27 January 2014

Main Kat Taman Sorang-sorang


Assalamualaikum WBT..

Sihat ke semua? Lama saya tak jenguk kamu semua. Sejak akhir-akhir ni, dah nak dekat sampai masa ni, mood jadi kucar-kacir.. Risau, berdebar, takut pun ada. Hehe..

Hari minggu lepas pun tak pergi mana-mana. Duduk rumah jer. Kesian jugak budak-budak boring. Adik ajak mama teman dia gi main taman kat bawah. Malasnya mama nak turun tangga.  Kakak pula tak nak turun. Tengah syok tengok cerita kat laptop. Adik dah bising-bising kebosanan. Mama teman dari atas jer la ya dik.

video
Dari atas mama rakam adik main. Jauh sikit. Hehe..






NOTA:
Malas nak bergerak sekarang ni. Tapi kena rajin-rajin jugak berjalan ni. Takde la susah nak bersalin nanti! >.<

20 January 2014

Selain Mood ke Laut..































NOTA:

Ni lah dia.. dah la tak berapa sihat.. bila buka jer blog, mesti jadi macam ni.. Tu yang mood ke laut tu.. huhu..





Menyepi

Assalamualaikum WBT.

Lama saya diamkan! In sha ALLAH, dah sihat nanti, saya update.

Eh, kenapa gambar perut? >.<



NOTA:

Penat sikit kebelakangan ni! Mood pun kelaut..

12 January 2014

09 January 2014

Kisah Sekolah Adik Pula.

Assalamualaikum WBT.


Hari tu kisah sekolah kakak kan? Adik Tak ada. Memang lar.. sebab yang uruskan adik, papa! Tapi mama ada ambil juga gambar adik sikit! Hehe.. 


Ni sebelum pergi sekolah. Suka dia dapat beg macam ni.. Masa tadika boleh la.. dah masuk sekolah rendah tak boleh dah.. Buku banyak!

Mama sempat snap pic adik nak babai kakak gi sekolah!

Adik merajuk! Sepatutnya mama ambil adik kat tadika, tapi mama lupa yang adik balik awal. Nasib baik adik pandai naik bas! Masa ni mama ambil adik kat taska. ;)

Bila mama pujuk, adik mula malu-malu!

Over la pulak bila dengar dapat main game! Ishh...

Ni gambar semalam. Mama MC kat umah tak sihat.. Dari atas mama ambil gambar adik naik motor gi sekolah!































NOTA:

Anak-anak ni pandai jeles bila tengok gambar dia tak ada dalam blog ni. Nak jugak suh buh gambar dia. Macam-macam cakap, tak sayang dia la.. Tak suka dia la.. Hehe...


08 January 2014

Samsung Galaxy Note 3 vs Sony Xperia Z1

Assalamualaikum WBT..

Haaa.. Saya dah lama nak cari telefon baru.. Telefon pintar, senang cakap smartphone lah! Hehe.. memang dah makan tahun dah keinginan ni. Telefon saya rosak! Langsung tak boleh pakai. Lepas tu saya beli telefon biasa, Nokia.. Hampir 2 tahun saya pakai.. Malangnya, kereta saya kena pecah.. Telefon murah tu pun turut dia rembat! Huhu.. Sadis betul.. Kemudian, saya pakai telefon lama kakak saya Sony K530i.. pinjam telefon dia dah nak masuk 5-6 bulan..

Keinginan nak telefon baru membuak-buak. Tapi kena sabar. Duit banyak nak pakai untuk benda lagi penting. Saya kena jimat. Tapi rasanya, sudah cukup kot 'simpanan' saya ni.. OK! Saya ni memang penggemar phone keluaran sony.. Saya suka xperia. Memula saya aim xperia go. Berkenan habis. Sebab utamanya dia waterproof & dustproof. Saya berkenan ni dah lama dah.. Masa memula dia relief.. Lepas tu xperia keluar phone baru lagi.. Xperia V! Sama jugak, dust-proof and water-resistant.. Tapi design dia lebih 'jahat'. Haha.. Memang teringin sangat. Tapi masa tu tetap tak mampu! Huhu..

Sekarang, xperia keluar model terbaru, xperia Z1.. Perghhh.... memang saya nak ambik yang ni lah! Tapi tetiba suami cakap, baik ambik samsung note 3.. adeih.. kompius sudah!

sumber: phonearena.com





























Ada jugak saya survey kat internet ni.. Rata-rata saya baca, masing-masing ada kelebihan! Dua-dua are superb at their places.. both great devices! Arghhh.. saya sudah pening! Korang rasa, saya patut ambil yang mana satu?




NOTA:

Ada masa buat pilihan 3-4 hari ni. Sebab telefon pinjam ni pun agak nazak sudah.. huhu..


07 January 2014

Hari Pertama Kakak kat Sekolah

Assalamualaikum WBT..

