Showing posts with label fening... Show all posts
Showing posts with label fening... Show all posts

19 December 2013

Prenatal Checkups

Assalamualaikum WBT..



Haa.. tiba masa pergi buat check up untuk 31w kandungan ni.  Sebelum ni nurse tu dah bagi tau awal-awal, next check up kena ambik darah dan kena buat suntikan kancing gigi. Kali ni gi lewat sikit dalam pukul 10am macam tu sebab taknak darah lama-lama duk dalam lab klinik. Terus nak hantar ke HKL dia kata.

Sampai-sampai je hospital, terus pergi lab untuk ambil darah. Kemudian buat normal rutin check up macam biasa. Siapa yang pergi ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) mesti dah tau rutin dia kan. Untuk test HB ni saya cuak sikit. Sebab sebelum ni nurse selalu pesan jaga pemakanan, ubat jangan tinggal, bla.. bla.. bla.. sebabnya, HB result saya tak pernah elok.. mesti below than 10.0.

Tapi.... Kejadian semalam buat saya lebih cuak! Result fist test tu: 8.7.. terkujat dah nampak muka nurse tu.. Pastu dia cakap nak try lagi skali.. gosok-gosok tangan kanan pula, 7.4! hah?! Terus dia panggil nurse terlatih.. "Eh, biar betul ni.. macam mana keadaan awak ni? ok ke? pening ke? berdebar-debar ker? bla.. bla.." Macam-macam soklan dia tanya.. Dalam hati, memang la berdebar.. tadi dah la kena ambik darah.. Ni nak kena cucuk kat jari pulak.. lepas ni nak kena cucuk kancing gigi pulak... sape tak berdebar eh? haha.. dalam hati jerk la... hehe..

Walau dalam hati berkata-kata macam-macam, luarannya saya senyum je la.. Nurse terlatih tu pulak cakap biar dia test HB lagi sekali (kali ke 3).. uWaaa.. cucuk lagi! Haaa... result 9.0.. ok la tu walau tak capai tahap dia lagi.. Tiba-tiba nurse tu cakap, "Kalau test ni below than 8.0, saya dah panggil ambulans ni hantar awak ke hospital terus!"

Selamat mak! ekekeke...



NOTA:

Saya jaga makan.. Ubat jer cilok-cilok makan.. Sebab tak tahan bau dia.. Lepas ni kena makan ikut arahan dah la.. takot la saya lepas ni! huhu..

10 December 2013

Tolong Saya!

Assalamualaikum semua!

Haaa... Nak tanya ni.. 
Macam mana nak buang poll ni? Puas godek2, tapi x jumpa.. Huhu.. Dah lama dah nak tanya, tapi asyik lupa jer.. tengok blog orang lain tak ada pulak poll2 bagai ni! hehe.. Rasa macam semak pulak ada dia.. Hehe..





NOTA:

Ada pendapat nak perelokkan lagi blog layout ni tak? Nak tambah ke nak kurangkan ker? Hehee..

13 November 2013

Sibuknya Saya!

Assalamualaikum WBT semua!

Lama rasanya tak update. Sibuk! Hehe.. Apa khabar semua? Saya masih ada disini. Alhamdulillah, sihat jer.. cuma masa membataskan saya untuk menjenguk kalian. Kalau saya dalam kesibukan macam ni, semua benda boleh jadi LUPA.  Hari ni, saya kena 'bersihkan' komputer ni.. Dah sarat sangat dah ni.. ekeke..

Pakai tipon cabuk jer ni.. Bila la nak dapat tipon baru ni.



Owh ya.. Perihal LUPA saya ni terbawa-bawa kat rumah. Dah dua hari saya buka kelambu anak dara saya untuk diganti dengan kelambu baru.. Semalam kena 'sembur' dengan dia. Dia cakap, "Mama nak kakak kena demam denggi ker? Cuba mama masukkan dalam otak mama.. masukkan dalam fikiran mama.. INGAT, nak pasang kelambu kakak ni.." Hah? Terkujat mama dengar ayat dia. Mulanya memang la nak tergelak. Tapi bila ingat dan fikir balik, kasarnya. Mana dia belajar ni?

Pagi tadi mama cuba slow talk dengan dia. Rupanya, dia pun tak tahu bahawa ayat dia tu kasar. Dia cakap tengok kat TV orang cakap macam tu. PENGARUH! Risau pulak mama ni. In sha ALLAH kak, malam ni mama tak lupa pasangkan kelambu untu kakak ya! 










NOTA:

Dalam jaga-jaga anak ni pun, ada juga yang terlepas pandang. Semoga lepas ni lebih TELITI. ;)




06 November 2013

Biziiii Ziiiboooo...

Hari ni buat TIGA keje dalam satu masa.. huhu pening!

Tapi.....
.
.
.
.
.
.





NOTA:

Keep smiling! ;)