Saya ada cerita sedih kan? Baik lah, entry kali ni mungkin panjang sikit dari biasa (tak la panjang sangat pun). Sebab, memang ceritanya panjang.
Tapi saya ambik yang tengah-tengah saja lah ya. Tak punya masa panjang untuk mengarang. Saya sedih dengan percaturan hidup keluarga saya sekarang ni (Tapi siapa saya untuk menolak qada' dan qadar DIA). Terasa ditolak sana sini. Saya tak kisah la kalau 'mereka' buat untuk saya. Tapi saya sangat KESAH kalau mereka buat pada mama saya. Saya rasa sedih, geram, marah. TERHINA pun ya jugak.. huhu..
Saya rasa, HAK saya dan adik-beradik saya terhadap mama kami hilang kerana mereka. Sebetulnya saya tahu, niat suci mama saya untuk menjaga mak a.k.a tok kami kat kampung adalah dengan rela hati. Bukan dipaksa! Tapi 'mereka' memanipulasikan semua tu. SEBAB? semua kerana abang kandung kami yang bagi mereka menumpang pada 'harta' mereka. Kalau betul abang saya punya masalah, kenapa perlu HINA ibu kami? Salah kah dia? Mama saya menerima tamparan yang sangat hebat sekarang. Disebabkan masalah abang saya, mama menerima cercaan dan cacian dari mereka!
cerita abang saya:
Dia anak sulung dan lelaki tunggal dalam keluarga. Dan yang boleh saya katakan, dia sangat 'manja' dari segi kehidupan. Dia tak belajar tinggi. Dia tak punya kedudukan yang gah. Dia sangat 'daif' pemikirannya. Dari segi pekerjaan, dia sangat 'bergantung' pada orang. Dia tak pandai cari makan sendiri. Dia juga seorang yang 'baran'. Dan hanya adik-beradik saja yang faham dan boleh bantu dia. Dia sangat bergantung kepada mama untuk 'memandu' kehidupan dia walau sekarang dia adalah ketua dalam keluarga dia sendiri. Kemana mama pergi, abang sentiasa dibelakang mama.
Disebabkan semua ni, dia merima kutukan dari semua orang! Semua orang memandang serong pada dia. Kami adik-beradik sudah berbuih mulut menasihati dan mendorong dia semoga dia berubah. Alhamdulillah, dia sudah mula berdikari. Tetapi dia masih dengan perangai 'baran' dia tu.. kami adik beradik sudah putus akal cara untuk melembutkan hati dia. Hari ini, 12 September adalah hari ulang tahun kelahiran dia. Semoga ALLAH membuka hati dia untuk menerima kententuan Ilahi..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas perhatian anda! *___^