25 November 2011

20.11.11

Tarikh tersebut mencatatkan usia baru terhadap perkahwinan kami. Enam Tahun saya menjalani hidup sebagai isteri. Dalam usia 6 tahun ini, walaupun baru setahun jagung, tapi rasanya sudah pelbagai pengalaman yang saya tempuhi. Pengalaman yang mengajar saya untuk menjadi lebih matang. Saya yakin, segala yang terjadi membuatkan saya lebih peka terhadap kehidupan ini! Alhamdulillah ya Allah, kerana memberi aku peringatan tentang dunia supaya aku lebih dekat padaMU.


Ok, ada orang tanya, tak celebrate ker? Dapat Hadiah tak? Tak is jawapannya. Sebab hari tersebut penuh dengan jadual kenduri-kendara. Sebenarnya, saya tak mengharapkan sebarang hadiah. Saya hanya ingin menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya hingga ke hujung nyawa. Dia disamping saya, adalah hadiah terbesar untuk diri saya. 


Tapi, saya dapat hadiah kek dari seorang sahabat! Terima Kasih yer Izz at cuppyness. Cantik sangat kek tu dan yang penting, sangat sedap!! 



kek ni terlari sket mnyebabkan cream tepi dia terpenyek.
Ni gara-gara bergaduh dengan si gazy dlm keta! hehe.





p/s I:
Saya nak apdet tepat pada 20.11.11. Tapi masuk je kerja isnin tu, terus keje saya berlambak-lambak. tergendala la saya nak apdet blog ni tentang aniversary saya! :)



p/s II:
♥ You`re special to me in every way. Thank you for being who you are. 

18 November 2011

IMPIAN SAYA?

Saya tak nak KERJA. 

Saya nak duduk umah, membuat segala kerja rumah dengan sempurna. Saya nak jadi isteri dan ibu terbaik untuk keluarga saya. Saya tahu, jadi suri rumah adalah pekejaan paling berat. Tapi saya sanggup. Demi keluarga. Saya ingin memasak! haha.. Macam tak percaya, tapi itu impian saya. Dan saya nak punya hobi sendiri! dah lama teringin. Saya nak rakam kehidupan kami, aktiviti keluarga kami dan segala kenangan kami! hiks.. Saya dah tak nak buat design! tak nakkkkkk!!!




"Ya ALLAH, kau murahkan rezeki suami ku... Aminnn...."






p/s:
dah lama saya mengalami masalah ini. Masalah MALAS bekerja! huhu.. parah betul masalah ni.

17 November 2011

Terusik.

Pernahkah kamu rasa terusik? Terusik dengan keadaan sekeliling? Terusik dengan senda gurau yang agak tidak masuk akal? Terusik dengan sikap seseorang? Terusik kenapa dia sepi dengan kamu?

Pernah tak? mesti lah pernahkan! Kita manusia biasa, kadang-kadang memang tak boleh nak melawan perasaan. Tak boleh melawan hati. Tak boleh melawan rasa. Tapi kerap tak perasaan macam ni terjadi? Dalam masa sehari tu, berapa kali kamu terusik? 

Dulu, saya jarang rasa terusik. Tu dulu... 5-6 tahun lepas.. Tapi sejak 2-3 tahun lepas, selepas kejadian 'TERUSIK' besar dalam hidup, sampai sekarang rasa terusik! Mudah benar hati ni berkecil hati dengan perkara-perkara kecil. Rasa payahnya nak mulakan  sesuatu.  Ada saja benda/perkara yang boleh menyekatkan rasa. Saya rasa tak seronok! Siapa kata tak cuba, dah 1-2 tahun saya cuba yang terbaik! Tapi dia datang, datang membawa mood yang kelat.

Rawatan? Selalulah dengar tazkirah. Dengar alunan ayat-ayat suci al-Qur'an. Dengar titip-titip kata yang positif. Dekatkan diri dengan mereka yang berilmu. Terutama dekatkan diri dengan yang Maha Esa! InsyaALLAH, lama-kelamaan DIA akan membantu. Membantu jauhkan diri dari semua perkara negatif. Lupakan saja perkara lepas. Ya, bukan mudah. Saya tahu tu. Tapi setiap kebaikan yang kita inginkan, akan dibalas dengan kabaikan. InsyaALLAH.


Yang pasti, saya akan terus dan terus menangis jika saya terdengar, muzik or lagu ni..




salam dari saya.






p/s I:
Bila teringat, saya ingin menulis tentangnya. Marahkan perkara tu. Geram. Sakit. Kecewa. Tapi saya kena lawan, saya harus pejam mata. Lupakannya. Saya lawan, lawan perasaan. Apa yang terjadi, adalah kerana ALLAH nak uji kekuatan saya. Kesabaran saya. Dia takkan uji kalau saya tak mampu melawannya. Terima Kasih ya ALLAH. Alhamdulillah, saya menemui kekuatan itu. Saya berjaya! Dan saya memohon bantuanMU ya ALLAH, agar saya terus kuat untuk melalui ujian-ujianMU yang akan datang. Amin, Amin, Amin Ya Rabbil 'Alamin..


p/s II:
Maaf, sedikit emo saya hari ni.

15 November 2011

Pasport

Semalam, 14hb Nov 2011 pergi buat pasport.
buat yang grouping punya.
Company en.asben buat trip ke Singapura.
Ni kira first time saya nak berjalan jauh bawa anak-anak.
Excited pun ada. Adeih.. kesian sungguh!







p/s:
Harap semua berjalan lancar. :P

08 November 2011

Angry Bird


 Iyman Ghazy yang addict ngan Angry Bird. Huhu..




p/s:
Masa ni, orang sibuk nak melemang dia sibuk dengan game! risau papa dia takot tpon jatuh dalam api! hehe..