21 November 2013

20.11.2005

SAVE THE DATE!
“I've been fighting to be who I am all my life. What’s the point of being who I am, if I can’t have the person who was worth all the fighting for?”
I LOVE YOU, HUBBY!





NOTA:

Syukur Alhamdulillah.. Semalam, sudah lapan tahun. Semoga kami kekal bahagia hingga ke syurga!


15 November 2013

Keputusan Exam dan Tuntutan Hadiah!

Assalamualaikum!

Hari ni anak-anak ada jamuan perpisahan kat tadika. Selalunya mereka sesi petang. Tapi hari ni mereka kena ke tadika pagi. Pukul 08.00 dah kena ada kat sana. Ibubapa pula kena bawa makanan atau kuih muih. Saya tak masak apa pun tadi. Cuma beli kuih muih yang dah siap kat kedai tadi. Huhu..

Jadi hari ni mereka dapat balik awal. Biasalah, bila dapat balik pukul 10.00 pagi, masing-masing muka happy! Tambah-tambah si adik. Muka terlebih excited! Hehe..Masa dalam kereta tadi, Iyman Ghazy cakap, "Haaa... Adik dah cakap dah.. Adik dapat nombor 1. Kalau tak bagi PSP, Siap la papa.."




Hahaa... terus saya tergelak! Dia akan tuntut apa yang papa dia janjikan tu. Tapi untuk kakak, tahun ni tak ada 'bahagian' tu. Tahun lepas tiap-tiap kali exam, kakak dapat nombor 1. Tak apa la kakak, prestasi kakak tak menurun pun. Markah sama jer. Mungkin anak-anak lain lebih baik lagi dari kakak tahun ni. 





NOTA:

Report Card mereka kena ambik esok. Tak sabar nak tunggu. Nak tengok markah keseluruhan mereka berdua. Hehe.. >.<

13 November 2013

Sibuknya Saya!

Assalamualaikum WBT semua!

Lama rasanya tak update. Sibuk! Hehe.. Apa khabar semua? Saya masih ada disini. Alhamdulillah, sihat jer.. cuma masa membataskan saya untuk menjenguk kalian. Kalau saya dalam kesibukan macam ni, semua benda boleh jadi LUPA.  Hari ni, saya kena 'bersihkan' komputer ni.. Dah sarat sangat dah ni.. ekeke..

Pakai tipon cabuk jer ni.. Bila la nak dapat tipon baru ni.



Owh ya.. Perihal LUPA saya ni terbawa-bawa kat rumah. Dah dua hari saya buka kelambu anak dara saya untuk diganti dengan kelambu baru.. Semalam kena 'sembur' dengan dia. Dia cakap, "Mama nak kakak kena demam denggi ker? Cuba mama masukkan dalam otak mama.. masukkan dalam fikiran mama.. INGAT, nak pasang kelambu kakak ni.." Hah? Terkujat mama dengar ayat dia. Mulanya memang la nak tergelak. Tapi bila ingat dan fikir balik, kasarnya. Mana dia belajar ni?

Pagi tadi mama cuba slow talk dengan dia. Rupanya, dia pun tak tahu bahawa ayat dia tu kasar. Dia cakap tengok kat TV orang cakap macam tu. PENGARUH! Risau pulak mama ni. In sha ALLAH kak, malam ni mama tak lupa pasangkan kelambu untu kakak ya! 










NOTA:

Dalam jaga-jaga anak ni pun, ada juga yang terlepas pandang. Semoga lepas ni lebih TELITI. ;)




06 November 2013

Biziiii Ziiiboooo...

Hari ni buat TIGA keje dalam satu masa.. huhu pening!

Tapi.....
.
.
.
.
.
.





NOTA:

Keep smiling! ;)



03 November 2013

Baca Buku VS Main Game

Assalamualaikum..

Haaa.. nak cerita perihal anak-anak.. Bangun pagi gigih buka buku. Baca! Padahal belum mandi lagi.. Bila mama suruh mandi dulu, dia cakap, "Papa suruh baca buku nanti tak boleh main game!"
video

Adeih.. Papa suruh baca sebab exam hari Rabu nanti.. Kalau tak baca buku, nanti tak boleh jawab. Hahaha... Gigih sebab takot tak boleh main game.. Haih anak!




NOTA:

Ragam diorang kadang-kadang buat kita bahagia.. ^__^


Kalau Dapat Cutikan Best!

Assalamualaikum.. Happy Deepavali untuk semua kaum India! 






OK lah.. musim cuti ni.. ramai kawan-kawan bercuti dengan family masing-masing.. Teringin pula kita tengok.. Selamat bercuti ya korang. Anak-anak YUS pun tengah cuti sekolah ni.. diorang sibuk duk ajak pergi jalan-jalan.. Maaf lah anak-anak, mama dengan papa tak dapat cuti..

Gayanya, isnin nanti mama bawak korang pergi opis mama la ni.. Taska tutup.. Harap-harap bos tak masuk la nanti.. ekekeke..





NOTA:

Ada peluang nanti, insyaALLAH nak bawa anak-anak bercuti. Kesian mereka. Hehe..





01 November 2013

Saya menang!

Pertama kali dalam sejarah.. Join Giveway, menang! Hehe.. Terima kasih Airis Arissa!


Haa.. klik la gambar voucher ni.. Saya no.2 terpilih oleh Mr. Random tau.. ekeke..





NOTA:

Teruja tau.. Hahaa.. *over!