20 August 2013

Ya. DIA tahu apa yang DIA rancang!

Bissmillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT..

YA! PerancanganNYA maha hebat. Kekadang tak tecapai dek akal kita. Tapi yakinlah dengan DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.



Owh, sebelum tu.. Selamat hari raya kawan-kawan. Ampun maaf dari saya andai ada yang terguris setiap apa yang saya keluarkan selama saya disini. Alhamdulillah, Aidilfitri saya sederhana dan kami semua bergembira. Nikmatnya masih terasa. Syukur ya ALLAH.

Tapi kami sekeluarga menerima khabar sedih di hari raya kelima. Adik (SIL) saya, kehilangan anak dalam kandungannya waktu proses kelahiran. Anak yang dinanti dengan penuh keterujaan, maklumlah bakal menjadi puteri pertama dalam keluarga. 

Saya sedih? Ya, siapa tak sedih 9 bulan dikandung.. dijaga.. ditatang.. tapi akhirnya dia tak muncul. Tapi saya tau, Adik lagi sedih. Bahu yang memikul lagi berat tanggungannya dari apa yang kita lihat. Semua sekelip mata. Tengah hari yang sama, saya tengok adik tenang jer.. Kemudian ada keluar tanda, tompokan darah. Tapi sedikit jer.. Sakitnya masih lagi tahap biasa. Tapi kami adik-beradik dah buat persiapan untuk hantar adik ke hospital. Adik masih lagi tenang. Dia terus hubungi suaminya yang tengah bertugas di Kedah. 

Sebelum ke hospital, kami semua sempat beraya ke rumah opah saudara.
(adik, berbaju pink)


Sampai ke Hospital Slim River, adik terus ditolak ke labour room (masa ni saya hanya menunggu dirumah). Menurut kata mak, lama sangat menunggu. Dah memang terdetik dalam hati mak.. "Kenapa dengan anak aku ni.. lamanya.." Mak mengeluh dalam hati.. Tiba-tiba nurse panggil masuk jumpa adik. Mak tengok adik belum bersalin. Tapi adik menangis. Adik terus cakap, "Mak, baby adik dah takde.." Terkelu, tak tau nak cakap apa. Mak tertanya-tanya sendiri, ada jatuh ke? kenapa pulak? Lepas tu doktor terangkan sedikit maklumat kepada mak.

Adik kena teruskan proses bersalin secara normal. Lama mak tunggu. Jam 1.00++ am, baru baby keluar. Kaku. Biru. Tapi sempurna. Cantik. Suami adik sampai Hospital jam 2.00++am.. Dia tak sempat bantu adik. Bantu untuk memberi adik semangat. Masa perjalanan suami adik bersama mak dan ayahnya, Mak tak berani untuk bagitahu perkara sebenar. Biarlah doktor perjelaskan segalanya agar tidak menganggu perjalanan jauh mereka. Suasana pilu. Nampak muka ceria dan tak sabar nak tengok anakanda dan cucunda yang dinanti. Perkara pertama terpancul dari mulut suami adik, "Ina sihat, mak?" Angguk. Itu yang mampu. Mak dan ayah mertua adik terus mengalir airmata bila tahu keadaan sebenar.

Kami menunggu dirumah dengan penuh gundah gulana. Hingga ke pagi. Adik kritikal. Masih dalam labour room. Alahuakbar. Sedih yang bertimpa-timpa. Tidak sesiapa dibenarkan jumpa adik. Hanya suami sahaja. Tapi itu pun untuk 5-10 minit sahaja. Tidak dibenarkan berbual. Mereka balik ke rumah tinggalkan adik di hospital untuk uruskan jenazah. Pilu hati saya bila melihat suami adik memangku jenazah masuk ke dalam rumah untuk di solatkan. Airmata ni tak dapat ditahan-tahan, bercucuran keluar. Saya tahu, kami kena kuat. Kuat agar adik dan suami tidak bertambah pilunya.  

Ahli syurga itu telah selamat di sempurnakan. Bidadari yang diberi nama Nur Aishah. Alhamdulillah, bertuah ibubapanya. Sekarang, kami hanya risaukan adik. Untuk hari kedua, 2 pain darah dah dimasukkan. Doktor cakap, darah masih tak cukup. Masuk hari ketiga, adik masih di labour room. Saya masih tak faham. Kenapa tidak dipindahkan adik ke ICU? Mungkin risiko, kot. Hari keempat, sudah 4 pain darah dimasukkan dan beberapa platelet (saya tak tau pun platelet tu apa, adik cakap warna kuning-kekuningan. Macam lemak).

Hari keenam, adik dapat dipindahkan ke wad biasa tapi masih dalam penjagaan rapi doktor. Alhamdulillah, adik dapat keluar hospital hari kelapan. Syukur. Saya berharap sangat, adik dapat menerima ketentuan ini. Redho dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya perancanganNya adalah yang terbaik. Sekurang-kurangnya, sudah ada yang menunggu adik di sana.






NOTA:
Kata doktor, sebab utama kematian adalah kerana darah adik naik dengan mendadak. Darah tinggi melebihi 200 bacaan. Kalau tidak bernasib baik, adik mungkin akan diserang sawan. Kuasa ALLAH, yang kami tidak tahu punca kenapa adik kena darah tinggi sedangkan semasa 9 bulan kandungan, adik hanya mengalami sedikit masalah darah rendah dan itu normal untuk wanita mengandung.

Walau apa yang terjadi, kami bersyukur adik selamat.

31 July 2013

Salam Ramadhan dan Salam Syawal

Bissmillahhirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT...


