04 November 2011

Contest Anakku Berfotogenik

Dah lama saya tak join ape2 contest.. teringin la plak.. hiks...
jom la kita join sesama Contest Anakku Berfotogenik! Hadiah misteri katanya...
hehe.. kt bawah ni gambar yang dipertaruhkan.. :D

Nama Anak : Dhiya Alysha binti Hasnol Shah
Nama Ayah / Ibu : Hasnol Shah bin Mohamed Ishak / Yusneeza binti Yunos
Umur : 4 Tahun 11 bulan

Nama Anak : Iyman Ghazy bin Hasnol Shah
Nama Ayah / Ibu : Hasnol Shah bin Mohamed Ishak / Yusneeza binti Yunos
Umur : 3 Tahun 6 bulan


syaratnya mudah saja.
(1) Follow blog - DONE
(2) Copy Paste Tagline -DONE
(3) Nama anak dan ibu ayah - DONE
(4) Tag kawan-kawan - DONE

dah setel?
hantarlah komen kat entry contest ini
T/Tutup : 11/11/11
Mamasyaza & maszull sila la buat yer contest ni.. sangat berbesar hati jika mama2 berdua sertai contest ni sama2.. hehe...

Zoo Negara 2011

Haa.. lama sudah tak bercerita tentang aktiviti hari minggu kami. Sabtu lepas, 29.10.211 kami ke Zoo Negara. Bawa anak2 jalan-jalan. Memang dah lama sangat tak bawa mereka keluar bersiar-siar. Selalunya kalau keluar, mesti pergi kenduri kahwin ataupun sebab pergi beli barang keperluan rumah jer.. hehe.. Kali ni, en.asben ada berjanji dengan anak2 nak bawak mereka ke Zoo Negara. Apalagi, budak2 ni terus bercerita ngan kawan2 kat sekolah. Kesian sungguh.. Jadi kami penuhi la tuntutan janji tersebut.. Saya seronok tengok anak2 hepi! ^_^



Gambar-gambar banyak kt fesbuk.. :D



p/s:
Kami bawa sekali anak buah. Buat teman anak-anak. Perasaan saya, Hepiiiii sgttttt..... *Walau letih berjalan kaki dari awal sampai akhir..

03 November 2011

“SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking”





Nak join lah! dah lama dah menyepikan diri rasanya.. hiks.. JOM JOIN:

hah, mcm ni  jerk katanya tp jgn lupa tarikh tutup:
JUMAAT, 2 PETANG - 04Nov2011 ya!



p/s: peace yooo! hiks...

02 November 2011

Udang ganti Ikan Bilis.

Malam td, anak2 semua request ikan bilis sambal tumis petai. Tapi, disebab kan en.asben beli ikan bilis yang nak kena kopek dulu, terus malas membelenggu.. nanti lambat pulak nak masak! Nasib baik dalam peti ais ada udang. So, menu secara automatik ditukar kepada udang masak sambal tumis petai. 

Mula-mula, anak-anak semua menrungut tak buat ikan bilis. Tapi bila dah makan, siap tambah2 lagi.. hehe.. si adik sampai 3 kali tambah (mama buh nasi dalam kuantiti yang sedikit jerk untuk adik). Si kakak pula, tak makan nasi pun. Duk makan udang dengan kuah sambal tu.. lepas hisap-hisap.. puas pujuk suh makan nasi, tak nak juga. Huhu..



gambar tak sharp, pakai cam hset jerk.





p/s:
Anak-anak saya baru berumur 3 & 4 tahun, tapi suka sangat makan pedas-pedas. Sebenarnya saya takut juga biarkan mereka makan pedas-pedas. Tapi kekadang tak boleh nak elak, sebab papa diorang tak boleh makan tak pedas. Huhu..

01 November 2011

AJAR, MENGAJAR, PENGAJARAN!

Terkejut dan terkujat juga dua tiga hari lepas. Masa nak hantar anak2 kat nursery pagi tu, terserempat la sekali dengan atok salah seorang anak di nursery berkenaan. Dia just singgah sebab nak hantar baju cucunya, sebab ibu anak berkenaan lupa untuk tinggalkan beg anak tersebut! Mula2 ok jer. Lepas tu atok tu minta tolong panggilkan cucunya (nak jumpa la kot). Datangnya anak tersebut, terus atoknya marah-marah sebab ade kesan cubit kat pipi cucu dia. Anak tersebut kawan baik anak saya! Mulanya takut juga, kot la anak saya yang 'memberi' kesan cubit tu.  Cucunya terkunci mulut bila atok dia marah2 kan cikgu a.k.a pengasuh nursery berkenaan. Lepas tu siap pesan kat cucu dia! "pergi cubit balik kt budak yang cubit **** (nama anak tersebut)! jangan biar dia buat lagi." Terkejut la saya apabila dengar atok mengajar cucunya sedemikian! Tak wajar kan! Lepas tu atok tu beransur sambil membebel-bebel.. kemudian pengasuh tadi tanya la kat anak tersebut cerita sebenar. Siapa yang buat. Tetiba anak tersebut cakap "MAMA".

Hah, nanti tak pasal2 anak tersebut cubit mama dia pulak. Sebab atok ajar, cubit balik orang yang buat dia. hehe.









p/s:
saya tak pernah ajar anak saya balas balik apa2 org buat jahat kat mereka. Cuma yang saya ajar, pertahankan diri! jauhkan diri dari budak2 nakal. Kamu pulak macam mana?