06 March 2013

Pertemuan yang dirancang.


Rasa teruja, excited, gelabah pun ada.. lebih kurang 5 tahun kot kenal dengan Za Reesya.. Tak silap dalam bulan 10 atau 11 tahun 2008 saya start follow blog dia. Masa tu saya pun ada blog. Tapi saya dah delete blog tu.. Blog yang penuh kebencian.. blog yang sangat-sangat buat saya sedih. Untuk hilangkan rasa sedih, marah, benci, jadi saya buang blog tu dari hidup saya. Sebab saya sedang mencari bahagia.. Haha.. tetiba terluah plak..

Pernah terputus hubungan dengan Za ni. Semua ni gara-gara saya delete blog lama. Facebook pulak, entah macam mana ter'unfriend' dengan dia. Tapi jodoh pertemuan ditangan tuhan. Pertengahan tahun lepas (2012) terjumpa balik Za dekat facebook. Kemudian dia add masuk dalam group LSI. Tetiba juga kami jadi rapat. ^___^. Dengan pertemuan semula ni, saya juga dipertemukan dengan ramai lagi 'adik-beradik' LSI.. seronok sangat. Masing-masing support each other jika ada apa-apa masalah dan terus terang, saya rasa sangat bertuah. Terima kasih Za! Sabtu lepas kami plan nak jumpa.

Alhamdulillah menjadi. Inilah kali pertama saya jumpa Za dan kak Iena. Teruja sebab memang kami tak pernah bersua muka. Hanya di alam maya! Heee.... Harap-harap, lepas ni jumpa lagi lah! :)


Kak Iena, me, Za

Seronok dapat kenal dengan mereka! Sempoi.. 






NOTA:

Saya rasa saya nekad dengan persahabatan ni. Banyak perancangan dibuat. Semoga ALLAH permudahkan jalan kami. Tak sabar menunggu bulan-bulan yang seterusnya. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Ameen..



28 February 2013

Bertanya Khabar tak kira siapa.

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog.. dah hujung februari baru ada satu entry. Betul la, lama sungguh tak jenguk blog ni. Kawan-kawan, dalam al-Quran ada cakap, siapa buat baik dia dapat pahala kan? Betul.. Tapi bab bertanya khabar? Memang kita dituntut untuk sentiasa bertanya khabar tak kiralah siapa mereka lebih-lebih lagi kaum keluarga. Kita dituntut untuk sentiasa menyambung silaturrahim. Memang tidak kira siapa sama ada kita ibu, kita bapa, kita anak, kita kakak/abang atau kita ni adik!

Tapi pendapat kamu semua la kan, dalam situasi ibu dengan anak dan dalam situasi kakak dengan adik, siapa lebih 'baik, elok dan cantik' untuk mula bertanya khabar. Logiknya kita sendiri yang tahu kan. Apa-apa pun saya tak menyalahkan sesiapa. Kita dah dewasa, kita tau apa hak kita. Dimana taraf kita.

Saya terbaca petikan dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (baca sebab kak Azma post kat group fb):
Sebenarnya sangat mudah menjadi bahagia. Kebahagiaan akan datang di saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain dan hidup dgn penuh rasa syukur. Tidak pernah ada orang sombong dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, apatah lagi membuat orang lain bahagia. Hidup ini memberi bukan meminta. 

So far saya dengan adik beradik sendiri, Alhamdulillah sentiasa berhubung. Tapi dengan mak/pak sedara ni susah sikit. Tapi kami cuba. Cuma ada jugak beberapa orang yang bila ada hal baru nak bertanya khabar. Malah kami yang kena sentiasa bagitahu jika ada apa-apa yang berlaku. Jika kami tidak sampaikan sebarang berita, dia akan menganggap kami ni cuba untuk putuskan silaturrahim ini. Ada kenyataan beliau buat saya berkecil hati. Bukan sebab apa, dia berkata-kata seolah dia the best, sedangkan dia langsung tiada bertanya khabar kami sedikit pun...

Tapi.... siapa pun kita.. sentiasa lah memaafkan. InsyaALLAH, saya cuba buat yang terbaik untuk keluarga.











NOTA:

Rasa sangat berharga bila orang bertanyakan khabar kita. Sihat atau tidak. Kalau tidak sihat sekalipun akan ada magic kat situ bila orang yang kita sayang sentiasa ambil berat, bukan?

Terluah perasaan saya disini. Maaf ya kawan-kawan.. ;)




02 January 2013

Sedarah sedaging, Kekadang Perangai Tak Sama!


