27 July 2015

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri dari kami. Hari ni dah 12 Syawal. Kejap jer masa berlalu..
Semoga masih ada kesempatan untuk berjumpa Ramadhan tahun hadapan.

Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

10 July 2015

Ramadhan di Penghujung


Assalamualaikum..

Bersua lagi. Semakin dekat Ramadhan akan meninggalkan kita. Sekejap je rasanya bulan puasa tahun ni. Tak tau, adakah saya sentiasa sibuk bulan ni atau memang masa pantas berlalu. Sedih jugak tak dapat nak buat amal yang penuh di tahun ni. Terkejut! Semalam husband cakap, dah boleh prepare dah barang-barang nak balik kampung.  Alahai.. hati melonjak girang tak kala husband cakap balik kampung. Mau tak, tahun ni raya pertama di kampung saya. Tapi dalam girang tu terasa sedih jugak.

Semoga berkesempatan lagi kami jumpa Ramadhan tahun hadapan.



Salam Aidilfitri dari saya sekeluarga..




19 June 2015

Kerja Baru

Asslamualaikum WBT..

Ni saya curi-curi peluang update blog. Lama dah nak menulis, tapi terkandas jer. Sebenarnya banyak yang berlaku hampir setahun ni. Perkara yang paling nak saya kongsi adalah, dibuang kerja. Saya berhenti kerja pada pertengahan bulan Disember 2014. Mengejut! Memang rasa ralat, sedih, kecewa dan macam-macam perasaan yang singgah waktu tu. Hampir 12 tahun saya kat sana. Sedih jugak kena diberhentikan macam tu jer walau dalam masa yang sama memang sudah ada perasaan untuk mencari perkerjaan di tempat lain.

Hampir 6 bulan saya cuba cari kerja. Risau kami sekeluarga. Sebab kat KL ni, kalau hanya suami kerja, memang tidak mampu untuk menyara hidup. Ditambah pula suami bukan orang berjawatan tinggi. Hanya orang biasa-biasa. Berusaha saya ke sana ke sini untuk temuduga. Ada yang dapat, tapi tak sesuai pula. Terus berdoa, bertawakal dan berusaha lebih lagi.

Alhamdulillah, dengan tidak sengaja bukak laman jobstreet, terbaca tentang satu syarikat ni. Syarikat yang pernah berkerjasama dengan syarikat saya sebelum ni. Tanpa lengah, terus buat pangilan dan terus dipanggil untuk ditemuduga. Syukur Ya Allah, akhirnya saya dapat jawatan ni. Jawatan yang tidaklah seperti yang saya inginkan. Tapi saya bersyukur.

Betullah, rezeki itu ada. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.

Terima kasih Ya ALLAH..

Adelia dah 'dapat kaki'

Assalamualaikum WBT..

Lama betul saya tak update.. Hampir setahun kot menyepi. Dalam masa hampir setahun ni, banyak kejadian suka dan duka. Hehe.. Nanti senang-senang saya update lagi. Kali ni nak kongsi, Adelia dah pandai berjalan! Hehe.. Macam abang dia jugak, umur 15 bulan baru pandai.


Abaikanlah rumah yang berselerak tu ya. Hehe..