09 December 2011

Uniknya Singapura. Part 1.

Unik ker? ekekeke....
Kali ni nak kongsi pengalaman. Pertama kali ke sana. Ada seronok dan ada yang tak seronok. 

Pengalaman di hari pertama, sangat tidak menyelesakan <ada ker ayat ni?> saya. Sebab satu hari tak mandi! Lepas tu saya rasa, susahnya nak buang air  <kecik dan besar>. Rasanya toilet awam macam kurang la kat sana. <Ye ker?> Lepas tu kebanyakkan toilet yang ada pulak, kena kongsi. Hohoh.. sangat tidak selesa. Tahan sampai malam! balik hotel baru buang semuanya! Haha.. Kalau pasal makan, tak susah kot. Mungkin sebab kami pergi dengan agensi. Jadi, tempat makan sudah disediakan. Kami dibawa jelajah bandar dan tempat2 sejarah Singapura. Tapi tengok dalam bas jer tau! <tak tau nape tak boleh tgok dekat2> Satu-satunya tempat yang kami berhenti dan bergambar adalah tempat ikon Singapura iaitu patung singa berbadan ikan! Sejarahnya? Ok, kami diberitahu bahawa "kepala singanya melambangkan singa yang terlihat oleh Pangeran Sang Nila Utama saat ia menemukan kembali Singapura di tahun 11 M, seperti yang tercantum dalam “Sejarah Melayu”. Ekor ikan sang Merlion melambangkan kota kuno Temasek (berarti “laut” dalam bahasa Jawa), nama Singapura sebelum sang Pangeran menamakannya “Singapura” (berarti “Kota Singa” dalam bahasa Sansekerta) dan juga melambangkan awal Singapura yang sederhana, iaitu sebagai perkampungan nelayan." <kopipes dari sejarah patung singa merlion> Gambar kami? ni la dia :




Sayangnya waktu ni hujan. Terbatas kami dan anak2 nak berlari-lari kat sini.. haha.. Lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari. Mula2, kami makan dengan lahapnya walau makanan tersebut bak kata suami, "kalau ada restoran macam ni kat Malaysia, sebulan jerk tahan. Bungkus la macam ni." Maksudnya, makanan kat situ tak sesedap yang kami harapkan. Nasib la kami semua tengah lapar. Dapat habiskan semua lauk yang disediakan. Hehe..

Lepas makan kami dibawa ke Sentosa Island. Asal perancangannya kami kesana adalah waktu pagi. Seelok jejak kaki <bas> ke tanah Singapura. Tapi disebabkan hujan, semua perancangan ditukar. Sebab ke sini adalah untuk sempurnakan plan untuk telematch game. Tak best pun sebab masing-masing sudah kepenatan. Muka semua macam terpaksa. Haha.. Anak-anak saya tak puas hati, sebab tak sempat mandi air laut. Tapi yang best, Saya dan suami menang semua acara berpasangan! Haha.. 


Sumber: Google.

Sumber: Google.


Cukup masa penatkan badan, kami kembali ke restoran tadi untuk makan malam. Kali ni, makanan dia sedap sikit. Hehe.. Lepas tu, kami di bawa ke Night Safari. Enjoy! sebab anak-anak sangat hepi kat sini. Gambar? Hmm.. tak ada sangat, maybe ada kat camera kawan suami. Sebab malam-malam macam ni, camera hset sangat lah tidak berguna kan! Haha..





Habis aktiviti ni, baru lah kami ke hotel untuk melapor diri. Huhu.. bayangkan, satu hari suntuk tak mandi! Penat.... Kami bermalam kat hotel 81 di Jalan Joo Chiat. Juga tak best. Kami dapat bilik kecik! huhu.. Tapi Alhamdulillah.. dapat lelapkan mata dengan sempurna!








p/s:
Banyak sebenarnya terlepas bergambar di tempat-tempat yang menarik. Suami malas. Saya? Lagi lah malas. Sebab tu lah idaman saya untuk dapat kan DSLR. Supaya saya rajin bergambar. Hee.. and one thing I want to share is, ada je sampah yang saya jumpa. Termasuk lah putung2 rokok. Ada orang cakap, susah nak jumpa sampah kat Singapore. Sebab, dendanya sangat lah tinggi jika anda buang sampah merata-rata. Cukup la cerita untuk hari pertama. Saya cuba sambung lagi utk cerita hari kedua dan terakhir nanti. Ada lagi yang menarik tau.. tunguuuu...

08 December 2011

Jadual?

Sangat padat. < Ni nak cerita pasal cuti2 ke Singapura >

HARI PERTAMA:

