14 August 2014

Denggi: Kami Benci Aedes!

Nah kau tajuk!

Eh, Assalamualaikum.. Lama saya tak update. Bukan lupa, tapi kelam kelibut before and after raya. Mana taknya, asben kena denggi before raya.. Masuk wad. Kena pula denggi berdarah. Risau sangat. Mood raya dah hilang. Nakkan dia sihat jer.. Alhamdulillah, hari Jumaat last puasa dia dapat keluar wad.



Keluar-keluar wad jer terus service kereta dan cari keperluan raya untuk anak-anak. Semua last minute. Dan untuk yang pertama kalinya kami berbuka puasa kat keluar sepanjang tempoh Ramadhan kali ni. Pecah rekod! Masa ni asben tak ok sangat. Masih lagi lemah. Tapi terpaksa buat semua tu sebab esok dah nak balik kampung.



Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Cuma hari ke tiga raya, saya demam! Agak teruk jugak la. Dengan pening kepalanya, badan seram sejuk. Sampai menggigil-gigil. Tapi bertahan. Hari kelima pula, anak demam! Serentak 2 orang. Baby dengan kakak. Demam panas suhu mencecah 40Âșc.. Risau sangat. Bawak pergi klinik terus masuk ubat ikut bontot. Baby ok, demam panas jer. Kakak yang risau, makan minum jer terus muntah-muntah. Sampai lembik.



Masa pergi klinik, doktor just cakap demam biasa. Tapi dari kampung, sampai balik KL demam mereka tak kebah-kebah. Hampir 4 hari demam. Terus bawak pergi check darah. Apalagi, confirm la mereka kena denggi. T___T Kakak tak kena tahan wad sebab platlet darah dia 70++ jer.. Baby kena tahan wad sebab platlet dia 50 dan sebab dia masih baby. Bahaya lebih sikit kata doktor. Kakaknya, hari-hari la kena datang hospital untuk check darah. 4 hari jugak la kakak ulang alik. Mama terpaksa jaga baby dalam wad. Urusan kakak, semua papa yang tolong settle kan!





Kesian sangat baby. Sampai lebam kaki tangan dia kena cucuk untuk ambik darah setiap 6 jam sekali. Sekali ambik darah tu, 5-6 cucuk kesan kat tangan dia, alasan doktor sebab tak jumpa 'line'. Ya Allah, sedih sangat. Sampai trauma dia. Datang jer orang dekat dia mesti menangis. 6 hari jugak dia dalam wad. Setiap kali ambik darah, mama dengar suara dia melalak.. Mama yang tunggu kat luar ni menitis airmata. Doa tak henti-henti supaya dia cepat sembuh dan boleh balik rumah.





NOTA:

Papa dah buat report tentang padang kosong yang dipenuhi rumput, semak samun area rumah kami. Harap Aedes takde lagi. Alhamdulillah, pangsapuri kami bersih. Sekarang, tengok jer nyamuk rasa nak picit-picit jer.. GERAM!

Nak cerita tentang raya kami pun tak sempat. Tunggu ya.. ^_^

8 comments:

  1. mama singgah.. kesiannya baby, semoga cepat sembuh tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mama.. kesian sgt! tang kena cucuk ambik darah tu, mmg x bleh lupa la.. :'(

      Delete
  2. aduhai.. memang berbahaya nyamuk Aedes ni tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. risau sangat masa tu.. huhu..

      Delete
  3. Sedihnya Yus... nasib baik masa anak-anak kena papa dah sihat walau masih lemah. Boleh balik kampung lagi. Yus pulak demam sama memang ujian betul Hari Raya kali ini ye Yus.
    Moga semuanya tak berulang lagi..

    Kesian baby kena cucuk berkali-kali tu kalau kakak pun menangis sama Yus, tak sampai hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kakzakie.. raya tahun ni peuh dugaan betul. Tapi Alhamdulillah.. Allah permudahkan..

      Delete
  4. pehhhh penangan raya tu sampai demam demam

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru 2015.... semoga tahun ni memberi kebahagiaan untuk kita semua

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^