebenarnya ini kali pertama saya keluar dengan orang-orang yang bukan dari kawan realiti saya. Ni antara kawan 'maya' saya. Antara kawan yang selalu buat saya tersenyum. [Sebenarnya saya takda kawan 'realiti' yang ramai pun.. :( boleh dikira dengan jari tangan saja.]

Dah. Itu saja entry kali ni! ^_^













NOTA:

Tapi agak kecewa sikit sebab ramai yang tak dapat join! InsyaALLAH, lain kali jumpa lagi. Dan jika diizinkanNYA, saya nak sangat jumpa kamu SRI.







19 September 2012

Pilunya


Lama tak update. Tapi hari ni ringkas jer. Hati saya pilu. Pilu bila dengar suara dia menangis. Rindu sangat la tu. Sedihnya saya. Hidup ni, kekadang kita diatas.. tapi jangan lupa, tak selamanya kita berada diatas. 


Mama, bila Ja tengok bunga ni, Ja teringat kat mama.. Tapi sayang, bunga yang mama bagi dah mati! Mungkin sebab cuti lama sangat raya hari tu. Tak bersiram. Kering. Hati Ja pun kering jugak bila tengok bunga ni. Nanti bekesempatan, Ja beli ganti bunga ni. Walau tak sama, tapi sekurang-kurangnya boleh mengubat rindu Ja kat mama. Doa kan agar Ja dan keluarga punya masa berlebihan. Agar dapat Ja selalu balik jenguk mama. :(



Jaga lah hati ibu walau siapa pun kita. Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan mereka, apalagi jika yang memutuskan hubungan tali silaturrahim itu adalah ibunya sendiri. Amat besar pahalanya apabila berbakti kepada ibu sendiri. Selain itu yang terlibat juga dinasihatkan supaya banyak bersabar, mudah-mudahan dengan banyak bersabar menghadapi karenah ibu sendiri, Allah SWT akan mudahkan kita dengan beberapa nikmat yang kita tidak sangka-sangka datangnya kepada kita.


Ingatlah Nabi SAW boleh bersabar menghadapi karenah pimpinan Quraisy yang sesetengahnya bertanggungjawab membunuh anak perempuannya sendiri, kenapa kita tidak boleh bersabar dalam berbuat demikian terhadap ibu sendiri. Buangkanlah perasaan benci dan dendam kepada ibu sendiri, kerana perbuatan ini tidak elok menurut pandangan Islam.








NOTA:


Semoga dibukakan pintu hati mereka yang membuatkan dia menangis. :(




28 August 2012

Ceritera Raya 2012

Penat. Letih. Gembira. Bahagia.


Ya! Semua tu saya rasa dan penghujungnya saya rasa amat bahagia. Alhamdulillah. Masih ada kesempatan merasai semua perasaan tu. 


Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.

Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Hadis Riwayat Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih)

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.

Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Nabi sungguh hebat memotivasikan kita, "Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kamu sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad dan lain-lain).

Kami berterima-kasih kepadaMu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Dengan kejernihan fikrah mereka, kami tenang melangkah.

Sumber: SINI





NOTA:

Padat. Teringin nak cerita hari demi hari sepanjang seminggu syawal pertama. Tapi terasa sangatlah panjang entry kali ni. Setiap hari dalam minggu pertama syawal, memang tak ada ruang rehat langsung. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Felda Gunung Besout, Sungkai. 

Hari terakhir Ramadhan, kami melemang! Best sangat. Hee.. 

Aktiviti paling best kot tiap kali nak raya.


Syawal pertama, kami tak buat rumah terbuka kerana bersebablah. ^___^ [tapi segala juadah seperti lemang, rendang, roti jala serta biskut-biskut raya tetap ada]. Kami ke rumah saudara-mara terdekat..  kat Teluk Intan. Lebih kurang 3-4 buah rumah juga la dari tengah hari sampai ke malam. Syawal kedua saya dibawa suami menziarahi kawan karib yang kematian bonda pada 1 Syawal di Trolak. Sedih tengok dia [Al-Fatihah untuk arwah]. Dikesempatan masa yang ada, kami ke rumah sepupu saya yang bertemu jodoh dengan orang Trolak. Hajat hati nak jumpa kawan 'blog' kat Trolak Selatan, tapi nampaknya belum diizinkanNya untuk berjumpa beliau.

Kuning kami tahun ni! Kerabat kata mereka. :)


Syawal ketiga, sangat memenatkan. Saya ditugaskan 'menyiang' ikan sebanyak 10kilo. Suami serta ayah pula ditugaskan membersih 25 ekor ayam. Emak, macam biasalah, terlalu banyak perkara yang perlu dia siapkan. Along a.k.a kakak ipar beraya rumah mertua. Jadi tugas dia untuk keesokkan harinya iaitu memasak! heee... Tak risau sebab apa yang dia masak, mesti sedap! Sebenarnya 4 Syawal adalah hari pertunangan adik suami. Memandangkan ramai jiran tetangga bercuti/balik kampung, kami kekurangan kakitangan dalam membuat tugasan tersebut. Malamnya sibuk siapkan hantaran pula [Entah kenapa nampak gaya macam tiada persediaan tersebut] Saya ringkaskan saja cerita ini. Enjoy tapi penat!

Tahniah mak ude!


Syawal kelima? Sudah tentu saya bergegas siapkan semua pakaian. Packing apa yang patut untuk balik ke kampung saya pula! Walaupun hanya 2 hari dapat luangkan masa, tapi saya akan pastikan ia bermakna! Walau sehari sebelum tu saya dapat berita yang agak menyedihkan. Tak apa, saya cuba gembirakan yang masih ada. Gambar? Tak ada. Sebab terlalu seronok bersama. Lupa nak ambik gambar sebagai kenangan. Saya tiba dikampung halaman sudah agak senja. Seelok sampai, azan maghrib berkumandang. Alhamdulillah.. Selamat. Masa tu kepala berdenyut. Badan rasa longlai sebab dah beberapa hari tak rehat. Telan ubat tahan sakit! Alhamdulillah.. Esoknya saya dah sihat!

Syawal keenam, saya ke Setiu. Rumah pakcik iaitu adik kepada mama yang saya panggil Ayah Mie. Kali pertama saya kerumah dia. Kami bertolak sesudah solat Jumaat. Rancangnya balik dari rumah beliau, kami nak singgah di Bukit Keluang [Pantai]. Tapi dah lewat. Tunda.. Esoknya iaitu Syawal ketujuh kami ke Pantai Sri Tujuh! Alhamdulillah.. dapat juga berkelah [yang ni ada gambar, tapi saya akan update kemudian].


Sungguh! Saya sangat penat. Tapi saya rasa sangat bahagia.