Jujur, saya tak pernah try tips ni.. Saya baru
jer baca dari blog Mommy Iskandar. Saya
sangat tertarik. Ada sesetengah tips tu saya pernah dengar. Tapi entah kenapa,
saya tidak juga amalkan. InsyaALLAH, lepas ni saya akan cuba amalkan. Semoga
kehidupan lebih baik lepas ni! Allahhumma Amin.
1) Kalau tiba-tiba
teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu
waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU
pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan
anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak
kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang
bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2) Pandang wajahnya semasa
dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!.
Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan
ini adalah DOA. Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3) Masa bangun solat malam,
solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan
dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering
doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat
sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat
untuknya.
4) Minta dikasihani.
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia
tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan
merana di Alam Barzah nanti.
5) Peluklah anak selalu
walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura
ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak
sepertinya.
6) Maafkan anak kita setiap
masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin
kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa
lampau.
7) Yang paling penting jaga
tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan
hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa
yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan
kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat
macam drama pun boleh.
8) Amalkan membaca ayat 40
surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam
golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. " رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِىۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ" [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.]
9) Selalu ingatkan anak
bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika
tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi
pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10) Masa basuh beras niatkan
ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama dia) untuk faham agamanya (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh
bawa ibubapanya juga ke neraka), Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi
nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi
Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah
sentiasa.
NOTA:
Sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat.
InsyaAllah, boleh lah sy amik tips ni kelak... :) Salam kenal...
ReplyDeleteKhalilah,
ReplyDeleteSalam kenal jgak! :)