13 November 2013

Sibuknya Saya!

Assalamualaikum WBT semua!

Lama rasanya tak update. Sibuk! Hehe.. Apa khabar semua? Saya masih ada disini. Alhamdulillah, sihat jer.. cuma masa membataskan saya untuk menjenguk kalian. Kalau saya dalam kesibukan macam ni, semua benda boleh jadi LUPA.  Hari ni, saya kena 'bersihkan' komputer ni.. Dah sarat sangat dah ni.. ekeke..

Pakai tipon cabuk jer ni.. Bila la nak dapat tipon baru ni.



Owh ya.. Perihal LUPA saya ni terbawa-bawa kat rumah. Dah dua hari saya buka kelambu anak dara saya untuk diganti dengan kelambu baru.. Semalam kena 'sembur' dengan dia. Dia cakap, "Mama nak kakak kena demam denggi ker? Cuba mama masukkan dalam otak mama.. masukkan dalam fikiran mama.. INGAT, nak pasang kelambu kakak ni.." Hah? Terkujat mama dengar ayat dia. Mulanya memang la nak tergelak. Tapi bila ingat dan fikir balik, kasarnya. Mana dia belajar ni?

Pagi tadi mama cuba slow talk dengan dia. Rupanya, dia pun tak tahu bahawa ayat dia tu kasar. Dia cakap tengok kat TV orang cakap macam tu. PENGARUH! Risau pulak mama ni. In sha ALLAH kak, malam ni mama tak lupa pasangkan kelambu untu kakak ya! 










NOTA:

Dalam jaga-jaga anak ni pun, ada juga yang terlepas pandang. Semoga lepas ni lebih TELITI. ;)




4 comments:

  1. Betul Yus... anak-anak seusia dhiya alysha tak faham lagi. Kena beritahu mana yg baik dan tak baik dgn baik-baik..

    ReplyDelete
  2. tu la kakzakie.. Yus kena terus tegur time tu sebenarnya kan.. baru dia cepat paham benda baik dan benda yang tak berapa baik tu! :D

    ReplyDelete
  3. Uruskan anak2 lebih penting. Bila ada masa baru leh update blog. Jemput singgah blog saya ye kak. Selamat malam :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^