13 December 2013

Expo buku oleh Love Novel Publication

Siapa minat NOVEL? 



Haaa.. Pihak Love Novel  ada join expo buku tau! 
Untuk hari Sabtu dan Ahad ni ada sesi Temu Mesra bersama penulis. 
Jangan Lepaskan peluang kepada siapa yang berdekatan tu!



NOTA:

Nak beli online pun boleh, KLIK web ni: http://www.lovenovel.com.my/

12 December 2013

Remove Poll

Assalamualaikum semua.. 

Haaa, ingat tak entri tolong saya hari tu? Pasal nak remove poll dari nuffnang tu.. Ekekeke.. Saya dah jumpa dah.. Senang jer.. 


Ni haaa... Edit kat sini jer rupanya! Ingatkan nak kena edit html bagai.. Haha..





11 December 2013

The Hottest Giveaway By Mama Darwiish


Woww.. tergoda betul tengok giveway dari Mama Darwiish ni.. Yus join! Korang nak join? KLIK BANNER ni!



JANGAN LUPA KLIK BANNER NI!!!




NOTA:

Nak follow dan LIKE page sponsor-sponsor pun bukan main lagi lama.. tambah2 lagi internet ni slow giller kt opis ni! Ekekeke..


WW: Jangan MANJA kan suami

(Hari ni 1st time guna 'WW'.. ekeke)

Assalamualaikum..

Haaa.. Tengok tajuk! Tadi dengar ISLAM ITU INDAH | Bersama Prof Dr Muhaya berkongsi tips "Celik Mata Reset Minda: Memilih Pasangan Hidup". Kendalian Mazlina Ismail. 



Best! Banyak input yang berguna. Tengah syok duk dengar, ada pemanggil yang bertanyakan pendapat isu nafkah! Isu nafkah harian ni isu besar sebenarnya. Banyak pandangan dari semua orang. Tak kira lah suri rumah ataupun isteri yang bekerja. Masing-masing punya pendapat tersendiri. 

Prof cakap;
Jangan MANJA kan suami dengan membayar segala-galanya.. Biar suami memberi nafkah yang seADILnya.


Ya, betul tu. Tapi ada juga walau suami isteri bekerja, tapi si suami tak mampu untuk bayar keseluruhan perbelanjaan harian tersebut.  Sesungguhnya redho dengan apa yang kita lakukan. Saya ada terbaca soal jawab Ustaz Azhar Idrus pasal perkongsian nafkah ni:

Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah harian?
Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya HALAL.. jika ISTERI HALAL kan. Ingat... Perbelanjaan harian yang perlu, adalah wajib atas suami walaupun isteri orang kaya, seorang kontraktor berpendapatan RM50ribu sebulan, manakala suami kerja konduktor bas berpendapatan hanya RM500 sebulan!! Suami tak boleh kata pada isteri, "yang ini awak bayar". Hukumnya HARAM kerana tanggung-jawab belanja nafkah harian adalah ke atas suami, melainkan isterinya kata, "oleh kerana abang takde duit, dok rok cetong, biar saya yang bayar". Ini baru boleh. Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isterinya bayar itu ini, "yang ni awak bayar, yang ni saya bayar". Hukumnya haram kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggung-jawab suami, melainkan isterinya halalkan, maka barulah boleh. Macamana dengan duit isteri yang suami telah guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang suami telah guna untuk buat belanja nafkah menjadi beban hutang yang suami wajib bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan. Pastu ada pulak yang kata, "ohhh kalau macam tu berat la, tak larat la ...". Haaa... kalau macam tu, mu jangan kahwin!




NOTA:

Haaa.. tergelak saya baca! Tapi tu la ya, kalau duk KL ni, setakat gaji RM3k seorang pun, rasanya belum mampu 'hidup senang'. Sebenarnya, dalam apa jua pendapat kita.. KEIHKLASAN penting. Cuma satu je la, jangan suami ambil kesempatan di atas kebaikan isteri yang membantu. Berkongsi dalam semua hal. Baru adil. Jangan nak berkongsi hanya nafkah (duit) semata.. heh! 


Review Bersama Blog HT

Assalamualaikum..

Haaa, duk ghalik kat blog Nana yang makin cantik dan comel layout nya tu.. terbaca la entry pasal segmen Review Bersama Blog HT ni.. teringin la nak join! Hehe..
















Teringin nak join jugak? ha, KLIK BANNER ni!


Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja.
2. Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda.
3. Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT"
4. Letak banner di atas dan link back to this entry.
5. Tinggalkan link entry anda pada kotak komen di blog tersebut.

Senangkan!! Jom ramai-ramai meriahkan segmen ni!