28 June 2022

Suri rumah as a freelancer

Isteri. Mak. Anak.

Hidup akan tenang bila kita REDHA.



Hampir 7 tahun dah saya buat freelance. Dulu kerja macam orang lain, masuk office pukul 9:00am. Tapi balik belum tentu. Paling awal 6:30 atau pukul 7:00pm. Selalunya balik lepas maghrib. Hampir-hampir Isyak. Pernah juga tak balik. Kejarkan dateline. Masa dah ada anak dua pun still macam tu. 12 tahun berkhidmat, dapat anak no. 3, Adelia.. company dah slow. Bila Adelia umur setahun lebih, company dah mula bagi notis berhenti kerja. Termasuk saya.  3-4 bulan cari kerja baru. Alhamdulillah dapat. Tapi bertahan setahun je. Tak serasi mungkin. Puas cari kerja, tapi tak dapat. Sambil tu, dapat la tolong mama menjahit baju. Lari dari kemahiran tapi terpaksa belajar. Masa tu dah mula buat freelance. Job kecik-kecik orang kata.

Allah maha hebat, DIA bagi rezeki lain. Saya mengandung kembar. Mungkin sebab ni Allah tak izinkan saya terikat dengan mana-mana company. Selepas kembar lahir dan berumur setahun lebih, saya mula buat freelance sepenuh masa. Tak fikir nak cari kerja tetap. Freelance lebih senang. Cumanya, saya terikat dengan banyak hal. Komitmen saya sebagai ibu, isteri dan anak. Memang betul-betul kena pandai urus masa.

Mula-mula tu memang stress. Tewas kadang-kadang tu. Kerja saya perlu siapkan mengikut dateline. Kadang-kadang tak tidur sampai 2 hari. Saya curi masa waktu malam. Sebab siang hari aktiviti full. Tugas memasak, mengambil anak sekolah, mengemas rumah dan sebagainya.  Anak sekolah pula sesi berlainan. Ni belum lagi tempoh waktu anak tak sihat. Bila kembar, semuanya DUA. Saya terpaksa berkorban masa saya. Saya tak ada 'me time' macam orang lain. Kembar memang melekat dengan saya. Dengan papa diorang pun diorang taknak bila tak sihat. Berubah sekelip mata jadual saya. Kadang-kadang saya depress. Lebih depress kalau orang sekeliling saya termasuk keluarga menganggap saya hanya habiskan duit suami. Mereka ingat saya duduk rumah tanpa buat apa-apa untuk bantu suami. Sakit hati! Siap ajar saya cari duit. Walhal hasil duit kerja freelance saya semua saya bagi pada suami. Sampai satu ketika, saya rasa tak halalkan pendapatan saya yang suami guna. Punya lah saya sakit hati. Tapi Allah hebat. DIA bantu saya segera cari jalan keluar. Allah bantu saya kuat.

Sekarang dah hampir 7 tahun dah. Dah mula serasi. Penat? Mestilah.. kadang-kadang nak berhenti buat semua tu. Tapi mengenangkan keadaan ekonomi sekarang, mana mungkin saya boleh duduk diam sahaja.

Akan bersambung.. :)

16 June 2022

Roti Canai dan Teh Tarik Dalam Piring

Abah ajak aku sarapan kat mamak. Tapi aku tak pernah makan/minum kat kedai mamak!

Haa...  bila baca tajuk ni, rindu 20-30 tahun yang lepas. Dulu, masa aku budak-budak umur dalam 5 hingga 10 tahun  selalu ikut abah sarapan kat warung. Bonceng motor honda lampu bulat abah... Abah selalu order roti canai dan teh tarik.  Aku menumpang makanan abah. Selalunya abah akan tuang air teh tarik tu dalam piring. Sebab nya nak bagi cepat sejuk. Rindunya..

Haa.. macam ni la motor abah. No plat DG1342
(Entah mana dah motor tu)

Cepat masa berlalu. Sekarang abah dan mama dah bawa haluan masing-masing. Alhamdulillah, abah duduk dengan kakak, dekat dengan rumah aku juga. Mama ada kat kampung dengan abang. Tapi dekat aku dengan abah, jarang juga ada masa berdua dengan abah. Tapi ada satu hari tu, aku keluar berdua dengan abah. Tak lama pun, dalam 1-2 jam. Dalam tempoh tu, sempat la abah meluah perasaan. Cerita tentang kehidupan 'akhir' dia. Tersentuh. Sungguh aku tersentuh.. Semoga Allah jaga Abah. TERIMA KASIH ABAH!

08 June 2022

Identical or non-identical?

 Owh ya..

