26 June 2012

Mencari Rindu.


Assalamualaikum,

Mama, terima kasih menjaga orkid ini.

Menyepi. Aku hilang idea menulis. Dulu, selalu aku coretkan sesuatu yang mungkin sedap dibaca dimata aku. Tapi dah lama aku buang. Buang sebab takut-takut nanti isi 'tulisan' itu buatkan aku hilang akal. Hilang kewarasan. Benci dengan diri sendiri. Aku cuba hidupkan blog ni kembali yang lebih kepada isu keluarga yang 'happiness', mungkin. Lebihkan cerita tentang kehidupan semasa dan anak-anak. Tapi akhirnya sama, tidak meniupkan semangat untuk aku mengemaskini blog ni setiap hari. Makin hari makin suam. :P


Owh, Perlu ke mencari rindu? Bukankah rindu tu datang dengan sendirinya. Tanpa diundang. Betul. Tapi hari ni, aku mencari rindu. Risau. Jika-jika aku tak punya rindu itu lagi. Rindu zaman aku kanak-kanak. Rindu zaman aku dewasa dan semestinya rindu zaman aku bersama keluarga.


Yang berlalu biarlah berlalu. LEPAS kan lah. Allah merencanakan sesuatu untuk hambanya adalah yang terbaik. Usah dikenang yang lepas. Tempuhlah yang nyata dihadapan. Kata seorang sahabat (Sahabat yang rindu sungguh aku untuk mengenalinya lebih rapat), 



"JANGAN BAGI PELUANG TERBUKA RUANG, semua tu jerangkap samar". dan.. "Kita ada takdir hidup masing-masing".. 


Ya, aku tidak boleh biarkan peluang terbuka ruang. Memang boleh membunuh orang sekeliling dan aku tak lupa, bunuh diri sendiri juga!.  Aku rindukan kata-kata sahabat itu! Walau hanya dalam maya, tapi aku kasih dengan dia.. Aku sayang dia kerana ALLAH.







NOTA:

Duatigaminggu kebelakangan ni, Iyman Ghazy sangatlah moody, sensitive.. Salah cakap sikit, dia mengamuk, tersalah dengar dia cakap pun dia mengamuk. Minggu yang penuh dengan kesabaran. Dia tak sihat sebelum tu. Lima hari tak mahu makan apa-apa. Minum susu, hanya seteguk dua. Risau betol saya. Pergi check kat klinik, rupanya tekak dia luka ada tonsil sikit. Kesian dia. Lepas dah pulih sikit, tetiba pulak suara takde. Macam rockers dah jadinya. Bila dihitung, duaminggu jugak lah dia mengalami masalah kesihatan.

Dah baik tu, moody la plak! Haih. Macam-macam. Tapi mama cuba bersabar ya untuk Iyman Ghazy. Semoga Iyman Ghazy kembali ceria seperti biasa. Rindu pula nak dengar suara-suara pelat kamu. ^_^


# Mencari rindu dan ruang untuk aku mencoretkan kata-kata disini. Ah, rindunya.. (LOL)

2 comments:

  1. Salam sahabat

    Semoga si adik cepat sembuh. Sabar banyak2 k. Menjaga 'harta' bukan seperti melalui hamparan permaidani merah. Anak-anak tu pelaburan masa depan. Kalau bukan untuk dunia, untuk akhirat nanti.


    NOTA:

    Saya ada cadangan, pertimbangkan dulu baik2, apa kata buka blg ni untuk UMUM. Saya rasa ianya tak ada masalah.

    ReplyDelete
  2. SERI,


    Ya, sebab itulah saya kena banyak bersabar. Inilah 'harta' yang paling berharga. Saya harap dapat membantu saya fiddunya wal akhirah..


    Baiklah.. Saya menurut perintah. Sekarang juga saya BUKA. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^