Unik ker? ekekeke....
Kali ni nak kongsi pengalaman. Pertama kali ke sana. Ada seronok dan ada yang tak seronok.
Pengalaman di hari pertama, sangat tidak menyelesakan <ada ker ayat ni?> saya. Sebab satu hari tak mandi! Lepas tu saya rasa, susahnya nak buang air <kecik dan besar>. Rasanya toilet awam macam kurang la kat sana. <Ye ker?> Lepas tu kebanyakkan toilet yang ada pulak, kena kongsi. Hohoh.. sangat tidak selesa. Tahan sampai malam! balik hotel baru buang semuanya! Haha.. Kalau pasal makan, tak susah kot. Mungkin sebab kami pergi dengan agensi. Jadi, tempat makan sudah disediakan. Kami dibawa jelajah bandar dan tempat2 sejarah Singapura. Tapi tengok dalam bas jer tau! <tak tau nape tak boleh tgok dekat2> Satu-satunya tempat yang kami berhenti dan bergambar adalah tempat ikon Singapura iaitu patung singa berbadan ikan! Sejarahnya? Ok, kami diberitahu bahawa "kepala singanya melambangkan singa yang terlihat oleh Pangeran Sang Nila Utama saat ia menemukan kembali Singapura di tahun 11 M, seperti yang tercantum dalam “Sejarah Melayu”. Ekor ikan sang Merlion melambangkan kota kuno Temasek (berarti “laut” dalam bahasa Jawa), nama Singapura sebelum sang Pangeran menamakannya “Singapura” (berarti “Kota Singa” dalam bahasa Sansekerta) dan juga melambangkan awal Singapura yang sederhana, iaitu sebagai perkampungan nelayan." <kopipes dari sejarah patung singa merlion> Gambar kami? ni la dia :
Sayangnya waktu ni hujan. Terbatas kami dan anak2 nak berlari-lari kat sini.. haha.. Lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari. Mula2, kami makan dengan lahapnya walau makanan tersebut bak kata suami, "kalau ada restoran macam ni kat Malaysia, sebulan jerk tahan. Bungkus la macam ni." Maksudnya, makanan kat situ tak sesedap yang kami harapkan. Nasib la kami semua tengah lapar. Dapat habiskan semua lauk yang disediakan. Hehe..
Lepas makan kami dibawa ke Sentosa Island. Asal perancangannya kami kesana adalah waktu pagi. Seelok jejak kaki <bas> ke tanah Singapura. Tapi disebabkan hujan, semua perancangan ditukar. Sebab ke sini adalah untuk sempurnakan plan untuk telematch game. Tak best pun sebab masing-masing sudah kepenatan. Muka semua macam terpaksa. Haha.. Anak-anak saya tak puas hati, sebab tak sempat mandi air laut. Tapi yang best, Saya dan suami menang semua acara berpasangan! Haha..
Sumber: Google. |
Sumber: Google. |
Cukup masa penatkan badan, kami kembali ke restoran tadi untuk makan malam. Kali ni, makanan dia sedap sikit. Hehe.. Lepas tu, kami di bawa ke Night Safari. Enjoy! sebab anak-anak sangat hepi kat sini. Gambar? Hmm.. tak ada sangat, maybe ada kat camera kawan suami. Sebab malam-malam macam ni, camera hset sangat lah tidak berguna kan! Haha..
Habis aktiviti ni, baru lah kami ke hotel untuk melapor diri. Huhu.. bayangkan, satu hari suntuk tak mandi! Penat.... Kami bermalam kat hotel 81 di Jalan Joo Chiat. Juga tak best. Kami dapat bilik kecik! huhu.. Tapi Alhamdulillah.. dapat lelapkan mata dengan sempurna!
p/s:
Banyak sebenarnya terlepas bergambar di tempat-tempat yang menarik. Suami malas. Saya? Lagi lah malas. Sebab tu lah idaman saya untuk dapat kan DSLR. Supaya saya rajin bergambar. Hee.. and one thing I want to share is, ada je sampah yang saya jumpa. Termasuk lah putung2 rokok. Ada orang cakap, susah nak jumpa sampah kat Singapore. Sebab, dendanya sangat lah tinggi jika anda buang sampah merata-rata. Cukup la cerita untuk hari pertama. Saya cuba sambung lagi utk cerita hari kedua dan terakhir nanti. Ada lagi yang menarik tau.. tunguuuu...
owh ada sampah juga..mungkin puntung rokok sampah yang kecil..tak sedar pun perokok itu buang merata-rata..tp kalau nampak..mesti akan disamannya kan...singapore dan KL...bersih lagi kat sana kan..
ReplyDeleteA'ah... Singapore lagi bersih dari KL! Hehe..... ^_^
ReplyDeletekenapa tak snap gambor sampah tu... bukti tu!!
ReplyDeleteada pic nya! nnt yus ambik kt hset suami.. hehe...
ReplyDeletetp x nmpak la plak kt situ kt sgpore.. lupe nk cari view yg boleh nmpak sampah tu kt sgpore.. huh.. cik cuami juz snap pic sampah jerk..