04.12.2011
Hari ketiga ni hari shopping. Saya tak ada cerita menarik hari ketiga ni. Sarapan pagi, juga di Restoran Hjh. Maimunah. Makan nasi lemak. Best sebab lauk pelbagai.. hehe..
Sesudah makan pagi, kami dibawa ke Bugis Street. Kami diberi masa dalam dua jam jerk. Kat sini rasa rugi sebab kami sampai awal. Dalam pukul 9.30am dah sampai. Banyak kedai tak buka lagi.. Ingat nak berhabisan beli hadiah2 untuk kawan2. Tapi memandangkan tak ada piliihan, kami hanya beli keychain. Itupun rasanya yang simple2 sebab tak banyak pilihan. Suami nak cari kasut kerja. Pusing punya pusing, baru perasan dah hampir dua jam berlalu. Sedangkan kedai baru nak buka. Anak-anak pula mengamuk x mo jalan. Ye la.. Sesak. Sempit. Orang ramai. Rimas! huhu.. Saya pun rimas!
Akhirnya kami ke tempat menunggu bas. Saya suruh suami jalan sendiri cari barang yang dia nak. Saya jaga anak-anak kat situ. Bas dah datang. Tapi suami saya tak nampak batang hidung pun lagi. Cuak jap. ekekeke.. Saya disuruh naik dulu sementara tunggu yang lain. Bas kena pusing lagi sekali sebab takde tempat parking. Sekali pusing, baru la dia muncul dan saya nampak dia memegang satu beg plastik. Dapat la tu apa yang dia idamkan. Hehe.. Kat sini tak sempat bergambar. Malas!
Sumber: Google |
Lepas tu kami dibawa ke Orchad Road. Saya rasa kat sini standart mendart. Area shopping mall macam Sogo, Midvalley, KLCC etc. Kalau bos-bos, suka la kot berbelanja kat sini. Tapi ada juga shopping mall yang macam Pertama Complex. Entah apa namanya, saya lupa. Kami hanya jalan-jalan jer kat sini. Maklumla, duit yang ada tak seberapa. Lagi pun rasanya tak ada barang yang diperlukan sangat. Mata saya hanya melilau cari kedai kasut. Nak cari kasut untuk ghazy. Hee... Last2 masuk kat sport center, belikan dia sandals. Masa dihabiskan kat sini juga dua jam.
Dah habis membazir masa kat Orchard Road. Destinasi terakhir kami di Singapura ialah pergi ke Mustafa Centre. Kat sini saya tak tuju tempat lain. Saya dan suami terus meluru masuk ke kedai perfume. Agak murah perfume2 yang ada kat sini. Dan saya berjaya merembat satu untuk kegunaan sendiri. Ekekeke.. satu jerk. Dan satu-satunya barang saya untuk jadikan kenangan saya berada di Singapura.
Walau takde cop 'Made in Singapore', Saya tak kisah. |
Selesai pilih perfume, kami makan tengah hari kat sini dan saya tak boleh nak makan apa2 makanan area ni. Sebab sini yang ada kebanyakkan kedai mamak / india muslim. Hanya anak-anak dan suami beli makan untuk alas perut. Alhamdulillah, saya masih kekenyangan nasi lemak Hjh. Maimunah tu. Dalam bas ada jajan dan roti. So, saya tak risau lapar. Hee...
Akhirnya kami berkumpul untuk taklimat terakhir kami disini. Kami akan dibawa ke Woodlands untuk pemeriksaan. Maknanya kami akan balik ke bumi Malaysia [Wah, macam jauh sangat jaraknya kn! Hee]. Prosesnya pun agak sama macam mula-mula masuk Singapura dulu. Akhirnya pukul 5.00 ++ pm sampai di JB. Yeay!
Sumber: Google |
Kami singgah kat R&R Machap pukul 7.00pm. Rasa nak menjerit! "BESTNYA TOILET KAT MALAYSIA." Semua ada air! hiks.. Kami sampai Batu Caves pukul 12.00 ++ pm. Sesampai jerk, terus perut minta nasi. Gazy dan Alysha yang tadi lena, terus segar. Sampai kedai makan, mulut diorang tak berhenti-henti cerita pasal Singapura. Semua orang pandang pelik jerk.. hehe..
p/s:
Saya bersyukur walau sepadat dan sepenat mana pun saya kat sana, akhirnya saya sampai juga Singapura.
besh part perfume tue..mmg betoi2 murah ka..klu tak leh pesan satu..hehehee
ReplyDeleteyus beli perfume tu 52USD. convert jd RM127.40. Tapi yus survey perfume tu kat sini RM250++. ok la tu kn! Sori yer eiya x btau nk ke sana! huhu.....
ReplyDeleteakhirnya ada juga kan pengalaman cuti2 ke S'pura.. :)
ReplyDeleteyer lar.. alhamdulillah.... sronok sgt walaupun letih ya amat! hehe,...
ReplyDeletetringat zaman anak dara dolu2 jenjalan dgn kazen ke Orchard Road...bestt .. tp masa tu belum ada Mustafa rasenye ... Mustafa tu mmg kegilaan shopperz la kan skrg ni.. henpon2 pun murah kat situ klu xsilap
ReplyDeleteHanie pun bila dah masuk Msia balik rasa lega semacam ... hehe
hanie,
ReplyDeletemmg rasa lega sgt dpt blk m'sia! heheeee....