01 November 2011

AJAR, MENGAJAR, PENGAJARAN!

Terkejut dan terkujat juga dua tiga hari lepas. Masa nak hantar anak2 kat nursery pagi tu, terserempat la sekali dengan atok salah seorang anak di nursery berkenaan. Dia just singgah sebab nak hantar baju cucunya, sebab ibu anak berkenaan lupa untuk tinggalkan beg anak tersebut! Mula2 ok jer. Lepas tu atok tu minta tolong panggilkan cucunya (nak jumpa la kot). Datangnya anak tersebut, terus atoknya marah-marah sebab ade kesan cubit kat pipi cucu dia. Anak tersebut kawan baik anak saya! Mulanya takut juga, kot la anak saya yang 'memberi' kesan cubit tu.  Cucunya terkunci mulut bila atok dia marah2 kan cikgu a.k.a pengasuh nursery berkenaan. Lepas tu siap pesan kat cucu dia! "pergi cubit balik kt budak yang cubit **** (nama anak tersebut)! jangan biar dia buat lagi." Terkejut la saya apabila dengar atok mengajar cucunya sedemikian! Tak wajar kan! Lepas tu atok tu beransur sambil membebel-bebel.. kemudian pengasuh tadi tanya la kat anak tersebut cerita sebenar. Siapa yang buat. Tetiba anak tersebut cakap "MAMA".

Hah, nanti tak pasal2 anak tersebut cubit mama dia pulak. Sebab atok ajar, cubit balik orang yang buat dia. hehe.









p/s:
saya tak pernah ajar anak saya balas balik apa2 org buat jahat kat mereka. Cuma yang saya ajar, pertahankan diri! jauhkan diri dari budak2 nakal. Kamu pulak macam mana?

28 October 2011

Anak-anak saya.







p/s: Saya rindukan mereka!

27 October 2011

Twitter?

Rasanya bertahun sudah wujudnya twitter.
Tapi saya, sampai sekarang tak tahu macam mana twitter berfungsi.
Lawakkan. Serius, saya tak berminat untuk explore laman tersebut.

Tapi akhir-akhir ni, saya rasa nak ber'twitter' pula.
M-mmm... 






p/s: Kamu rasa, best ker twitter ni?

25 October 2011

'Paranormal Activity 3'




Berdegup kencang jugak la dada ni tengok wayang hari Jumaat lepas. 

Opsss... pagi Jumaat lepas, motor cekasben rosak. Pergi bengkel, petang baru siap. Mood nak pergi kerja dah takde dah. Apalagi, dia plan sendiri nak tengok wayang lepas solat Jumaat! Dia ajak la wife dia yang memang dh berkurun lama tak tengok wayang.. On jerk la!

Memula tu tak tahu nak tengok cerita apa. So, ambik cerita yang ditayangkan pada jam tu gak. Pilihan yang ada 'Paranormal Activity 3' ngan 'Klip 3gp'. Cekasben ni tak berapa gemar tengok cerita melayu. Dia cakap, cerita melayu ni nanti keluar jugak kat astro tu.. hiks..   'Paranormal Activity 3' la pilihan dia.. 30 minit pertama, bosan nya! Lepas tu, jantung aku kencang manjang! Adeih.. ngeri nyer... tapi memang best! mcm real plak.. :D


ni la tiket nyer! heh..



p/s: dah lama sangat tak tengok wayang berdua! Seronok sangat2.. hehe... "tQ dear.."

24 October 2011

Assalamualaikum.

Serius.
Lama giller x apdet.
Idea langsung tak muncul. How?
Kesian!

Tapi saya ada cerita juga nak bagi tau.
Saya dapat nephew baru! Wan Umar Muhammad!
Anak gadis saya seronok sakan!


















p/s: Nak adik katanya. Heh.