16 October 2013

Ikan Talapia dan Air Asam MIL

Assalamualaikum..

Haa.. saya ada post entry yang saya beraya kat hutan batu kan? Tak jadi sebenarnya.. Suami ajak balik raya kat kampung dia di Sungkai, Perak. Walaupun hati rindu nak balik kampung halaman sendiri, rindu nak jumpa orang tua.. rindu nak jumpa adik-beradik yang lain.. Tapi hati terubat juga la dapat beraya dengan keluarga suami.

Kami balik dah petang sangat dah hari sabtu tu. Sampai-sampai pun dah maghrib. Perjalanan tak jauh pun.. 2 jam jer.. kalau kat KL ni apa ada hal 2 jam kat jalan raya.. ekekeke.. Ok la, tak nak panjang sangat. Nak cerita pengalaman setelah 8 tahun kahwin ni jer. Tapi gambar tak ada. Saya tertinggal kamera kat rumah! huhu...

Hari ahad..  Masa makan tengah hari.. simple jer mak masak.. Mak masak ikan talapia goreng, masak lemak sayur bayam merah, ulam-ulaman, sambal kelapa, ari asam. Nak tau tak? Saya tak makan semua ni.. Resepi yang mak masak ni, saya hanya makan sayur bayam merah jerk.. Lepas tu suami cakap, try la mkn ikan ni cicah air asam.. SEDAP dia kata... 

Ikan yang mak goreng, garing2 sangat (Gambar ihsan dari Mr. Gugel
Air asam yang mak buat memang terbaik! (Gambar ihsan dari Mr. Gugel)

Saya segan jugak. Adik-adik semua suruh saya cuba. Risau mak dah serba salah. Dia memang tahu saya tak makan ikan tu. Selalunya mesti dia goreng ikan kembung untuk saya. Tapi maklum la, kami balik mengejut. Mak ayah tak ada la beli ikan tu. Saya pun cuba.. ambil part yg garing2 tu.. cicah.. perghh,.. sedapnya air asam mak buat ni.. ikan tu saya tak rasa apa-apa sebab dia garing... Saya cubik lagi ikan tu.. cicah air asam.. Mmm.. berselera sungguh saya makan.. Mak pun nampak suka bila tengok menantu dia yg selama 8 tahun dah balik umah dia ni tak pernah jamah ikan talapia.. 

Tapi kan.. petang tu ada satu kejadian.. Saya mula rasa mual-mual.. loya! Haiya.. saya dah start bau ikan tu 'dlm perut' saya.. dan akhirnya saya muntah dalam toilet tanpa pengetahuan sesiapa.. huhu.. macam mana ni? Risau kalau-kalau saya balik kampung lain kali, mak masak macam ni lagi. huhu..





NOTA:
Saya tak tahu kenapa, saya memang tak boleh nak telan ikan sungai. Mungkin tidak diajar dari kecilkan. Cuba juga untuk belajar makan, tapi memang akan terkeluar semula. Huhu..


8 comments:

  1. kty mmg feveret ikan talapia ni .
    tapi suami kty @along ..mmg takleh masuk .ikan talapia atau ikan sungai

    ReplyDelete
  2. Yer ke kak? Hehe.. asben yus suka sgt.. tp dia frust sbb kt umah x pnah masak ikan ni.. huhu..

    ReplyDelete
  3. sedapnye kak
    terliur je kte org tengok
    yumida isi tabung Nuffnang sini -ford - selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. ala... problem nie... kena la bawak stok makanan lain nampak gayanya kalau balik kampung lagi skali nanti ni sis

    ReplyDelete
  5. Kakak dulu banyak yg tak boleh makan tapi abang makan. Tapi kakak macam Yus berani mencuba - tak kisahlah terkeluar balik.. Tapi alhamdulillah sekarang banyak dah sama-sama selera kami sekeluarga..

    ReplyDelete
  6. Yumida,
    adik bradik belah asben mmg ckp YUS ni rugi x mkn.. sbb ikan tu sedap sgt diorg ckp.. hehe..


    Farhana,
    tu la gamaknya kena spare la ni! Wakaka..


    Kakzakie,
    Betul kata akak.. berbeza dari segala segi kan.. tmbh2 negeri lain2.. stiap negeri plak berbeza gaya hidupnya.. Tapi mmg YUS akan tetap cuba dan nak tahu, YUS dah pandai makan sambal tempoyak tau!! Hehe..

    ReplyDelete
  7. kalau abang nana langsung tak makan ikan,lauk dia ayam daging or telur je..tapi kalau mak nana buat laksa dia makan pulak,hihi...

    memang terliur tengok ikan goreng dgn air asam tu,sedapnya kak!rugi kak g keluarkan semula,hihi....

    ReplyDelete
  8. Lor.. x makan ikan? rugi la.. hahaha.. ececehh.. ckp kt org.. hahaa.. k'yus x mkn ikan sungai jer.. ikan laut mkn! hehe...

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^