020305.
Itulah tarikh keramat bagi aku selain tarikh2 lain yang ada dalam diari kepala ku. Tarikh yang penuh makna. Apa ada pada tarikh tersebut? Sebenarnya, inilah tarikh kami (suami dan aku) declare atau dengan kata lain, kami mengisytiharkan hubungan kami sebagai kekasih. Wahhh.... Bahagianya.. dunia ini akuuuu yang punya! Haha... Saat ni, rasanya tiada yang lain dalam fikiran. Hanya dia, dia dan dia... Itulah orang kata, bila dilamun cinta, penyakit 'angau' akan menguasai diri. Tapi Alhamdulillah, saat dilamun cinta.. keluarga tetap nombor satu!
Kami berkenalan tak silap bulan Disember 2004. Di kenduri kahwin abang kepada seorang teman. Tapi hanya 'berpandangan' sajalah. Mula dengan ber'sms'.. Tapi bukan dengan dia. saya berkawan rapat dengan kawan rapat dia. Melalui a'wan, bermula lah sesi risik merisik.. hehe.. saya panggil dia 'botak'. Dulu-dulu, saya suka lelaki yang botak macam..
.
.
.
.
.
.
Vin Diesel |
.
.
.
Hahaha.. berangan tak? Dia botak macam ni la mula-mula kenal dulu..tapi tak la sehensem Van Diesel.. Tapi cukup memikat hati saya yang belum pernah berpenghuni sebelum ni. Eh, bukan tak ada langsung, ada.... Tapi itu secara diam-diam. Walaupun pernah dilamar untuk menjadi seorang kekasih, tapi hati ini belum mampu untuk menerima cinta itu. Saat ini, ada satu lagu tema untuk menceritakan kisah cinta kami. Hiks.. Bertahta di Hati (Farahdhiya).. Kalau dengar lagu ni, mesti menitis air mata. Kenapa? Hanya aku yang tahu.
Dalam diam, aku rasa serba salah, rasa sangat tak selesa bila keluar 'dating' dengan dia. Memang dia sangat baik. Aku memang tak nak melepaskan apa yang aku ada. Tapi aku sangat sukar bila dipelawa untuk berjumpa.. apatah lagi berdua. Aku hanya keluar dengan dia bila ada rakan-rakan lain bersama. Beberapa bulan bercinta, dia menyuarakan untuk menjadi pasangan aku yang sah. Entah kenapa, saat dia melamar hati ini, terus aku menerima. Akhirnya, aku bawa dia jumpa dengan mama. Alhamdulillah, dia pandai ambil hati.. Bermula lah episod baru dalam hidup aku.
20 November 2005, tengah hari.. Aku sah jadi Isteri dia. Itulah cerita tentang tarikh 0203--
bersambung.......
p/s I:
Bila tahu tarikh yang sama dikongsi dengan seorang yang pernah menggugat rumahtangga aku, aku kecewa lagi.....
p/s II:
Alah, bukan aku pun mencipta 'kalendar' tu kan... Kalau nak bahagia, LUPAkan lah... ::
sekarang dia dh dpt kebahagiaan dia.. harap akak pun sangat bahagia lepasni selepas apa yang Allah duga..
ReplyDeleteJue,
ReplyDeletea'ah.. semoga 'kami' dan jue juga bahagia!!!! Aminnnn...