EH, tak ada apa yang nak disambungkan pun.. Cuma sekarang kami bahagia. Alhamdulillah.. segala masalah, rintangan, dugaaan dan segala badai yang terjadi.. mengingatkan aku bahawa ALLAH sayangkan diri ini, sebab itulah dia menguji ku.. Alhamdulillah.. DIA juga tetap bersama aku untuk mengharungi semua badai ini.
Kini, aku lebih mencari sinar dalam hidup aku. Sebenarnya, tak mahu la cerita-cerita sedih disini. Aku harap, lepas ni aku lebih tabah. InsyaALLAH. :)
Suami ada cakap...
Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Jika jalan yang dipilih sudah benar namun pelbagai masalah mendatang, jangan berpatah balik teruskan perjalanan. Terkadang kita terlalu cepat bercakap soal buah sebaik menanam benih, bukankah untuk mendapat pokok yang baik, masih banyak yang perlu dilakukan?
Banyak makna tersirat dalam petikan tu. Akanku cuba mencari maksudnya. Dia petik kata-kata dari blog Ust. Pahrol Muahmmad Juoi. Rupanya, suamiku juga ingin berubah. Alhamdulillah.
p/s:
Cuba jadi insan yang terbaik. Untuk DIA, untuk suami, untuk anak-anak... juga untuk keluarga tersayang.. dan untuk semua... InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas perhatian anda! *___^