19 September 2012

Pilunya


Lama tak update. Tapi hari ni ringkas jer. Hati saya pilu. Pilu bila dengar suara dia menangis. Rindu sangat la tu. Sedihnya saya. Hidup ni, kekadang kita diatas.. tapi jangan lupa, tak selamanya kita berada diatas. 


Mama, bila Ja tengok bunga ni, Ja teringat kat mama.. Tapi sayang, bunga yang mama bagi dah mati! Mungkin sebab cuti lama sangat raya hari tu. Tak bersiram. Kering. Hati Ja pun kering jugak bila tengok bunga ni. Nanti bekesempatan, Ja beli ganti bunga ni. Walau tak sama, tapi sekurang-kurangnya boleh mengubat rindu Ja kat mama. Doa kan agar Ja dan keluarga punya masa berlebihan. Agar dapat Ja selalu balik jenguk mama. :(



Jaga lah hati ibu walau siapa pun kita. Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan mereka, apalagi jika yang memutuskan hubungan tali silaturrahim itu adalah ibunya sendiri. Amat besar pahalanya apabila berbakti kepada ibu sendiri. Selain itu yang terlibat juga dinasihatkan supaya banyak bersabar, mudah-mudahan dengan banyak bersabar menghadapi karenah ibu sendiri, Allah SWT akan mudahkan kita dengan beberapa nikmat yang kita tidak sangka-sangka datangnya kepada kita.


Ingatlah Nabi SAW boleh bersabar menghadapi karenah pimpinan Quraisy yang sesetengahnya bertanggungjawab membunuh anak perempuannya sendiri, kenapa kita tidak boleh bersabar dalam berbuat demikian terhadap ibu sendiri. Buangkanlah perasaan benci dan dendam kepada ibu sendiri, kerana perbuatan ini tidak elok menurut pandangan Islam.








NOTA:


Semoga dibukakan pintu hati mereka yang membuatkan dia menangis. :(




4 comments:

  1. selagi mak masih ada, selagi tu lah kita kena hargai & jaga.. even dah tiada nanti pun, still kena doakan & sedeqahkan utk dia.. nothing compares..

    ReplyDelete
  2. IZZ,

    Betul tu kan! Yus rasa terganggu sgt bila dengar cerita macam psal mak2 ni.. sedih!

    ReplyDelete
  3. Doony Ien,

    Terima kasih. Eh, dari mana jejak blog ni? btw, Thanks.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^