31 December 2013

Alhamdulillah! Dapat Anak Buah Baru!

Assalamualaikum!

Haaa.. Comel tak?!!!

Alhamdulillah, 27 Disember 2013 lepas, adik (SIL) selamat melahirkan baby girl melalui pembedahan. Kalau ikutkan, adik kena jalani pembedahan pada 24hb atas sebab kedudukan baby songsang. Tapi bila pergi ke hospital pada tarikh tersebut, doktor cakap tak perlu buat pembedahan sebab baby dah kembali kedudukan normal. Tunggu jer la tanda-tanda nak bersalin macam biasa.

Pagi 27hb tu, adik dah mula rasa sakit (Tak sempat nak borak panjang, turun tanda ke apa). Dia terus ke Hospital Slim River dalam pukul 7.00am ++. Sampai sana, check semua, adik kena jalani pembedahan jugak sebab jalan belum bukak tapi baby dah berak dalam perut. Paling sadisnya, pakar tak ada kat sana, bercuti katanya. So, adik kena naik ambulans ke Hospital Teluk Intan. Kesian dia duk sakit-sakit tu.. kena pulak pindah-pindah hospital. Perjalanan lebih kurang 30-45 minit kalau tak silap. Huhu..

Tapi Alhamdulillah, semua selamat. Nama baby dirahsiakan lagi. Dia cakap kalau nak tau nama, sila balik kampung! Ekeke.. So, Sabtu ni kami akan balik kampung jenguk baby baru! Yeayyy..





NOTA:

Lupa nak bagitau.. Adik ipar saya ni saya panggil "akak". Sebab dia ada kembarnya. Adik kembar dia yang kami sekeluarga juga panggil dia dengan panggilan "adik" baru lepas kehilangan baby masa bersalin hari raya Aidilfitri hari tu. Boleh klik SINI untuk cerita dia. Kalau ikutkan adik pun dapat baby girl jugak. Tapi ALLAH lebih sayangkan arwah. (Al-Fatihah)

30 December 2013

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
1. Beli handphone baru! (heh)
2. Jadi suppermom yang berjaya. (Sebab anak dah start sekolah)
3. Lebih prihatin kepada orang tua!

TAMAT: 31 JANUARI 2014

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014

Assalamualaikum..

Haa.. semalam saya dapat jemputan untuk join segmen Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014.
Jom join ramai-ramai!


Saya dah join! anda?

>.<



KLIK BANNER!

Terlupa! Saya Minta Maaf.

Assalamualaikum semua!

Semalam, 29 Disember... boleh pula saya lupa tarikh istimewa ni! Huhu.. Kesian suami. Semalam ulangtahun kelahiran dia. Saya diam jer semalam.. entah buat apa, entah fikir apa, sampai lupa! Selalunya mesti saya ingat! Mintak maaf wahai suami! Huhu.. 

Dah pukul 10.00 pm ++, tiba-tiba dia cakap kat anak-anak, "Takde sape pun wish birthday untuk papa.." Berdesuppp kat jantung! Ya, Allah, mama lupa.. Anak-anak terus pandang dia, hah.. "Happy birhday papa.." Walhal mereka memang tak tau pun.. Salah mama la ni tak bagitau anak-anak! Rasa bersalah sangat. Huhu..

"I love you much more than words can ever say. Happy birthday, sweetheart."




NOTA:

Saya blur.. tak tau nak buat surprise apa untuk dia! Huhu.. Ada pandangan dan cadangan tak? >.<

27 December 2013

Orientasi Tahun 1

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, kakak baru lepas program orientasi tahun satu untuk sesi 2014. Hari ni saya cuti sempena hal tersebut. Mama dia over excited tau! Haha..


Masa ni baru nak gi. Dia punya semangat, senang jer bangun pagi, terus mandi! Harap-harap macam ni la sampai bila-bila.

Dua gambar kat ni masa dalam kelas. Selepas ujian penilaian untuk tentukan kelas. Kakak dapat duduk dengan kawan yang sama-sama sekolah kat tadika!



Ni dah balik. Singgah giant jap sian anak-anak lapar. Hehe..

Kongsi makan dengan adik!



























NOTA:

Tak sabar tunggu sesi persekolah bermula. Harap-harap kakak jadi pelajar cemerlang!




22 December 2013

Tak pandai cari channel best!

Assalamualaikum..

Haaaa.. tak pernah update malam-malamkan! Tetiba malam ni muncul! Hahaaa.. kesahnya sebab anak-anak tak ada.. Diorang pergi umah kakak kita. Tidur sana! Selalunya remote kat tangan diorang. Cerita apa diorang tengok, cerita tu la saya tengok.. Huhu.. Selalu marah-marah juga sebab nak tengok cerita sendiri. Asyik tengok cerita bebudak tu jer..

