28 August 2012

Ceritera Raya 2012

Penat. Letih. Gembira. Bahagia.


Ya! Semua tu saya rasa dan penghujungnya saya rasa amat bahagia. Alhamdulillah. Masih ada kesempatan merasai semua perasaan tu. 


Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.

Nabi memujuk, "Seorang mukmin yang bergaul dengan masyarakat dan sabar dengan kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya." (Hadis Riwayat Bukhari, al-Tirmizi dan Ahmad, sahih)

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum.

Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Nabi sungguh hebat memotivasikan kita, "Bertakwalah kepada Allah di mana jua kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan itu dapat menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kamu sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad dan lain-lain).

Kami berterima-kasih kepadaMu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Dengan kejernihan fikrah mereka, kami tenang melangkah.

Sumber: SINI





NOTA:

Padat. Teringin nak cerita hari demi hari sepanjang seminggu syawal pertama. Tapi terasa sangatlah panjang entry kali ni. Setiap hari dalam minggu pertama syawal, memang tak ada ruang rehat langsung. Tahun ni giliran beraya di kampung suami. Felda Gunung Besout, Sungkai. 

Hari terakhir Ramadhan, kami melemang! Best sangat. Hee.. 

Aktiviti paling best kot tiap kali nak raya.


Syawal pertama, kami tak buat rumah terbuka kerana bersebablah. ^___^ [tapi segala juadah seperti lemang, rendang, roti jala serta biskut-biskut raya tetap ada]. Kami ke rumah saudara-mara terdekat..  kat Teluk Intan. Lebih kurang 3-4 buah rumah juga la dari tengah hari sampai ke malam. Syawal kedua saya dibawa suami menziarahi kawan karib yang kematian bonda pada 1 Syawal di Trolak. Sedih tengok dia [Al-Fatihah untuk arwah]. Dikesempatan masa yang ada, kami ke rumah sepupu saya yang bertemu jodoh dengan orang Trolak. Hajat hati nak jumpa kawan 'blog' kat Trolak Selatan, tapi nampaknya belum diizinkanNya untuk berjumpa beliau.

Kuning kami tahun ni! Kerabat kata mereka. :)


Syawal ketiga, sangat memenatkan. Saya ditugaskan 'menyiang' ikan sebanyak 10kilo. Suami serta ayah pula ditugaskan membersih 25 ekor ayam. Emak, macam biasalah, terlalu banyak perkara yang perlu dia siapkan. Along a.k.a kakak ipar beraya rumah mertua. Jadi tugas dia untuk keesokkan harinya iaitu memasak! heee... Tak risau sebab apa yang dia masak, mesti sedap! Sebenarnya 4 Syawal adalah hari pertunangan adik suami. Memandangkan ramai jiran tetangga bercuti/balik kampung, kami kekurangan kakitangan dalam membuat tugasan tersebut. Malamnya sibuk siapkan hantaran pula [Entah kenapa nampak gaya macam tiada persediaan tersebut] Saya ringkaskan saja cerita ini. Enjoy tapi penat!

Tahniah mak ude!


Syawal kelima? Sudah tentu saya bergegas siapkan semua pakaian. Packing apa yang patut untuk balik ke kampung saya pula! Walaupun hanya 2 hari dapat luangkan masa, tapi saya akan pastikan ia bermakna! Walau sehari sebelum tu saya dapat berita yang agak menyedihkan. Tak apa, saya cuba gembirakan yang masih ada. Gambar? Tak ada. Sebab terlalu seronok bersama. Lupa nak ambik gambar sebagai kenangan. Saya tiba dikampung halaman sudah agak senja. Seelok sampai, azan maghrib berkumandang. Alhamdulillah.. Selamat. Masa tu kepala berdenyut. Badan rasa longlai sebab dah beberapa hari tak rehat. Telan ubat tahan sakit! Alhamdulillah.. Esoknya saya dah sihat!

Syawal keenam, saya ke Setiu. Rumah pakcik iaitu adik kepada mama yang saya panggil Ayah Mie. Kali pertama saya kerumah dia. Kami bertolak sesudah solat Jumaat. Rancangnya balik dari rumah beliau, kami nak singgah di Bukit Keluang [Pantai]. Tapi dah lewat. Tunda.. Esoknya iaitu Syawal ketujuh kami ke Pantai Sri Tujuh! Alhamdulillah.. dapat juga berkelah [yang ni ada gambar, tapi saya akan update kemudian].


Sungguh! Saya sangat penat. Tapi saya rasa sangat bahagia. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas perhatian anda! *___^