20 June 2012

Hati Berbisik

Saya hanya ingin berkongsi RASA. Saya tidak mahu memanjangkan lagi entry ini. Cukup dengan puisi dibawah. Tidak perlu ditambah rencah bahasa-bahasa yang boleh merosakkan keindahannya. Sila, baca dan hayati..






Hidup....
Tak dicari bisik datang, ketika menimba air telaga
Dibaca bicaranya. Syahdu sekali.
Terbisik khabar entah dari mana munculnya.
Di situ nanti keikhlasan dicari.
Lebih dikesan lopak dan tunggul,
lebih dinilai kisah dan rasa
tapi tak lama diri menanti
dalam arus damainya semula
hindari selisih, harus.

Rasa....
Begitu cepat senda dipersenda
sehari malam lelap, dan pagi celiknya seperti berjawab
Usah. Dalam sedar dalam berjaga.
Usah difikir-fikir yang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa sekali lagi.
Mustahil. Usah diatur dengan sengaja permainan emosi dalam diri.
Terlalu difikir akan maknanya setia.
Sangsi tak mudah terhenti, memang ia raja.

Hati....
Semakin dirapati pintu hati, dari luar dari dalam
diibuka ia sendiri-sendiri tahu akan rahsia
satu anugerah berkembang antara bahagia dan hemah
lantas apa lagi yang kau bimbangkan?
Temui rasa itu cari jauh ke dasar hati
usah dibiarkan mesra yang resah melingkar
Bukankah anugerah itu wajar dipelihara ikhlas?
Hati, luas kawasan telah disukat
arah dan letak kitalah lah perancang.

Aku....
Dikata seperti mengingat, diingat seperti menghadir.
Biar bersama matang menelusuri gurun hidup yang luas.
Memang cemburu masih berlanjut sukar dibendung
tapi terima hakikat hidup
"pohon rendang berakar kukuh tak terpunggah walau di mana ia."
Bercakap kepada diri, usah merujuk sangsi apalagi merajuk.
Dan telinga ini selalu mendengar, bisiknya sentiasa diterka, teman mengerti katanya.

Kamu....
Berburu kasih sama memburu kisah
yang lepas itu lepaskan sahaja
Fikir..
"Mana mungkin menjadi istimewa
setelah aku sendiri yang memutuskan menjadi biasa-biasa sahaja?"
Kerana aku berhidup dengan prinsip;
"khabar sentiasa ditapis, akar benar diteliti, perancang berkira, gerak berpeta, pintar tersembunyi, sahabat tetap sahabat."

Senyum....
Bersabar itu perlu biarpun terbatas, kita manusia biasa.
Keikhlasan itu azimat bak ubat penyembuh kesakitan.
Usah dibiar keraguan bersembunyi
kelak bimbang pahala sepicing menjadi dosa
Bersedialah yang luar biasa
Kerana hidup kita tidak pernah berhenti dari
mengenal yang lama, mengesan yang baru.
Usah wujudkan keretakan dalam barisan kasih sayang
Bertabahlah.






NOTE:
Terima Kasih SERI. Indah sangat.

2 comments:

  1. Yus,

    Terima kasih kerana menghargai.Terharu dngan sangat dah.

    ReplyDelete
  2. SERI,

    Entah kenapa, saya sangat suka setiap ayat diatas!

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^