12.30 am (2hb 12) -
bertolak dari Batu Caves.
5.30 am (+-) -
Sampai JB. Berhenti rehat dan solat subuh kemudian terus sarapan.
8.00 am (+-) -
Sampai kat imigresen. Lepas.
8.30 am (+-) -
Sampai Woodlands Singapore. Sini leceh sikit sebab kena keluarkan beg dan barang2 untuk pemeriksaan.
9.30 am (+-) -
Baru dapat lepas. Lambat dan lama sebab kami buat grouping passport. Kalau ikut jadual, kami akan terus ke Sentosa Island, tapi disebab kan hujan, kami dibawa meronda bandar Singapura. Rasa sangat tak selesa sebab kami tak mandi! haha... Nasib baik anak2 ok.
12.30 pm (+-) -
Makan tengah hari kat Restoran Hajah Maimunah <ntah ye ke tak nama tu, lupa!>
2.00 pm (+-) -
Bergerak ke Sentosa Island memandangkan hujan dah reda.
3.00 pm (+-) -
Sampai Sentosa Island terus buat telematch games. Kat sini, kami diberi masa sampai pukul 5.00 pm.
5.00 pm (++) -
Bergerak balik semula ke Restoran tadi untuk makan malam / solat, etcRelax sikit, sebab masa diberi sampai pukul 7.30 pm. 
7.30 pm (+-) - 
Bergerak ke Night SafariBest!
9.00 pm (+-) - 
Begerak ke hotel untuk lapor diri. Hehe.. kami menginap kat Hotel 81 kat Jalan Joo Chiat. Rasanya dalam pukul 10.00 (+-) baru smpai hotel ni. Penat tak usah cakap la.. anak2 pun.. dengan kami yang tak mandi sehari suntuk! huhu...  Masuk bilik, terus mandi dan terbongkang! haha.. 

HARI KEDUA:

8.00 am (+-) -
Kena siap2 untuk pergi sarapan. Dan saya nak kamu tau.. kami kena jalan kaki ke Restoran Hajah Maimunah tu ok.. jauh jugak rasanya. Tapi saya tak pandai nak agak KM.. haha.. Restoran tu dekat2 ngan Jalan Geylang. Berblok-blok jugak la blok kedai yang kami melintas..
9.00 am (+-) - 
Kami bergerak ke Universal Studio Singapore. Kami sampai dalam pukul 10.00 am la lebih kurang.  Kami bebas bergerak sendiri dalam ni dan diberi masa sehingga jam 5.00 pm. Dalam ni memang best la. Macam-macam ada. Tapi kalau kamu ada anak kecil, sila la bawa stroller.. Kat dalam tu pun ada kemudahan untuk sewa stroller ni. Hanya keluarkan 15SGD (x 2.44 = RM36.60) 
5.00 pm - 
Keluar dari USS ni.. Sesi menunggu yang mana2 tercicir.. paham2 la kalau pergi berkumpulan ni. Dalam 6.00 pm baru cukup semua orang.
6.00 pm - 
Bergerak untuk makan malam. Untuk pegetahuan kamu semua jugak, kami jalan kaki lagi.. Menaiki dan menuruni tangga. Lepas tu naik monorail ke Sentosa Island. dan yang penting, Saya DUKUNG Alysha yang dah nak masuk 5 tahun tu.. Why? sebab dia dah flat sangat2.. Rasa nak tercabut bahu, tangan, pinggang saya.. huhu.. Serik OK! Lagi satu, masa makan pun saya rasa tak berselera langsung sebab kepenatan. Lepas tu kejar masa untuk tengok Song of The Sea. Kena tepat sampai 7.30 pm. Dia cakap tak boleh masuk lepas 7.30 pm. 
7.10 pm - 
Kami dah ada kat situ. Dalam kehujanan. Huhu.. Tapi memang boleh puji diorang punya persembahan. Seronok walau dalam hujan.
9.00 pm - 
Balik hotel. Saya ngan anak2 mandi dan terus tidur. Tapi cikasben keluar ngan kawan2 pergi pekena sup kat area Mustapha Centre katanya. <kat mana tempat tu pun saya tak tahu>

HARI KETIGA:

8.30 am - 
check out-
9.00 am - 
Sarapan. Hari ni naik bas. Tak perlu jalan kaki. heh..
10.30 am - 
Ke Bugis StreetShoping time. Tapi saya hanya beli souvenir untuk keuarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja. Maklum la.. duit sana mahal.. :(
11.30 am - 
Ke Orchard Road. Sama jugak.. 
2.00 pm - 
Ke Mustapha Centre. Kat sini orang cakap perfume murah2. Saya rembat satu jerk. hehe..
3.00 pm - 
Bergerak ke Woodlans dan ke tambak Johor. Segala proses selesai lebih kurang pukul 5.00 pm.
5.30 pm - 
Masa ni bas berhenti isi minyak kat skudai. 
7.00 pm - 
Berhenti makan dan solat kat R&R Machap.
12.30 am - 
Sampai Batu Caves.








p/s: 
Ada cerita yang menarik dan tidak menarik tentang Singapura ni. Segala gambar dan details akan saya masukkan dalam entry yang akan datang. Stay tuned! :) 

07 December 2011

Singapura.

Kali pertama saya kesana.
Satu disember malam pergi,
Empat disember petang balik.






p/s:
Seronok. Banyak jugak nak kongsi yang ni. Sabar ya!

Geram.

"Sakitnya hati". Tapi dalam hati jerk la.

Mesej suami, mengadu.

"Sabaar". Katanya.


T___T






p/s:
Banyak sangat nak kongsi kat sini. Tapi sibuk la pulak. Banyak keja kena siapkan! huhu..

01 December 2011

Bercuti.

InsyaALLAH, malam nanti dalam pukul 11.00 mlm berkumpul di perkarangan opis en.asben. Kalau tak ada aral menghalang, kami akan bertolak dengan dua bas ke Singapura. 



Ini adalah pengalaman pertama saya bercuti ramai-ramai macam ni. Kalut juga sebab tak tau kauntiti barang yang nak dibawa. Mana nak letak botol susu, bekalan susu, air.. tak kan saya nak bawa bakul macam naik keta sendiri kot! hehe.. Kalau boleh, saya hanya mahu bawa satu beg sahaja. Tapi mana cukup kan! haha... 










p/s:
Entah apa2 saya merepek kan! huhu..