11 September 2013

Macam mana nak buat backlink?

Assalamualaikum!


Haha... Nak tanya ni. Macam mana nak buat backlink kat gambar ya? Tak pandai la.. huhu.. Dah lama ber blog tapi tak pandai-pandai. Huhu.. Nanti siapa yang ada ilmu, bagi tau ya.. Kesian saya. Hiks..


Nanti siap-siap kasi tutorial ya!






NOTA:

Itu pun tak pandai kan! Haha..


Happy Blogwalking

Assalamualaikum..


Haaa... Rajin pulak kita lately ni.. ekekeke.. Ni kita nak join pula blog baru Piqa iaitu segmen blogwalking..
Hehe..
Ini link nya: http://mykeyboardstories.blogspot.com/2013/08/happy-blogwalking.html (tak pandai nak buat backlink)

Syarat-syaratnya ada di SINI. Jom la kita jelajah blog kawan-kawan.. Haaa... kat sini kena tag 2 orang rakan tau.. puas fikir.. siapa la kita nak tag ni kan! So, pilih secara random followers blog kita ni.. Ni dia orang-orang bertuah! Heheee..

10 September 2013

Keje Oh keje!

Terlalai..

Terlupa..

Terbizi..


Qada' esok lah makan ubat!

:P

09 September 2013

Segmen Ayu: UPSR oh UPSR

Bismillahhirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua!



Ni Link dia tau.. http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html (btw, Yus tak pandai nak buat backlink tu.. huhu)


Haaaaa... dah lama tak join apa segmen 2-3 tahun ni.. Ni kira pertama kali nk join la ni!
Jom kita tengok syarat-syaratnya kat SINI!


OK, ada tiga soalan yang nak kena jawab ni :

a) Tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
Tahun 1993

b) Apakah keputusan UPSR anda?
Alamak.. malu la nak jawab. Haha.. Takpe.. kena jujur ni.. Keputusan UPSR saya tak berapa cantik! Saya dapat 1A, 2B, 1C

c) Apakah subjek yang anda paling suka?
Bahasa Melayu lah! Penulisan.. Tapi sekarang, nak menulis takde idea je.. dulu zaman2 sekolah, mencurah-curah idea datang.. Huhu..


Haaa.. tu jer pun soalannya.. Senangkan! Ekeke..

Eh, jangan lupa.. segmen ni akan tamat pada : 13 SEPTEMBER 2013 jam 10 malam. Jom la join sebelum terlambat!



NOTA:

Saya dah lama tak join segmen-segmen or apa-apa kuiz dari mana-mana blogger. Rindu plak rasanya! ^_^

04 September 2013

Kari oh kari.

Assalamualaikum semua! Hari ni nak 'gebang' sikit.. (Pertama kali saya dengar perkataan 'gebang'.. Kawan kata, maksudnya lebih kurang nak cerita.. atau nak bagi tahu..) Haha.. kekadang macam lawak pulak bila saya yang tak tahu maksud ni, memberi andaian macam-macam.. 


Mmm.. Saya teruja ni.. Malu ada, tapi tak kisah la.. semata nak berkongsi. Selama lebih lapan tahun kahwin ni kan, pertama kali dalam sejarah suami puji saya masak kari daging sedap! Hahahaa... Selama ni bukan tak pernah masak pun.. Selalu masak kari. Tapi yang selalunya tak pernah dapat puji-pujian lah! Saya orang Kelantan yang jarang makan kari sebenarnya.. yang saya tahu kurma, kerutuk, kari pun ada, tapi ala-ala Kelantan la pastu gulai2 tu.. So, kalau masak kari selalu tak kaw katanya. Suami pulak orang Perak. Kari ni memang makanan dia. Huhu...


Dulu kalau masak kari, dia sekadar cakap "OK".. tu jer.. Tapi semalam siap puji-puji.. "Sedap la kari ni... Haaa, mcm ni la baru rasa kaw karinya". Pastu siap tambah-tambah nasinya. Alhamdulillah.. Yang si anak-anak pulak, siap hirup-hirup kuahnya. Risau pulak takut berulang ke toilet lepas makan tu.. Hehe..

Hari ni saya bawa bekal nasi dengan lebihan kari daging malam tadi.



NOTA:

Saya selalu masak. Suami tak suka makan kat kedai atau beli lauk yang dah. Walau masak satu lauk, dia tak kisah asal saya masak. Memang saya datang dari zero kat dapur. Tapi kena rajin lah. Sekarang jadi kegemaran suami dan anak-anak termasuk saya, Sambal Ikan Bilis + Petai (walau saya sampai sekarang tak makan petai).


Seronok bila mereka gembira!