Hujung-hujung Ramadhan baru dapat update. Tak terlambat saya ucapkan Selamat berpuasa untuk kawan-kawan semua. Alhamdulillah, berpuasa dengan dengan baik. DIA berikan saya juga kesihatan yang baik. Puasa ni tak ada yang istimewa sangat. Biasa-biasa saja macam tahun-tahun lepas. Cuma tahun ni yang berbeza, saya mengandung! Syukur Alhamdulillah.


Tak puas lagi meniti Ramadhan ni.. sedar tak sedar, ia dah nak berakhir. Rasa sangat sedih.. sayu jer hati ni.. Semoga ALLAH berikan saya kesempatan untuk mengecapi keindahan Ramadhan lagi. Sepanjang Ramadhan ni, saya rasa cepat masa berlalu. Sedih sebab saya rasa belum sempurna lagi ibadah saya. Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosa saya serta muslim-muslimat yang lain. Ameen.


Satu Syawal. Hari ulangtahun kelahiran saya, kalau ikut tahun Hijrah, Saya sudah 33 tahun. Tapi kalau tahun Masihi, saya 32 tahun pada 2 Ogos nanti. Allahmdulillah DIA masih sayangkan saya. InsyaALLAH, peluang yang ada tidak akan saya sia-siakan. Saya ingin menjadi insan yang berjaya dunya wal akhirat... Menjadi isteri yang solehan dan ibu yang mithali.. Doakan saya ya kawan.


Berbalik sambutan Hari Raya nanti, kami hanya bersederhana. Persiapan hanya untuk anak-anak. Semoga ada keberkatan disebaliknya nanti. 


Untuk kawan-kawan, saya dengan rendah hati memohon jutaan kemaafan dari kamu semua, andai ada kata-kata yang mengguris hati kalian. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga setiap apa yang kita lakukan, ada keberkatannya nanti.







NOTA:KORBAN! Semoga hati ini terus tabah.







20 June 2013

Rindu

Bissimllah hirrahman nirrahim..

Assalamualaikum semua!



Lama sungguh sungguh saya tak update blog! Bukan tak ada benda nak cerita, banyak sangat sebenarnya. Masa tidak mengizinkan. Cuma sekarang saya menganggung rindu! Rindu kat orang-orang yang saya sayang sangat. Terasa kehilangan bila tak dapat berhubung. Saya harap dia sihat, dia dilindungi dan dia bahagia selalu.

Saya selalu ingat kata-kata dia, 
"Hati kita, walaupun MILIK kita.. tapi ALLAH yang pegang!"



”Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya” ~ Saidina Ali ~


NOTA:

MasyaALLAH, walau tak pernah bertentang mata, tak bersua muka.. tapi saya rindu dia sangat-sangat. Saya berharap dia sentiasa dilindungiNYA selalu.. saya nak dia bahagia. Saya rindu awak, SERI!


24 April 2013

Langkah Pertama


Bissmillahirohmanirrohim..

Assalamualaikum WBT.




Kawan-kawan, saya baru mulakan perniagaan. Saya jual tudung-tudung. Ada tudung bawal, tudung 3 layer, shawl etc.

Jom support saya ya! LIKE --> Dhiya Iyman Collection pastu follow saya di --> http://dhiyaiyman-collection.blogspot.com/





NOTE:

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menyokong saya selama ini. :)





19 April 2013

Awal Bulan Yang Kelam Kelibut


Bissmillahhirrohmaanirrohim.. 
Assalamualaikum WBT!


Awal bulan empat ni saya agak kelam kabut. Banyak yang nak dibuat. Lagi pula saya ke Ho Chi Minh City pada 09hb lepas. Jadi sebelum tarikh tu, banyak urusan yang perlu diselesaikan. Kerja ofis  ni biasalah, bila kita nak cuti, masa tu jugak la  banyak kerja yang perlu diselesaikan.. Semua urgent. Tapi saya buat juga sedaya yang dapat. Alhamdulillah, semua selesai juga.


Masa 09hb tu, kebetulan Ghazy ikut lawatan sekolah ke kilang Gardenia di Shah Alam. Mesti dia excited nak bercerita pengalaman dia kat sana. Sayangnya mama tak ada. Huhu.. Saya ke airport LCCT pkul 9.00++. Flight nya pukul 12.00pm. Tapi sebab pergi berkumpulan, maka kena awal la berkumpul. Owh, untuk pengetahuan sebenarnya ini adalah pengalaman pertama saya naik pesawat. Semua perasaan ada. Jahat 'mereka' buli saya kat airport tu. Hehe.. Seronok! 

Tengok! Saya kena buli.


Saya ke sana 2 hari jer. Melihat negara orang. Bila ada peluang macam ni, sayang nak lepaskan. Haru biru sebenarnya bila dah sampai. Rasa macam tak boleh terima dengan suasana disana. Tapi kami pergi dengan plan dan guide yang tepat yang banyak membantu kami. Dalam banyak-banyak perkara disana, yang buat saya sentiasa terbayang-bayang adalah sup dia. Dalam sup ni, ada daun kesum tau.. macam pelik kan. Tapi... Sedappppp.....

Berani ngan tak berani jer nak lalu bawah dia ni.
Ni la dia sup sedap sangat!


Balik dari Ho Chi Minh City, saya cuti satu hari. Mengemas apa yang patut sebab esoknya saya akan bertolak balik Kelantan. Penat tak hilang lagi. Tapi demi mencari sesuap nasi, gagahkan juga la diri ni. 

Tapi balik kampung tak puas sangat la. Sebab sekejap jerk. Anak-anak pun mengamuk tak nak balik KL. Huhu.. Takpe la, kalau ada rezeki raya nanti nak cuti lama. Nak balik kampung lama-lama. :)

Ghazy ngan anak kucing tok bela. Apin namanya kata ghazy. ;)







NOTA:

Harap, permulaan baik bulan ni akan berterusan. Amen Ya Robb!