Sekarang ni, bila dah dapat, blur pulak saya nak tengok cerita apa.. Semua channel tekan, tapi semua tu tak best! Sunyi la pulak rasanya. Huhu.. *Padan muka*




Tadi tengok Masterchef Malaysia All Stars Lepas tengok masterchef tadi, tetiba teringin nak makan siakap stim yang Zamil buat! Mengada betul mak buyung ni! Tapi tak jumpa resepi sama macam Zamil buat. Kat web astro belum keluar lagi resepi tu.. 



NOTA:

Sunyi pulak anak-anak tak ada! -_-

20 December 2013

Peneman ke Office

Assalamualaikum!


Hari ni bawa anak-anak ke opis.. Sebab? 

Ramai yang cuti.. Diorang bising pun tak apa! Haha..






NOTA:

Tak lama dah nak bukak sekolah. Tak sempat lagi nak bawak budak2 ni jalan-jalan. Nasib sempat juga bawa balik kampung hari tu. ^__^

19 December 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Prenatal Checkups

Assalamualaikum WBT..



Haa.. tiba masa pergi buat check up untuk 31w kandungan ni.  Sebelum ni nurse tu dah bagi tau awal-awal, next check up kena ambik darah dan kena buat suntikan kancing gigi. Kali ni gi lewat sikit dalam pukul 10am macam tu sebab taknak darah lama-lama duk dalam lab klinik. Terus nak hantar ke HKL dia kata.

Sampai-sampai je hospital, terus pergi lab untuk ambil darah. Kemudian buat normal rutin check up macam biasa. Siapa yang pergi ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu & Anak) mesti dah tau rutin dia kan. Untuk test HB ni saya cuak sikit. Sebab sebelum ni nurse selalu pesan jaga pemakanan, ubat jangan tinggal, bla.. bla.. bla.. sebabnya, HB result saya tak pernah elok.. mesti below than 10.0.

Tapi.... Kejadian semalam buat saya lebih cuak! Result fist test tu: 8.7.. terkujat dah nampak muka nurse tu.. Pastu dia cakap nak try lagi skali.. gosok-gosok tangan kanan pula, 7.4! hah?! Terus dia panggil nurse terlatih.. "Eh, biar betul ni.. macam mana keadaan awak ni? ok ke? pening ke? berdebar-debar ker? bla.. bla.." Macam-macam soklan dia tanya.. Dalam hati, memang la berdebar.. tadi dah la kena ambik darah.. Ni nak kena cucuk kat jari pulak.. lepas ni nak kena cucuk kancing gigi pulak... sape tak berdebar eh? haha.. dalam hati jerk la... hehe..

Walau dalam hati berkata-kata macam-macam, luarannya saya senyum je la.. Nurse terlatih tu pulak cakap biar dia test HB lagi sekali (kali ke 3).. uWaaa.. cucuk lagi! Haaa... result 9.0.. ok la tu walau tak capai tahap dia lagi.. Tiba-tiba nurse tu cakap, "Kalau test ni below than 8.0, saya dah panggil ambulans ni hantar awak ke hospital terus!"

Selamat mak! ekekeke...



NOTA:

Saya jaga makan.. Ubat jer cilok-cilok makan.. Sebab tak tahan bau dia.. Lepas ni kena makan ikut arahan dah la.. takot la saya lepas ni! huhu..

16 December 2013

Persediaan Persekolahan

Assalamualaikum WBT..

Haa.. ni kes si mak yang sangat teruja membeli belah barang keperluan persekolahan kakak! Maklumlah, ini adalah pengalaman pertama saya. Anak sulung saya Dhiya Alysha, tahun depan akan masuk darjah satu. Tak sangka, 7 tahun dah dia! Pantasnya masa berlalu. Terasa kakak kecil lagi. Huhu..

Sabtu lepas kami pergi cari kelengkapan sekolah seperti baju sekolah, baju sukan, kasut, stokin dll. Kami cari kat Tesco jer.. Sebelum ni dah belikan beg sekolah mereka kat giant. Beli yang biasa-biasa jer. Tapi tak sangkalah juga, yang biasa-biasa ni pun cecah hampir RM300. Huhu..


Saya beli 2 pasang baju kurung, 2 pasang baju sukan 2 set stokin (6 pasang), 2 pasang kasut sekolah getah (1 psg kakak, 1 psg adik), 2 Beg sekolah (kakak & adik)... tu jer kot untuk kelengkapan sekolah. Hehe.. Owh, tambahan 3 helai seorang spentot 2 bradik tu hehe...

