31 January 2019

Sanah Helwah, Kakak!

Assalamualaikum..

Lama sungguh saya tak update blog.. Hari ni bukak blog semata-mata untuk post hari istimewa.. 31 Januari 2007 bersamaan 12 Muharram 1428H. Hari tersebut adalah hari pertama saya bergelar ibu.
Mama lahirkan kakak waktu malam, jam 10.03pm. Berat kakak 2.6kg. Gembira tak terkata. Mama namakan kakak Dhiya Alysha (Sinaran yang dilindungi Allah)

Seminggu umur kakak melihat dunia.


Selamat hari lahir anakku #kakakalysha.. Semoga Allah sentiasa memelihara kehidupanmu dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik supaya dapat memudahkan kakak untuk beribadah pada Allah, diberikan ingatan yang bagus supaya Al-Quran itu sentiasa ada didalam diri kakak dan dapat kakak manfaatkan untuk diri sendiri dan juga org lain, Aameen...

2010
2018



Ketahuilah kakak, apabila kesemua diatas itu milik kakak.. kakak akan disayangi didunia dan yang pasti disayangi PENCIPTAMU.. jangan risaukan mama dan papa kerana kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu dan adik-adikmu... Anakku sayang.. Selebih doa buatmu akan kami hadiahkan disetiap SUJUD kami.. #mamasayangkakak. Mama tak minta banyak..  jadilah anak yang baik akhlaknya dan taat pada perintah Allah. Aameen Aameeen. 

WALAU DIMANA SAHAJA KAKAK BERADA DAN AKAN PERGI INGAT ALLAH SENTIASA"