20 September 2013

Ghazy tertipu dengan 'babu'..

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita perihal anak teruna saya, Iyman Ghazy..

Dia pantang dengar motor babu.. tambah-tambah bila babu dok tekan hon motor dia tu.. "pon pon ponnn!" Laju jer berlari jerit, "babuuuuuuu....." pastu lari masuk dalam mintak duit! Bagi syiling tak nak.. Nak singget.. Kalau-kalau masa nak ambik duit, dia ternampak yang hijau atau yang merah, mesti mintak yang tu.. tp dengan dia, mama tak ikut sangat la.. Tak nak biasakan dia boleh dapat apa yang dia nak.

Ada suatu hari tu, dia beli 1 kotak mainan RM1. Kalau masa kita dulu kotak macam 'ding dang' atau 'dora datang lagi' tu.. Zaman sekarang dah banyak sangat nama. Sampaikan mama pun tak tau.. Dia excited sangat masuk dalam rumah tunjuk kotak yang dia beli tu. Mama mula-mula agak marah la beli benda alah tu. Nampak sangat macam takde apa2 dengan isi kotak tu.

Tapi dia memang teruja masa buka kotak tu. Mungkin dalam fikiran dia ada mainan 'best' dalam tu.. Kesian sangat dia, bila dia bukak kotak tu, dalam tu just ada 1 keping biskut kacang (mcm mazolla) pastu manik-manik bersama tali tangsi untuk dijadikan gelang/rantai.. Hmm.. nmpak sangat dia KECEWA.

Ibu (mak saudara) dia cakap, lain kali tak payah la beli kat babu. "Nanti ibu report polis tangkap babu. Babu tipu adik ni". Mana taknya, lepas dapat tahu isi kotak tu, dia terus diam membisu. Mama dia mulanya nak bebel tapi tak jadi sebab mcm kesian la plak! ekekeke... Sekarang kalau babu datang, pandang pun tak mau dah! Hahaha... 

Ini la dia si Iyman Ghazy yang macam kerenah!

** Tapi ada jugak 2-3 ari lepas beli roti.. lepaskan hajat jmpa babu! hiks...




NOTA:
Kekadang sekali sekala elok juga jadi macam ni.. Pengajaran untuk dia. Biar dia ingat sampai dia besar bahawa apa yang dilihat menarik diluar, tak semestinya cantik didalam! Hehe.. Apa-apa pun, mama sayang awak! <3>


6 comments:

  1. hahaha..kadang kala budak senang diajar dgn cara merasa serik..bila dia dah terkena sekali..dia akan rasa serik da tak mau dah buat macam tu lagi..hu3

    ReplyDelete
  2. Ye labloggerlelaki.com, kekadang kita nasihat ker, marah2, bebel2 pun x guna dengan anak2 ni.. diorang bukan faham kan! Skang dia dah terkena mcm ni.. harapnya dia akan kenang la smpai bila-bila.. hehe..

    Eh, thanks jenguk sini! >.<

    ReplyDelete
  3. yumida pernah beli utk anak buah
    mainan kotak yg kecik tu
    biasa org jual 20 sen je..tp dia jual 40 sen
    nampak sgt kaut untung
    bila bukak dlm tu hanye ade keropok..mainannye xde..dah kena ambik anak kedai tu kot
    dah la beli 5 kotak..hampeh je
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu Yumida,tak berbaloi dengan harga. Sian anak2.. ekekeke.. thanks menabung ya! kui kui kui..

    ReplyDelete
  5. eh ada ye kak orang jual naik motor gitu,hee..yang nana tau jual roti, aiskrim and petai je naik motor,hihi...ololo...sian iyman..

    ReplyDelete
  6. Ada la Nana.. babu ni kn mcm org india/bangla yg jual roti tu.. Dia bukan jual roti semata, dia jual mcm2 mainan, jajan tuk budak2.. huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih atas perhatian anda! *___^