Ada kawan cakap, beli la 3 pasang baju sekolah sebab senang untuk buat giliran. Tapi saya beli 2 pasang je la dulu. Nanti bulan depan beli lagi 1 pasang. Kasut sekolah tu, kakak boleh pakai lagi kasut tahun lepas masa dia tadika. Elok lagi tu. 

Masa kakak tengah bergaya dengan baju sekolah tu, tetiba adik pun nak jugak. Dia cakap taknak sekolah tadika, nak sekolah macam kakak!  Tunggu la dik.. lagi setahun umur awak cukup 7 tahun. Tak sabar dia nak masuk sekolah rendah!



Nota:
Semalam gigi depan kakak dah selamat mama cabutkan! hehe.. cuak jap mama.. tapi buat-buat berani! Hahaha....

13 December 2013

Expo buku oleh Love Novel Publication

Siapa minat NOVEL? 



Haaa.. Pihak Love Novel  ada join expo buku tau! 
Untuk hari Sabtu dan Ahad ni ada sesi Temu Mesra bersama penulis. 
Jangan Lepaskan peluang kepada siapa yang berdekatan tu!



NOTA:

Nak beli online pun boleh, KLIK web ni: http://www.lovenovel.com.my/

12 December 2013

Remove Poll

Assalamualaikum semua.. 

Haaa, ingat tak entri tolong saya hari tu? Pasal nak remove poll dari nuffnang tu.. Ekekeke.. Saya dah jumpa dah.. Senang jer.. 


Ni haaa... Edit kat sini jer rupanya! Ingatkan nak kena edit html bagai.. Haha..





11 December 2013

The Hottest Giveaway By Mama Darwiish


Woww.. tergoda betul tengok giveway dari Mama Darwiish ni.. Yus join! Korang nak join? KLIK BANNER ni!



JANGAN LUPA KLIK BANNER NI!!!




NOTA:

Nak follow dan LIKE page sponsor-sponsor pun bukan main lagi lama.. tambah2 lagi internet ni slow giller kt opis ni! Ekekeke..


WW: Jangan MANJA kan suami

(Hari ni 1st time guna 'WW'.. ekeke)

Assalamualaikum..

Haaa.. Tengok tajuk! Tadi dengar ISLAM ITU INDAH | Bersama Prof Dr Muhaya berkongsi tips "Celik Mata Reset Minda: Memilih Pasangan Hidup". Kendalian Mazlina Ismail. 



Best! Banyak input yang berguna. Tengah syok duk dengar, ada pemanggil yang bertanyakan pendapat isu nafkah! Isu nafkah harian ni isu besar sebenarnya. Banyak pandangan dari semua orang. Tak kira lah suri rumah ataupun isteri yang bekerja. Masing-masing punya pendapat tersendiri. 

Prof cakap;
Jangan MANJA kan suami dengan membayar segala-galanya.. Biar suami memberi nafkah yang seADILnya.


Ya, betul tu. Tapi ada juga walau suami isteri bekerja, tapi si suami tak mampu untuk bayar keseluruhan perbelanjaan harian tersebut.  Sesungguhnya redho dengan apa yang kita lakukan. Saya ada terbaca soal jawab Ustaz Azhar Idrus pasal perkongsian nafkah ni:

Apa hukum suami guna duit isteri untuk belanja nafkah harian?
Ustaz Azhar Idrus: Jawabnya HALAL.. jika ISTERI HALAL kan. Ingat... Perbelanjaan harian yang perlu, adalah wajib atas suami walaupun isteri orang kaya, seorang kontraktor berpendapatan RM50ribu sebulan, manakala suami kerja konduktor bas berpendapatan hanya RM500 sebulan!! Suami tak boleh kata pada isteri, "yang ini awak bayar". Hukumnya HARAM kerana tanggung-jawab belanja nafkah harian adalah ke atas suami, melainkan isterinya kata, "oleh kerana abang takde duit, dok rok cetong, biar saya yang bayar". Ini baru boleh. Ramai suami2 yang memperbodohkan isterinya dengan menyuruh isterinya bayar itu ini, "yang ni awak bayar, yang ni saya bayar". Hukumnya haram kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggung-jawab suami, melainkan isterinya halalkan, maka barulah boleh. Macamana dengan duit isteri yang suami telah guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang suami telah guna untuk buat belanja nafkah menjadi beban hutang yang suami wajib bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan. Pastu ada pulak yang kata, "ohhh kalau macam tu berat la, tak larat la ...". Haaa... kalau macam tu, mu jangan kahwin!




NOTA:

Haaa.. tergelak saya baca! Tapi tu la ya, kalau duk KL ni, setakat gaji RM3k seorang pun, rasanya belum mampu 'hidup senang'. Sebenarnya, dalam apa jua pendapat kita.. KEIHKLASAN penting. Cuma satu je la, jangan suami ambil kesempatan di atas kebaikan isteri yang membantu. Berkongsi dalam semua hal. Baru adil. Jangan nak berkongsi hanya nafkah (duit) semata.. heh! 