Ya! Sedarah sedaging, tapi kekadang perangai tak sama! Kakak dan adik rapat sangat. Main, ketawa, gaduh, tidur, semua aktiviti buat sama-sama. Sekarang adik dah sekolah tadika macam kakak. Sama sekolah kakak juga. Malah, kelas adik sekarang ni pun kelas yang sama kakak duduki tahun lepas. 


Tahun pertama kakak sekolah dulu, Mama rasa agak pelik. Tak merasa macam kawan-kawan mama yang punya anak sebaya kakak. Masing-masing ada karenah dihari pertama persekolahan. Tapi kakak, 'rileks' je.. Tak menangis. Malah tak risau pun mama ada ke tak ada! kakak is a very independent girl! Pandai jaga diri. Cool jer.

Ni kakak kat dalam kelas dia. Dari kiri hanif, wafa' (dia sepatutnya sekelas  dengan adik, tapi sebab dia takut.. nangis-nangis nak duk ngan abg. hanif), Pavetha, Kakak dan -- mama lupa nama kawan kakak ni. (Nanti mama update kemudian)



Tahun ni merasa la mama. Melayan karenah adik. Adik.. Lain! Lain dari kakak. Pegang tangan mama tak mahu lepas. Pesan suruh mama tunggu sehingga selesai sesi persekolahan. Haha. Adik ni mungkin terlebih manjanya. Kalau tengok personality dia, lasak! nakal! daring! dan mungkin sesuai juga 'tak tahu malu'. Hehe.. Tapi hakikatnya lain. Hatinya sensitif. Nasiblah adik sekelas dengan bestfriend, Iqbal! Satu taska dengan adik sewaktu adik umur 1 tahun ++ sehingga satu tadika sekarang. Mama tunggu adik sampai adik leka main-main susun straw yang teacher adik potong-potong tu. Mama cabut lah! :D

Ni sesi ‘training’ untuk pakai uniform sekolah. Mmm.. kelam kabut jugak cara adik pakai baju. Kena latih lagi.. sian adik, semua kena buat sendiri nanti! Nasib kakak boleh tolong nanti!

Masa ni adik baru turun bas. Terkejut tengok mama ada kat sekolah adik. Adik dah mula nak sedih-sedih. Mama rasa, kalau mama tak ada, adik ok je kot! :)



Ni la bestfriend adik tu, Iqbal.







NOTA:

Cepat masa berlalu. Mereka dah besar. Alhamdulillah, sihat dan cergas semuanya. Semoga ALLAH jadikan mereka anak-anak yang pintar didunia dan diakhirat! Ameen.

Kiranya ni entry pertama saya lah ditahun baru ni! Selamat Tahun baru kawan-kawan. Semoga tahun ni kita lebih istiqomah dalam membuat kebaikkan. Semoga ALLAH jauhkan kita semua dari perasaan riak dan iri hati!


### Saya rindu kawan saya, SERI!





26 December 2012

Nasi kerabu

Nasi kerabu! Sedappp....

Nasi kerabu ni tak ada ulam. :)


Nasi kerabu ni berasal dari kelantan. Tapi sekarang,  rasanya sudah boleh didapati dimana-mana saje… Tapi yang asli rasanya agak susah la nak jumpa… Hanya ada kat kelantan je… very simple tapi sedap dimakan…

Selalunya nasi kerabu ni buat sarapan or makan tengah hari. Tapi sekarang, nak makan bila-bila masa, boleh jer! Just cari kedai nasi kerabu. Kat KL sudah banyak restoran yang jual nasi kerabu ni. Terdekat kawasan saya, House of Nasi Kerabu at Prima Sri Gombak <LINK

Tapi rasanya sudah ada macam-macam kelainan dan campuran lauk pauknya.. Tapi jangan risau, yang aslinya pun ada kat sini! Jika sangat teringin, jemput lah ke restoran tu.. :D







NOTA:

Sudah agak lama tak apdet blog ni. Semoga kawan-kawan baik-baik semuanya ya! :)

07 November 2012

Sabar itu indah. Redha juga indah.

Ya, Betul. Saya dah melaluinya dan saya terima 'bayaran' yang cukup mahal untuk keduanya. Tapi saya tahu. Hidup bukan terhenti disitu. Pasti akan ada lagi ujian dari DIA untuk saya. InsyaALLAH, saya akan tetap begini. Semoga ALLAH terus limpahi keatas kita semua sifat SABAR dan REDHA.



“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)” (Al-Baqarah :214)


Suka baca sajak Hilal Asyraf:

Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?




NOTA:

Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.