Sangat padat. < Ni nak cerita pasal cuti2 ke Singapura >
HARI PERTAMA:
12.30 am (2hb 12) -
bertolak dari Batu Caves.
5.30 am (+-) -
Sampai JB. Berhenti rehat dan solat subuh kemudian terus sarapan.
8.00 am (+-) -
Sampai kat imigresen. Lepas.
8.30 am (+-) -
Sampai Woodlands Singapore. Sini leceh sikit sebab kena keluarkan beg dan barang2 untuk pemeriksaan.
9.30 am (+-) -
Baru dapat lepas. Lambat dan lama sebab kami buat grouping passport. Kalau ikut jadual, kami akan terus ke Sentosa Island, tapi disebab kan hujan, kami dibawa meronda bandar Singapura. Rasa sangat tak selesa sebab kami tak mandi! haha... Nasib baik anak2 ok.
12.30 pm (+-) -
Makan tengah hari kat Restoran Hajah Maimunah <ntah ye ke tak nama tu, lupa!>
2.00 pm (+-) -
Bergerak ke Sentosa Island memandangkan hujan dah reda.
3.00 pm (+-) -
Sampai Sentosa Island terus buat telematch games. Kat sini, kami diberi masa sampai pukul 5.00 pm.
5.00 pm (++) -
Bergerak balik semula ke Restoran tadi untuk makan malam / solat, etc. Relax sikit, sebab masa diberi sampai pukul 7.30 pm.
7.30 pm (+-) -
Bergerak ke Night Safari. Best!
9.00 pm (+-) -
Begerak ke hotel untuk lapor diri. Hehe.. kami menginap kat Hotel 81 kat Jalan Joo Chiat. Rasanya dalam pukul 10.00 (+-) baru smpai hotel ni. Penat tak usah cakap la.. anak2 pun.. dengan kami yang tak mandi sehari suntuk! huhu... Masuk bilik, terus mandi dan terbongkang! haha..
HARI KEDUA:
8.00 am (+-) -
Kena siap2 untuk pergi sarapan. Dan saya nak kamu tau.. kami kena jalan kaki ke Restoran Hajah Maimunah tu ok.. jauh jugak rasanya. Tapi saya tak pandai nak agak KM.. haha.. Restoran tu dekat2 ngan Jalan Geylang. Berblok-blok jugak la blok kedai yang kami melintas..
9.00 am (+-) -
Kami bergerak ke Universal Studio Singapore. Kami sampai dalam pukul 10.00 am la lebih kurang. Kami bebas bergerak sendiri dalam ni dan diberi masa sehingga jam 5.00 pm. Dalam ni memang best la. Macam-macam ada. Tapi kalau kamu ada anak kecil, sila la bawa stroller.. Kat dalam tu pun ada kemudahan untuk sewa stroller ni. Hanya keluarkan 15SGD (x 2.44 = RM36.60)
5.00 pm -
Keluar dari USS ni.. Sesi menunggu yang mana2 tercicir.. paham2 la kalau pergi berkumpulan ni. Dalam 6.00 pm baru cukup semua orang.
6.00 pm -
Bergerak untuk makan malam. Untuk pegetahuan kamu semua jugak, kami jalan kaki lagi.. Menaiki dan menuruni tangga. Lepas tu naik monorail ke Sentosa Island. dan yang penting, Saya DUKUNG Alysha yang dah nak masuk 5 tahun tu.. Why? sebab dia dah flat sangat2.. Rasa nak tercabut bahu, tangan, pinggang saya.. huhu.. Serik OK! Lagi satu, masa makan pun saya rasa tak berselera langsung sebab kepenatan. Lepas tu kejar masa untuk tengok Song of The Sea. Kena tepat sampai 7.30 pm. Dia cakap tak boleh masuk lepas 7.30 pm.
7.10 pm -
Kami dah ada kat situ. Dalam kehujanan. Huhu.. Tapi memang boleh puji diorang punya persembahan. Seronok walau dalam hujan.
9.00 pm -
Balik hotel. Saya ngan anak2 mandi dan terus tidur. Tapi cikasben keluar ngan kawan2 pergi pekena sup kat area Mustapha Centre katanya. <kat mana tempat tu pun saya tak tahu>
HARI KETIGA:
8.30 am -
check out-
9.00 am -
Sarapan. Hari ni naik bas. Tak perlu jalan kaki. heh..
10.30 am -
Ke Bugis Street. Shoping time. Tapi saya hanya beli souvenir untuk keuarga terdekat dan kawan-kawan rapat sahaja. Maklum la.. duit sana mahal.. :(
11.30 am -
Ke Orchard Road. Sama jugak..
2.00 pm -
Ke Mustapha Centre. Kat sini orang cakap perfume murah2. Saya rembat satu jerk. hehe..
3.00 pm -
Bergerak ke Woodlans dan ke tambak Johor. Segala proses selesai lebih kurang pukul 5.00 pm.
5.30 pm -
Masa ni bas berhenti isi minyak kat skudai.
7.00 pm -
Berhenti makan dan solat kat R&R Machap.
12.30 am -
Sampai Batu Caves.
p/s:
Ada cerita yang menarik dan tidak menarik tentang Singapura ni. Segala gambar dan details akan saya masukkan dalam entry yang akan datang. Stay tuned! :)
rushing jugakkan..pergi ikut trip sape? wak sibbuk nak tau..
ReplyDeletetrip cikasben! mmg rushing.. penat lah! ekekeke,.. nasib baik x kluar duit sdiri.. wakakaka.. klo x, msti komplen bagai... hahaha...
ReplyDelete