Hari ni nak bercerita guna gambar pulak. Sambungan entri semalam
>.<

Kakak menikmati sarapan pagi. Nampak selerakan? Tapi tau tak, dia makan dua-tiga mulut jer.. lepas tu tak nak dah!

Sian kakak makan sorang-sorang. Masa ni mama sibuk uruskan adik! Hari pertama, kelam kabut sket.




Siap-siap beratur nak gi kelas! Mama siap tukar beg lain sebab ingatkan kelas dia tingkat 3, rupanya tingkat 2 jer..  Tapi tingkat 2 pun seksa jugak kalau nak angkut beg beroda dia tu.. 

Tengah-tengah tu la kelas kakak!

Mula-mula mama ingat kakak duduk belakang sekali. Risau pula tak boleh tumpu perhatian! Hehe..

Rupa-rupanya kakak duduk paling depan. Lega mama! 

Waktu rehat mama tunggu jugak. Nak tengok macam mana kakak beli makanan. Rupanya cikgu-cikgu kelas ada kat sana. Guide murid-murid cara nak beli makanan.

Beratur nak beli makanan.

Masa ni kakak blur nak beli apa. Dia duk tengok kawan-kawan dia beli nugget, dia pun beli nugget jugak!

Risau pulak dia lapar sebab pagi tadi makan bihun sikit jer.


Ni la kawan-kawan sekelas kakak.

Dari kiri: Qaira, Alisya, Alysha dan Rusdina
Qaira ni kawan satu sekolah tadika  dan satu taska. Rumah dia pun satu tempat cuma dia blok A, kami blok B.
Rusdina pula kawan baik satu tadika. Dari umur 5 tahun lagi dia berkawan. Cuma kat sekolah rendah ni dia terpisah kelas.
Alisya tu pula kawan baru. Nama pun sama! Nampak gayanya dia jadi kawan baik kakak. Sebab mama tengok, dia asyik duk pimpin tangan kakak ke mana jer pergi. hehe..

Ni la pandangan depan sekolah kakak. Mama harap kakak berjaya dunia dan akhirat!






























NOTA:

Saya tak ada cerita sangat tentang Adik. Sebab Adik, papa dia yang uruskan. Sekolah tadika dia jauh sikit. Sehala tempat kerja papa. Jadi mama hanya uruskan kakak. Kesian adik! Hehe..





06 January 2014

Terlupa ambil anak kat Tadika

Assalamualaikum WBT..


Haa.. tengok tajuk tu. Mesti rasa pelikkan, ada ke patut lupa ambil anak kat tadika? Macam mana la ibu boleh lupa anak sendiri! Huhu.. Kes ni memang terjadi kat saya. Hari pertama persekolahan lepas, saya memang duk leka kat sekolah kakak. Sebab kakak 1st day jalani 'kehidupan' barunya. Mesti la mama dia nak tengok perjalanan harian tersebut. Macam mana kakak dengan guru kelas dia? Macam mana kakak dapat kawan-kawan baru? Macam mana kakak nak pergi tandas? Macam mana kakak nak ke kantin beli makanan? 

Macam-macam la si mama ni fikir. Wal hal, hari pertama kakak ke sekolah, mama tengok kakak ni mampu berdikari. Kalau mama nak balik pun dia tak kisah! Hari pertama pun dah dapat kawan baik. Kawan baik dia pulak berkebetulan, nama pun sama. Alisya! hehe.. Seronok la dia. Alhamdulillah, Kakak mampu sesuaikan diri dengan kehidupan baru dia!

Kisah kakak memang mama tak lupa. Tapi Adik! Mama lupa ambil adik pada hari pertama adik kat tadika. Rupanya, hari pertama adik balik awal. Kalau ikut jadual sepatutnya adik balik jam 11.45am. Tapi hari tu adik balik 10.30am. Sedangkan waktu tu mama duk sibuk perhatikan kakak! Huhu.. Sian adik! Mama lupa nak tanya teacher adik waktu balik jam berapa!

Telefon mama bunyi. Tengok screen, pengasuh kat taska. Terus mama jawab. Dia cakap adik dah sampai taska! Hah?! Nasib baik adik pandai! Adik naik bas yang memang mama bayar untuk adik ulang alik dari tadika ke taska! Cuma hari pertama, memang mama janji nak ambik adik! Huhu..







NOTA:

Tambang bas memang naik seperti yang orang duk gempar gempurkan. Dulu, tambang bas dari taska ke tadika RM60 satu kepala. Tahun ni RM70 tak kira kita ambik satu hala ataupun dua hala. Bayaran tetap sama. Huhu.. Baru ingat nak jimat sebab saya hanya ambil sehala jer. Pergi saya hantar, balik je naik bas. Tak berbaloi jugak la gamaknya!

*Gambar-gambar mereka nanti saya update kemudian ya! Lupa nak transfer ke komputer. Hehe..*