10 March 2012

Saya sudah lama maafkan dia

Ya. Sudah lama. Sekarang, saya tengah cuba untuk lupakan semuanya. Apa yang terjadi, hanya kerana DIA ingin menduga saya. 

Tadi saya terjumpa dia. Jumpa di kenduri kahwin seorang sahabat suami saya. Saya tak nampak dia. Memang tak nampak yang bukan disengajakan. Sebab ketika itu, mata saya melilau cari meja kosong. Kiri dan kanan saya memegang pinggan nasi dan buah tangan / cenderahati dari keluarga pengantin. Tiba-tiba dia datang kearah saya (mungkin laluan balik ke arah tersebut) dan memegang bahu saya. Saya terkejut. Tapi saya senyum..

"Eh, sihat?" yang terpancut dari mulut saya. "Alhamdulillah" katanya. "Kenapa akak tak datang?" soalan yang membuat saya teragak-agak nak jawab. "Ala.. tak 'berkesempatan' la... Sori.." balas saya yang agak rasa serba salah. "Akak, maafkan A**s yer.." Saya agak terkejut dengan apa yang dia katakan. Maklumlah hampir empat tahun kejadian tersebut berlaku. "Eh, dah lama akak lupakan.. eh, tahniah, semoga bahagia yer.." Kata saya. "Terima kasih kak..." Balasnya dan kami bersalaman dan dia berlalu pergi.

Ya...  memang dah lama saya lupakan. Tetapi siapalah saya.. hati wanita, bila dikhianati susah untuk sembuh. Tapi saya sentiasa berdoa, agar saya diberi kekuatan. Sebab, saya ingin bahagia. Sebenarnya 03032012, adalah kenduri kahwin dia. Memang dia jemput saya dan suami. Tapi berat hati saya untuk menghadirkan diri ke kenduri tersebut. Tapi.. dia tetap ada didalam doa saya, agar dia tidak melalui apa yang saya dah lalui.








p/s:
Hari ni sebenarnya saya kerja. Entah kenapa saya boleh lupa. Entah apa la orang opis tu bising-bising nanti. Huhu....

09 March 2012

Sambungan 0203--

EH, tak ada apa yang nak disambungkan pun.. Cuma sekarang kami bahagia. Alhamdulillah.. segala masalah, rintangan, dugaaan dan segala badai yang terjadi.. mengingatkan aku bahawa ALLAH sayangkan diri ini, sebab itulah dia menguji ku.. Alhamdulillah.. DIA juga tetap bersama aku untuk mengharungi semua badai ini.

Kini, aku lebih mencari sinar dalam hidup aku. Sebenarnya, tak mahu la cerita-cerita sedih disini. Aku harap, lepas ni aku lebih tabah. InsyaALLAH. :)

Suami ada cakap...
Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Jika jalan yang dipilih sudah benar namun pelbagai masalah mendatang, jangan berpatah balik teruskan perjalanan. Terkadang kita terlalu cepat bercakap soal buah sebaik menanam benih, bukankah untuk mendapat pokok yang baik, masih banyak yang perlu dilakukan?

Banyak makna tersirat dalam petikan tu. Akanku cuba mencari maksudnya. Dia petik kata-kata dari blog Ust. Pahrol Muahmmad Juoi. Rupanya, suamiku juga ingin berubah. Alhamdulillah.








p/s:
Cuba jadi insan yang terbaik. Untuk DIA, untuk suami, untuk anak-anak... juga untuk keluarga tersayang.. dan untuk semua... InsyaALLAH..

05 March 2012

0203--

020305.

Itulah tarikh keramat bagi aku selain tarikh2 lain yang ada dalam diari kepala ku. Tarikh yang penuh makna. Apa ada pada tarikh tersebut? Sebenarnya, inilah tarikh kami (suami dan aku) declare atau dengan kata lain, kami mengisytiharkan hubungan kami sebagai kekasih. Wahhh.... Bahagianya.. dunia ini akuuuu yang punya! Haha... Saat ni, rasanya tiada yang lain dalam fikiran. Hanya dia, dia dan dia... Itulah orang kata, bila dilamun cinta, penyakit 'angau' akan menguasai diri. Tapi Alhamdulillah, saat dilamun cinta.. keluarga tetap nombor satu! 

Kami berkenalan tak silap bulan Disember 2004. Di kenduri kahwin abang kepada seorang teman. Tapi hanya 'berpandangan' sajalah. Mula dengan ber'sms'.. Tapi bukan dengan dia. saya berkawan rapat dengan kawan rapat dia. Melalui a'wan, bermula lah sesi risik merisik.. hehe.. saya panggil dia 'botak'. Dulu-dulu, saya suka lelaki yang botak macam..
.
.
.
.
.
.
Vin Diesel
.
.
.


Hahaha.. berangan tak? Dia botak macam ni la mula-mula kenal dulu..tapi tak la sehensem Van Diesel.. Tapi cukup memikat hati saya yang belum pernah berpenghuni sebelum ni. Eh, bukan tak ada langsung, ada.... Tapi itu secara diam-diam. Walaupun pernah dilamar untuk menjadi seorang kekasih, tapi hati ini belum mampu untuk menerima cinta itu. Saat ini, ada satu lagu tema untuk menceritakan kisah cinta kami. Hiks.. Bertahta di Hati (Farahdhiya).. Kalau dengar lagu ni, mesti menitis air mata. Kenapa? Hanya aku yang tahu.


Dalam diam, aku rasa serba salah, rasa sangat tak selesa bila keluar 'dating' dengan dia. Memang dia sangat baik. Aku memang tak nak melepaskan apa yang aku ada. Tapi aku sangat sukar bila dipelawa untuk berjumpa.. apatah lagi berdua. Aku hanya keluar dengan dia bila ada rakan-rakan lain bersama. Beberapa bulan bercinta, dia menyuarakan untuk menjadi pasangan aku yang sah. Entah kenapa, saat dia melamar hati ini, terus aku menerima. Akhirnya, aku bawa dia jumpa dengan mama. Alhamdulillah, dia pandai ambil hati.. Bermula lah episod baru dalam hidup aku. 

20 November 2005, tengah hari.. Aku sah jadi Isteri dia. Itulah cerita tentang tarikh 0203--

bersambung.......







p/s I:
Bila tahu tarikh yang sama dikongsi dengan seorang yang pernah menggugat rumahtangga aku, aku kecewa lagi.....



p/s II:
Alah, bukan aku pun mencipta 'kalendar' tu kan... Kalau nak bahagia, LUPAkan lah... ::

01 March 2012

Hadkan.

STICKY POST!
Entry terbaru, sila scroll ke bawah.





Diatas sebab dan alasan tertentu, saya akan hadkan pembaca blog ni. Ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012 nanti. Sesiapa yang masih ingin mengikuti perjalanan blog ni, sila tinggalkan email anda pada ruangan komen. Begitu juga dengan Facebook saya. Ia akan turut dibekukan.







Sekian, Terima kasih.

Assalamualaikum.

Apa khabar.. seperti yang di telah diberitahu sebelum ini, blog ini telah pun dihadkan. Saya tak kisah la hanya beberapa orang saja yang baca, tapi sekurang-kurangnya saya rasa 'selamat'! Harap-harap kamu semua sihat2 saja kan.. Nanti ada masa terluang, saya update panjang-panjang yer! 






p/s:
Harap semua bahagia hari ni!