28 April 2014

Stress.

EBM?
Uwaaa.....



Sian Adelia.. :'(


22 April 2014

First Day!

Ya, first day kerja selepas cuti bersalin 60 hari. Pejam celik-pejam celik, sekejap jer 60 hari tu. Alahai, tak puas tidur dengan baby! Hehe.. Apa pun alasan, demi kesejahteraan, hidup mesti diteruskan. Haha.. Entah apa-apa punya statement kan! Tapi betul, sekejap jer rasanya. Rindu baby. Bukan tak rindu anak-anak yang lain, cuma baby masih baru lagi dalam kehidupan ni. (Hehe.. Sayaaangggg semua anak-anak mama!)


Baby Adelia dah dua hari hantar ke rumah pengasuh. Alhamdulillah, ok la. Masih nak menyesuaikan diri kat tempat baru tu. Meragam?! Sikit jer.. hehe.. Sungguh, rindu la kat dia..





NOTA:

Rasa malas nak kerja. Huhu..

16 April 2014

Sterima Baby Nasal Hygiene

Assalamualaikum?! Apa khabar? Pernah dengar tak nama kat atas tu? Mesti la pernah kan? Saya sorang jer, anak dah masuk tiga baru tau benda alah tu. Alkisahnya, baby Adelia tak berapa sihat. Dua tiga hari ni hidung tersumbat. Asyik nangis jer lah kalau nak tidur. Puas la guna pelbagai cara orang kasi. Maklum la baby umur 1-2 bulan ni mana boleh makan ubat sangat. Lebih baik dielakkan.

Ada la saya komen dekat satu produk yang jual online tu. Kat situ saya tanya la owner sesuai ke tak ubat (sapu) tu untuk baby sebab baby saya hidung tersumbat. Tiba-tiba ada hamba Allah yang lain komen dan syorkan saya spray nasal hygiene tu. Apa lagi, terus saya survey dan baca maklumat psal spray tu. Alhamdulillah, banyak info yang saya dapat.

Terus mesej suami suruh belikan spray tu bila balik kerja. Bila sampai rumah jer terus cuba pada Adelia. Alhamdulillah, dapatla dia bernafas dengan lega sikit. Nanti kena buat lagi. Spray ni bukan ubat sebenarnya. Nasal hygiene ni sebagai solution untuk hidung tersumbat terutama baby... yerlah baby bukan tahu hembus hingus... STÉRIMAR bayi adalah ditapis larutan air laut isotonik, 100% semulajadi dan bebas daripada bahan pengawet. Ia menyediakan sifat berfaedah mineral garam dan unsur surih marin.. Apa yang saya faham.. Air laut boleh mencairkan hingus serta boleh menyurutkan bengkak di dalam hidung.. Jadi dengan cara itu, hidung tak akan menjadi sempit dan tersumbat..

Ni la rupa spraySterima Baby Nasal Hygiene tu

Ni la dia baby yang hidung tersumbat tu.. Harap-harap cepat la sihat.

Sedikit info yang saya dapat:

Information : Babies from 0 to 3 years
STÉRIMAR baby, is a medical device and is recommended for rinsing out your baby’s nose every day
  • On a daily basis :
    • Helps to clear mucus from baby’s nose to help with breathing and bottle feeding;
    • Assist with ENT disorders.
With its specially designed nozzle, its very gentle pressure and microfine spray,STÉRIMAR baby ensures gentle nasal rinsing and cleansing.
Composition :
STÉRIMAR baby is an isotonic* filtered sea water solution, 100 % natural and free from preservatives. It provides the beneficial properties of minerals salts and marine trace elements.
Sterimar baby can be considered as a “marine physiological serum” 
(* Isotonic solution: a solution that contains a similar concentration of salts as that of the human body extracellular fluid and blood plasma).
Sea water: 31.82 ml
Purified water qsp 100 ml
STÉRIMAR baby can be used daily for baby’s hygiene : 2 to 6 times a day or more if required in each nostril or more if required.
Source: LINK

02 April 2014

40 hari


Assalamualaikum..

Hari ni dah 41 hari umur baby Dhiya Adelia.. Alhamdulillah.. Adelia baik jer.. Senang jaga.. Sekejap saja masa berlalu, dua minggu lebih lagi Adelia akan tinggal di rumah pengasuh waktu mama kerja nanti. Alahai, sedih la pula. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak.. memang kena hantar Adelia ke rumah pengasuh. Dulu, kakak dengan abang mama hantar ke nursery. Tapi Adelia mama terpaksa hantar rumah pengasuh. Rasa tak mampu pulak mama nak hantar nursery.

Tapi insyaALLAH, mama cari pengasuh yang terbaik untuk Adelia.. Mama minta tolong tok cik (tok saudara mama) carikan. Dia kenal ramai orang dekat area taman ni. Mama harap, Adelia selesa nanti.

Hari Sabtu lepas, 29hb 3, kali pertama Adelia balik kampung opah atok kat perak. Perjalanan jauh yang pertama buat Adelia.. Alhamdulillah, baik jer.. Adelia tak meragam!

2 jam perjalanan, semua tidur. ^__^









NOTA:

Tak sabar nak kerja. Tapi rasa tak sanggup nak berpisah dengan Adelia. Huhu...