22 May 2014

Babywearing - Ringsling

Assalamualaikum WBT..

Lama betul tak update. Tengok-tengok baby dah tiga bulan dah. Sekejap jer masa berlalu. Ni nak cerita pasal baby carrier. Kalau dulu, masa anak pertama saya memang tak beli apa-apa jenis carrier even stroller sakali pun. Rasanya anak sorang lagi, masih mampu nak dukung. Hehe.. Tup tup, Allah bagi rezeki dapat baby lagi masa kakak baru umur 1 tahun 4 bulan. Masa ni dah terfikir, macam mana nak bawak anak-anak gi jalan.. gi kenduri ker? berdukung? Kalau bahagi sorang satu anak dengan papa dia memang la boleh, tapi kalau dua-dua anak nak dengan mamanya macam mana? Rezeki, masa duk fikir-fikir nak beli sesuatu, bos hadiahkan stroller. Jadinya, memang kami simpan jer lah duit tu. 

Masa tu memang terfikir, susahnya nak bawak stroller bagai gi shopping, gi kenduri.. leceh. Dengan orang ramai, sesak-sesak.. kita pula duk sorong stroller.. huhu.. Tapi fikiran takat tu jer. Tak berkembang. Sampai la umur kakak dengan adik masing-masing 5 tahun dan 4 tahun.

Nak dijadikan cerita, ada la kawan kat facebook add masuk dalam group Malaysian Babywearers. Memula tu macam malas nak layan. Sebab rasa sangat tak berkaitan. Jadi, off kan noutification group. Tak ada la menyemak wall rasanya. Hehe. 

Dengan izin Allah, DIA bagi lagi kita rezeki. Masa Adelia dalam kandungan, still tak ambik port pasal ni. And the end, DIA bukakkan mata. Baru nak fikir.. Nanti macam mana nak dukung Adelia turun dari tingkat 2 dengan segala beg (beg taska kakak/abang, beg kasut, beg sekolah, beg baby, beg mama lagi.. heh). Maklum la duk umah flat. Bukan kata tak ada lift, tapi setakat tingkat dua rasa cergas lagi turun naik tangga. Sebab rasa lift lambat. Cuma fikir nak bawa barang-barang tu, HOW?

Masa ni pun fikir just nak beli stroller jer (stroller lama dah tak ada), terlintas pulak pasal group Malaysian Babywearers. Cuba buka, baca dan fahami. Wah, memang sangat praktikal untuk saya yang duk rumah flat ni. Mula-mula kumpul duit sebab untuk cari yang terbaik, jadiya yang terbaik tu agak mahal jugaklah. Memang ada yang murah. Tapi kalau boleh nak beli yang terbaik dan boleh guna pakai dalam tempoh yang lama. Hehe.. Sebenarnya banyak jenis baby carrier ni. Saya pun tak boleh nak ingat sepenuhnya. Dari ringsling, wrap, ssc dll. Saya selalu confius untuk memilih baby carrier yang sesuai. Tapi dalam group tu, banyak info yang  membantu.

Untuk fasa pertama, saya memilih ringsling. Praktikal untuk newborn hingga toddler. Sementara kumpul duit, just try pashmina. Sebab ada jugak cara-cara ikat yang boleh adjustable sama seperti ringsling tu. Belajar kat youtube dari member group jugak. 


Ok jugak la. Agak praktikal just needed one hand to support baby. Satu tangan lagi boleh pengang benda lain. Cuma tak berapa confident sebab takut ikatan terbukak. Heee.. Tapi Alhamdulillah, ada ahli group tu nak jual ringsling dia. Harga pun murah.  Syukur sangat.



See.... Adelia pun nampak selesa jer. Sekarang tengah kumpul duit nak beli SSC (soft structured carrier). Tunggu adelia dah 7 kg keatas. 





NOTA
Ni sedikit info tentang babywearing yang saya copy and paste dari group Malaysian Babywearers


Apa itu BABYWEARER?
Babywearer itu maksudnya ORANG yang menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi ataupun baby carrier.

Apa itu BABYWEARING?
Babywearing itu pula adalah PERBUATAN menggendong bayi menggunakan alat menggendong bayi....

Apa itu BABY CARRIER?
Baby carrier itu bermaksud ALAT menggendong bayi yang diperbuat daripada kain.

Jadi boleh nampak dengan jelas, babywearer ialah ORANG, babywearing ialah PERBUATAN, dan baby carrier ialah ALAT. Sebagai contoh ayat, "Saya sangat teringin untuk mencuba BABYWEARING kerana saya teruja apabila melihat seorang BABYWEARER yang sedang menggendong bayinya yang sangat comel. Boleh bantu saya cadangkan BABY CARRIER yang sesuai untuk saya beli?

A BABYWEARER is a PERSON who carries his/her baby using a BABY CARRIER. This act of carrying a baby using a baby carrier is known as BABYWEARING.