02 January 2013

Sedarah sedaging, Kekadang Perangai Tak Sama!


Ya! Sedarah sedaging, tapi kekadang perangai tak sama! Kakak dan adik rapat sangat. Main, ketawa, gaduh, tidur, semua aktiviti buat sama-sama. Sekarang adik dah sekolah tadika macam kakak. Sama sekolah kakak juga. Malah, kelas adik sekarang ni pun kelas yang sama kakak duduki tahun lepas. 


Tahun pertama kakak sekolah dulu, Mama rasa agak pelik. Tak merasa macam kawan-kawan mama yang punya anak sebaya kakak. Masing-masing ada karenah dihari pertama persekolahan. Tapi kakak, 'rileks' je.. Tak menangis. Malah tak risau pun mama ada ke tak ada! kakak is a very independent girl! Pandai jaga diri. Cool jer.

Ni kakak kat dalam kelas dia. Dari kiri hanif, wafa' (dia sepatutnya sekelas  dengan adik, tapi sebab dia takut.. nangis-nangis nak duk ngan abg. hanif), Pavetha, Kakak dan -- mama lupa nama kawan kakak ni. (Nanti mama update kemudian)



Tahun ni merasa la mama. Melayan karenah adik. Adik.. Lain! Lain dari kakak. Pegang tangan mama tak mahu lepas. Pesan suruh mama tunggu sehingga selesai sesi persekolahan. Haha. Adik ni mungkin terlebih manjanya. Kalau tengok personality dia, lasak! nakal! daring! dan mungkin sesuai juga 'tak tahu malu'. Hehe.. Tapi hakikatnya lain. Hatinya sensitif. Nasiblah adik sekelas dengan bestfriend, Iqbal! Satu taska dengan adik sewaktu adik umur 1 tahun ++ sehingga satu tadika sekarang. Mama tunggu adik sampai adik leka main-main susun straw yang teacher adik potong-potong tu. Mama cabut lah! :D

Ni sesi ‘training’ untuk pakai uniform sekolah. Mmm.. kelam kabut jugak cara adik pakai baju. Kena latih lagi.. sian adik, semua kena buat sendiri nanti! Nasib kakak boleh tolong nanti!

Masa ni adik baru turun bas. Terkejut tengok mama ada kat sekolah adik. Adik dah mula nak sedih-sedih. Mama rasa, kalau mama tak ada, adik ok je kot! :)



Ni la bestfriend adik tu, Iqbal.







NOTA:

Cepat masa berlalu. Mereka dah besar. Alhamdulillah, sihat dan cergas semuanya. Semoga ALLAH jadikan mereka anak-anak yang pintar didunia dan diakhirat! Ameen.

Kiranya ni entry pertama saya lah ditahun baru ni! Selamat Tahun baru kawan-kawan. Semoga tahun ni kita lebih istiqomah dalam membuat kebaikkan. Semoga ALLAH jauhkan kita semua dari perasaan riak dan iri hati!


### Saya rindu kawan saya, SERI!





26 December 2012

Nasi kerabu

Nasi kerabu! Sedappp....

Nasi kerabu ni tak ada ulam. :)


Nasi kerabu ni berasal dari kelantan. Tapi sekarang,  rasanya sudah boleh didapati dimana-mana saje… Tapi yang asli rasanya agak susah la nak jumpa… Hanya ada kat kelantan je… very simple tapi sedap dimakan…

Selalunya nasi kerabu ni buat sarapan or makan tengah hari. Tapi sekarang, nak makan bila-bila masa, boleh jer! Just cari kedai nasi kerabu. Kat KL sudah banyak restoran yang jual nasi kerabu ni. Terdekat kawasan saya, House of Nasi Kerabu at Prima Sri Gombak <LINK

Tapi rasanya sudah ada macam-macam kelainan dan campuran lauk pauknya.. Tapi jangan risau, yang aslinya pun ada kat sini! Jika sangat teringin, jemput lah ke restoran tu.. :D







NOTA:

Sudah agak lama tak apdet blog ni. Semoga kawan-kawan baik-baik semuanya ya! :)

07 November 2012

Sabar itu indah. Redha juga indah.

Ya, Betul. Saya dah melaluinya dan saya terima 'bayaran' yang cukup mahal untuk keduanya. Tapi saya tahu. Hidup bukan terhenti disitu. Pasti akan ada lagi ujian dari DIA untuk saya. InsyaALLAH, saya akan tetap begini. Semoga ALLAH terus limpahi keatas kita semua sifat SABAR dan REDHA.



“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” (Al-Baqarah :214)


Suka baca sajak Hilal Asyraf:

Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?




NOTA:

Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.



19 October 2012

Tips mendidik anak soleh & solehah. (Sekadar berkongsi)


Jujur, saya tak pernah try tips ni.. Saya baru jer baca dari blog Mommy Iskandar. Saya sangat tertarik. Ada sesetengah tips tu saya pernah dengar. Tapi entah kenapa, saya tidak juga amalkan. InsyaALLAH, lepas ni saya akan cuba amalkan. Semoga kehidupan lebih baik lepas ni! Allahhumma Amin.


1)    Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu waiyakanastain - yang ertinya hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya

2)    Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA. Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3)    Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya. 

4)    Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti. 

5)    Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya. 

6)    Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau. 

7)    Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam drama pun boleh. 

8)    Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. " رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ" [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.] 

9)    Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka. 


10) Masa basuh beras niatkan ya Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama dia) untuk faham agamanya (kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka), Sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi. Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai dan ingat kepada Allah sentiasa. 






NOTA:


Sekadar berkongsi. Semoga bermanfaat.








18 October 2012

Alhamdulillah.

Ustaz Don Daniyal cakap..

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.."

Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat, tetapi pertolongan Allah selalu datang di saat yang tepat. Saya sangat yakin. Ya! Terjawab akhirnya.





ALHAMDULILLAH!



NOTA:
Well... life has to go on regardless how big are the obstacles.. so redah je la... Bukan redah tak tentu hala. Tapi redah biarlah yang boleh membawa kebaikan. Terima kasih kawan-kawan. On the other note. Thanx for prayers, calls, sms from u guys.. sangat lega mendengar kata2 perangsang dari kengkawan yg ambil berat. Berkat dari itu, sekarang rasa a bit happy of what happened recently.. a ray of hope.. slight one but a hope nonetheless.. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Tu lah.. signs and helps from Allah come in various forms and ways, kan... asal kita sabar. Sekarang ni aku nak berlapang hati, nak berbaik sangka.. aku selalu cakap choose to be happy.. jadi kena lah buat ye dak... Ust. Pahrol ada cakap..

"Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa, tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain... nescaya hidup kita akan ceria! Senyumlah untuk gembira, bukan senyum hanya apabila gembira."