28 June 2022

Suri rumah as a freelancer

Isteri. Mak. Anak.

Hidup akan tenang bila kita REDHA.



Hampir 7 tahun dah saya buat freelance. Dulu kerja macam orang lain, masuk office pukul 9:00am. Tapi balik belum tentu. Paling awal 6:30 atau pukul 7:00pm. Selalunya balik lepas maghrib. Hampir-hampir Isyak. Pernah juga tak balik. Kejarkan dateline. Masa dah ada anak dua pun still macam tu. 12 tahun berkhidmat, dapat anak no. 3, Adelia.. company dah slow. Bila Adelia umur setahun lebih, company dah mula bagi notis berhenti kerja. Termasuk saya.  3-4 bulan cari kerja baru. Alhamdulillah dapat. Tapi bertahan setahun je. Tak serasi mungkin. Puas cari kerja, tapi tak dapat. Sambil tu, dapat la tolong mama menjahit baju. Lari dari kemahiran tapi terpaksa belajar. Masa tu dah mula buat freelance. Job kecik-kecik orang kata.

Allah maha hebat, DIA bagi rezeki lain. Saya mengandung kembar. Mungkin sebab ni Allah tak izinkan saya terikat dengan mana-mana company. Selepas kembar lahir dan berumur setahun lebih, saya mula buat freelance sepenuh masa. Tak fikir nak cari kerja tetap. Freelance lebih senang. Cumanya, saya terikat dengan banyak hal. Komitmen saya sebagai ibu, isteri dan anak. Memang betul-betul kena pandai urus masa.

Mula-mula tu memang stress. Tewas kadang-kadang tu. Kerja saya perlu siapkan mengikut dateline. Kadang-kadang tak tidur sampai 2 hari. Saya curi masa waktu malam. Sebab siang hari aktiviti full. Tugas memasak, mengambil anak sekolah, mengemas rumah dan sebagainya.  Anak sekolah pula sesi berlainan. Ni belum lagi tempoh waktu anak tak sihat. Bila kembar, semuanya DUA. Saya terpaksa berkorban masa saya. Saya tak ada 'me time' macam orang lain. Kembar memang melekat dengan saya. Dengan papa diorang pun diorang taknak bila tak sihat. Berubah sekelip mata jadual saya. Kadang-kadang saya depress. Lebih depress kalau orang sekeliling saya termasuk keluarga menganggap saya hanya habiskan duit suami. Mereka ingat saya duduk rumah tanpa buat apa-apa untuk bantu suami. Sakit hati! Siap ajar saya cari duit. Walhal hasil duit kerja freelance saya semua saya bagi pada suami. Sampai satu ketika, saya rasa tak halalkan pendapatan saya yang suami guna. Punya lah saya sakit hati. Tapi Allah hebat. DIA bantu saya segera cari jalan keluar. Allah bantu saya kuat.

Sekarang dah hampir 7 tahun dah. Dah mula serasi. Penat? Mestilah.. kadang-kadang nak berhenti buat semua tu. Tapi mengenangkan keadaan ekonomi sekarang, mana mungkin saya boleh duduk diam sahaja.

Akan bersambung.. :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas perhatian anda! *___^