Review Bersama Blog HT

Assalamualaikum..

Haaa, duk ghalik kat blog Nana yang makin cantik dan comel layout nya tu.. terbaca la entry pasal segmen Review Bersama Blog HT ni.. teringin la nak join! Hehe..
















Teringin nak join jugak? ha, KLIK BANNER ni!


Syarat-Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja.
2. Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda.
3. Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT"
4. Letak banner di atas dan link back to this entry.
5. Tinggalkan link entry anda pada kotak komen di blog tersebut.

Senangkan!! Jom ramai-ramai meriahkan segmen ni!

10 December 2013

Tolong Saya!

Assalamualaikum semua!

Haaa... Nak tanya ni.. 
Macam mana nak buang poll ni? Puas godek2, tapi x jumpa.. Huhu.. Dah lama dah nak tanya, tapi asyik lupa jer.. tengok blog orang lain tak ada pulak poll2 bagai ni! hehe.. Rasa macam semak pulak ada dia.. Hehe..





NOTA:

Ada pendapat nak perelokkan lagi blog layout ni tak? Nak tambah ke nak kurangkan ker? Hehee..

09 December 2013

Berwajah Baru.


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, blog saya berwajah baru sebelum kedatangan tahun baru (Excited lebih sebenarnya). Terima kasih Piqa sebab tukarkan wajah baru blog ni yang bagi Kak Yus lebih simple dan kemas. Kak Yus memang suka warna-warna pastel yang lembut-lembut macam ni. hehe.. 


Inilah reward saya bila terpilih dalam segmen Happy Blogwalking yang dianjurkan oleh Piqa! Suka sangat. 


Lagi sekali, TERIMA KASIH sangat-sangat untuk Syafiqah Sallehin.. ^____^






NOTA:

Berjaya juga bertukar layout yang sudah lama diinginkan. Tapi saya lupa nak print screen layout lama tu.. hehe.. yang dulu pun simple jugak.. tapi more to putih jer.. Kali ni ada la juga warna lain! hehe... Penyeri gitu! >.<

05 December 2013

TEKA BILANGAN KUIH PUTRI AYU

Jom teka ramai-ramai.. Kalau menang dapat Kimono Kardigan tau! hehe..

Klik gambar ni tau utk ke blog Acik




03 December 2013

Menang segmen "Happy Blogwalking"

Assalamualaikum WBT semua..

Haaa.. hari ni saya menang lagi.. Ingat tak, dulu saya ada join segmen Happy Blogwalking dari blog Nur Syafiqah.. Detailnya ada kat SINI. Semalam dapat komen dari empunya blog, saya menang!!  Fiqa ada buat review tentang blog saya. Jom klik SINI. Yeayyy...  Fiqa cakap, saya terpilih untuk di edit blog secara percuma! Alhamdulillah..

Jom KLIK gambar ni. Meh ramai-ramai follow blog fiqa ok! ^_^


Ingat tak, dulu saya cakap nak tukar blog layout? Entry nya kat SINI. Tapi saya nak edit sikit-sikit je. Saya tak suka crowded, serabut-serabut. Saya suka putih bersih.. Suci gitu bak kata fiqa.. hehe.. Harap-harap untuk tahun baru akan datang, blog saya berwajah baru! Hehe..








NOTA:

Hari ni saya buat monthly check up. Kali kedua kena minum 'air gula' dan ambil darah. HB saya menjunam lagi.. hari tu naik 10.3. Tapi hari ni turun lagi 9.6.. Nurse dah pelik, bagi ubat bagai kenapa tak naik-naik. So, hari ni kena refer doktor. Kena tukar lagi ubatnya. Huhu..

Harap-harap 2 minggu akan datang, HB saya naiklah hendaknya! Amen..

02 December 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Assalamualaikum WBT..

Lamanya tak update! Hehe.. Masa tengah BW.. tersinggah kat blog Kakzakie.. Dok seronok baca entry dia, terpandang la Mini GA KakNi Edisi Tupperware.. Saya ni pantang dengar dan tengok barang-barang tupperware ni.. ekekeke.. Harap2 ada la luck saya kali ni! 


Semua syarat dah saya laksanakan! Siapa nak join? Jom cepat-cepat klik banner dibawah!


Ingat! Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013.. CEPAT tau!

(KLIK BANNER NI TAU!)







NOTA:
Rindu pula rasanya bila lama tinggalkan blog ni. Banyak nak cerita. Harap-harap, ada kelapangan nanti!