Tahun 2017,  Allah bagi rezeki yang tak ternilai buat saya sekeluarga. Saya dikurniakan anak kembar. First scan kat klinik swasta, doktor terus sebut, "Subhanallah, Alhamdulillah.." terus dia ajak suami tengok screen. Lepas tu dia tanya nampak tak? satu ke dua? terkebil-kebil suami dengan saya masa tu. Dia cakap; "tu haa, ada dua denyutan nadi.." Allahu, teruja sangat! dengan doktor pun teruja sekali. Owh sebelum kejadian, saya ada share prank kat FB saya. Prank tu psal twins pregnancy. Rupanya, Allah betul-betul bagi saya rezeki tu.

Ni posting 'prank' tu.
Ni posting lepas dapat berita betul-betul mengandung kembar.

Saya tak pernah ada pengalaman twins.. Keturunan belah saya pun rasanya tak ada. Tapi belah suami ada kembar. Adik suami sendiri kembar tak seiras. Masa scan kat klnik tu, doktor cakap gen kembar sebenarnya bukan dari suami. Gen tu datang dari isteri (Anda boleh google untuk maklumat lanjut). Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah kan. Saya bersyukur sangat-sangat. Semua happy dengan berita ni. Kalau nak cerita pengalaman kembar ni, banyak sangat. Dah 5 tahun dah berlalu. Tapi kenangan tu tetap utuh dalam ingatan. Scan 7 weeks doktor dah sahkan kandungan saya kembar 2 kantung means kembar tak seiras (non-identical). Masa ni berserah je, asal selamat semuanya. Kembar lahir tepat dengan due date dia. Masuk hospital malam 13hb April 2017, pagi 14hb April 2014 pukul 4:40 am dan 5:00 am selamat bersalin. Lepas si abang keluar, si adik doktor suruh tunggu sekejap sebab dia dalam keadaan melintang (transverse lie). Masa ni 3 pakar datang check sama ada boleh normal atau pun kena caesar. 20 minit juga doktor nak decide sambil-sambil di golek-goleknya perut saya masa tu.. dan akhirnya si adik berjaya dipusingkan. Alhamdulillah, semua selamat.


Masa lahir, abang 2.72kg dan adik 1.97kg. Tapi sekarang adik mendahului si abang dah. Jauh sangat adik tinggalkan si abang. Kembar kami ni jauh sangat bezanya. Kalau orang tengok, memang tak akan menyangka mereka ni kembar. Dari segi rupa paras dan fizikal, memang jelas berbeza. Apa pun saya tetap beryukur dengan kehadiran si bongsu berdua ni.



Masa ni umur 7 hari.

5 Tahun dah sekarang. Dah masuk tadika.
Rindunya..

07 June 2022

Rindu Seri

Lama tak menulis kat sini. Saya mula menulis di blog hujung tahun 2008 kalau tak silap. Masa tu menulis di blog semua bersebab. Tapi blog tu saya dah buang. Ya sayang, tapi blog tu akan mengingatkan saya kisah-kisah sedih. Baik saya buang sahaja kan.



Bermula dengan blog tu, saya mengenali seorang insan yang sangat prihatin, penyayang! SERI. Saya selalu meluah perasaan dengan dia. Alhamdulillah, dengan dia hilang segala bebanan. Seri banyak merubah mind set saya. Saya kenal dia selama 5-6 tahun. Tapi saya tak perna bersua muka dengan dia. Malah, saya tak tau pun rauk wajah dia macam mana.

Sehingga lah sekarang, saya terputus hunbungan dengan dia. Saya rindu dia. Rindu yang amat sangat..

Semoga ada jodoh saya berjumpa dia.


31 January 2019

Sanah Helwah, Kakak!

Assalamualaikum..

Lama sungguh saya tak update blog.. Hari ni bukak blog semata-mata untuk post hari istimewa.. 31 Januari 2007 bersamaan 12 Muharram 1428H. Hari tersebut adalah hari pertama saya bergelar ibu.
Mama lahirkan kakak waktu malam, jam 10.03pm. Berat kakak 2.6kg. Gembira tak terkata. Mama namakan kakak Dhiya Alysha (Sinaran yang dilindungi Allah)

Seminggu umur kakak melihat dunia.


Selamat hari lahir anakku #kakakalysha.. Semoga Allah sentiasa memelihara kehidupanmu dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memudahkan kakak untuk beribadah pada Allah, diberikan ingatan yang bagus supaya Al-Quran itu sentiasa ada didalam diri kakak dan dapat kakak manfaatkan untuk diri sendiri dan juga org lain, Aameen...

2010
2018



Ketahuilah kakak, apabila kesemua diatas itu milik kakak.. kakak akan disayangi didunia dan yang pasti disayangi PENCIPTAMU.. jangan risaukan mama dan papa kerana kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu dan adik-adikmu... Anakku sayang.. Selebih doa buatmu akan kami hadiahkan disetiap SUJUD kami.. #mamasayangkakak. Mama tak minta banyak..  jadilah anak yang baik akhlaknya dan taat pada perintah Allah. Aameen Aameeen. 

WALAU DIMANA SAHAJA KAKAK BERADA DAN AKAN PERGI INGAT ALLAH SENTIASA"