17 April 2012

Pewaris KWSP

Assalamualaikum semua!



Kamu semua dah buat ke nama untuk pewaris KWSP? Saya dah buat dah. Tak silap, bulan Januari lepas. Masa nak buat penama ni, kita kena ada saksi. Jadi, saya berpakat dengan kawan office suami buat penama bersama. Kebetulan dia nak tambah waris katanya. Ok, cerita ni dah lama. Dan lama juga saya nak buat entry ni, tapi asyik tak menjadi je.

Pihak KWSP tak menetapkan syarat untuk letak pewaris kita. Terpulang atas diri kita sendiri. Saya? biasa lah, pewaris saya anak-anak. Suami? saya rasa, dia sudah punya KWSP dia sendiri. Pewaris dia, saya tak tahu siapa, mugkin juga sama dengan saya, iaitu anak-anak. Tak apa lah. Saya tak kisah pun.

Cuma saya ada terdetik beribu persoalan di kepala saya apabila saya tengok pewaris kawan office suami saya tu. "Kenapa ramai? Siapa orang-orang tu?" Tapi saya tak tanya dia pun. Segan. Takut nanti dia cakap saya sibuk nak tahu pasal dia. :D

Tapi jawapan saya terjawab bila saya terbaca blog dia. Rupanya dia ada sebab tersendiri. Disebabkan jawapan dia, saya rasa saya nak pergi tambah pewaris saya! 








p/s:
Sebenarnya, kita tak tahu apa yang terjadi kepada kita. Esok, lusa atau minggu depan atau bila-bila masa akan datang, dimana kita? Setiap apa yang terjadi, kita harus bersiap sedia. Semoga apa yang kita buat, mendatangkan faedah untuk orang sekeliling kita yang kita sayang!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas perhatian anda! *___^