17 November 2011

Terusik.

Pernahkah kamu rasa terusik? Terusik dengan keadaan sekeliling? Terusik dengan senda gurau yang agak tidak masuk akal? Terusik dengan sikap seseorang? Terusik kenapa dia sepi dengan kamu?

Pernah tak? mesti lah pernahkan! Kita manusia biasa, kadang-kadang memang tak boleh nak melawan perasaan. Tak boleh melawan hati. Tak boleh melawan rasa. Tapi kerap tak perasaan macam ni terjadi? Dalam masa sehari tu, berapa kali kamu terusik? 

Dulu, saya jarang rasa terusik. Tu dulu... 5-6 tahun lepas.. Tapi sejak 2-3 tahun lepas, selepas kejadian 'TERUSIK' besar dalam hidup, sampai sekarang rasa terusik! Mudah benar hati ni berkecil hati dengan perkara-perkara kecil. Rasa payahnya nak mulakan  sesuatu.  Ada saja benda/perkara yang boleh menyekatkan rasa. Saya rasa tak seronok! Siapa kata tak cuba, dah 1-2 tahun saya cuba yang terbaik! Tapi dia datang, datang membawa mood yang kelat.

Rawatan? Selalulah dengar tazkirah. Dengar alunan ayat-ayat suci al-Qur'an. Dengar titip-titip kata yang positif. Dekatkan diri dengan mereka yang berilmu. Terutama dekatkan diri dengan yang Maha Esa! InsyaALLAH, lama-kelamaan DIA akan membantu. Membantu jauhkan diri dari semua perkara negatif. Lupakan saja perkara lepas. Ya, bukan mudah. Saya tahu tu. Tapi setiap kebaikan yang kita inginkan, akan dibalas dengan kabaikan. InsyaALLAH.


Yang pasti, saya akan terus dan terus menangis jika saya terdengar, muzik or lagu ni..




salam dari saya.






p/s I:
Bila teringat, saya ingin menulis tentangnya. Marahkan perkara tu. Geram. Sakit. Kecewa. Tapi saya kena lawan, saya harus pejam mata. Lupakannya. Saya lawan, lawan perasaan. Apa yang terjadi, adalah kerana ALLAH nak uji kekuatan saya. Kesabaran saya. Dia takkan uji kalau saya tak mampu melawannya. Terima Kasih ya ALLAH. Alhamdulillah, saya menemui kekuatan itu. Saya berjaya! Dan saya memohon bantuanMU ya ALLAH, agar saya terus kuat untuk melalui ujian-ujianMU yang akan datang. Amin, Amin, Amin Ya Rabbil 'Alamin..


p/s II:
Maaf, sedikit emo saya hari ni.

4 comments:

  1. Yup mmg pernah terusik hanya Yg Esa tempat yang terbaik utk mengadu

    ReplyDelete
  2. Insya Allah, eus pasti kuat utk terus hadapinya... sesuatu yg pahit sukar utk dilupa.. tc eus

    ReplyDelete
  3. eiya;
    nk pelok sket bleh? hehe..

    ReplyDelete
  4. kakyong;
    Terima kasih kakyong kerana terus memberi sokongan.. kakyong agak banyak mengetahui kisah2 hidup eus yang lepas2... (cozy)

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^