23 September 2013

Blog Makeover

Hmmm.. teringin! Tapi dah lama tgal.. bila tengok coding, terus juling mata! Huhu.. Adeih! Korang ada template layout best2 tak? yang simple2 jerk.. Hehe...




NOTA:
Cuba search kat gugel, tapi tak jumpa yang berkenan dihati lagi..

20 September 2013

Ghazy tertipu dengan 'babu'..

Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita perihal anak teruna saya, Iyman Ghazy..

Dia pantang dengar motor babu.. tambah-tambah bila babu dok tekan hon motor dia tu.. "pon pon ponnn!" Laju jer berlari jerit, "babuuuuuuu....." pastu lari masuk dalam mintak duit! Bagi syiling tak nak.. Nak singget.. Kalau-kalau masa nak ambik duit, dia ternampak yang hijau atau yang merah, mesti mintak yang tu.. tp dengan dia, mama tak ikut sangat la.. Tak nak biasakan dia boleh dapat apa yang dia nak.

Ada suatu hari tu, dia beli 1 kotak mainan RM1. Kalau masa kita dulu kotak macam 'ding dang' atau 'dora datang lagi' tu.. Zaman sekarang dah banyak sangat nama. Sampaikan mama pun tak tau.. Dia excited sangat masuk dalam rumah tunjuk kotak yang dia beli tu. Mama mula-mula agak marah la beli benda alah tu. Nampak sangat macam takde apa2 dengan isi kotak tu.

Tapi dia memang teruja masa buka kotak tu. Mungkin dalam fikiran dia ada mainan 'best' dalam tu.. Kesian sangat dia, bila dia bukak kotak tu, dalam tu just ada 1 keping biskut kacang (mcm mazolla) pastu manik-manik bersama tali tangsi untuk dijadikan gelang/rantai.. Hmm.. nmpak sangat dia KECEWA.

Ibu (mak saudara) dia cakap, lain kali tak payah la beli kat babu. "Nanti ibu report polis tangkap babu. Babu tipu adik ni". Mana taknya, lepas dapat tahu isi kotak tu, dia terus diam membisu. Mama dia mulanya nak bebel tapi tak jadi sebab mcm kesian la plak! ekekeke... Sekarang kalau babu datang, pandang pun tak mau dah! Hahaha... 

Ini la dia si Iyman Ghazy yang macam kerenah!

** Tapi ada jugak 2-3 ari lepas beli roti.. lepaskan hajat jmpa babu! hiks...




NOTA:
Kekadang sekali sekala elok juga jadi macam ni.. Pengajaran untuk dia. Biar dia ingat sampai dia besar bahawa apa yang dilihat menarik diluar, tak semestinya cantik didalam! Hehe.. Apa-apa pun, mama sayang awak! <3>


19 September 2013

Siapa Peduli?!

Assalamualaikum...

Hari ni hari luahan. Bolehkan?! Ekekeke...

Dulu masa kita senang (berduit).. sakit sikit ada orang ambil tahu.
Kita dalam amarah, ada orang tolong relief kan..
Kita tertekan, ada orang tolong redakan..
Kita kecewa, ada orang tolong pulihkan..

Sekarang, masa kita tak berapa nak senang (tak berapa ada duit)..
Sakit ke, stress ke, tertekan ke, kecewa ke.. TIADA SIAPA PEDULI!

Haih, itu la dunia. Susah nak jumpa yang sejati!




NOTA:
Abaikan emosi saya hari ni! Harap kamu semua bahagia ya! hehe..

18 September 2013

Lemau badan

Assalamualaikum Semua!

Kemana cuti 3 hari ni kengkawan? Saya ada kat rumah jer.. takde plan jalan memana pun! Lagipulak, badan lemau2 jerk skang ni.. huhu.. nk buat entry baru pun agak MALAS ni.. huhu... Nanti dah sihat, saya jejalan blog kamu, kamu dan kamu semua ok! Huhu..



NOTA:
Kekadang bila badan rasa lemah macam ni, rasa nak tidur jerk lah.. hhuhu.. ayuuhhhh!!!! Kuatkan semangat!!! Ekekeke...


13 September 2013

Segmen Simple & Mudah [Yumida]

Assalamualaikum semua!


Hari ni saya nak join pulak segmen Segmen Simple & Mudah dari bloh YUMIDA.. Memang senang je pun.. Just follow the step! hehe...


SYARAT PENYERTAAN:
1. Blogger yang tinggal di Malaysia - Dah tentu la..
2. Follow blog Yumida - DONE
3. Add to circle Google+ Yumida Huda (klo xde..xpe..boleh join) - DONE
4. Like fanpage Yumida - DONE
5. Klik:  - DONE
6. Klik iklan Nuffnang sekitar blog - DONE
7. Buat entri bertajuk: Segmen Simple & Mudah - DONE
Buat entri [ dapat 2 undian ]
Tak buat entry [ dapat 1 undian ]
8. Letak banner dan backlinkkan di entry ini - DONE





9. Hantar url blog @ url entry penyertaan ke entry ini sahaja - DONE
10. Tamat: 21 September 2013



NOTA:
Haaaa.. senang jer kan? Hadiah-hadiah pun menarik. Cuma nak buat entry, x tau tajuk apa la plak.. Cuma kat sini saya nak cerita, saya seronok jelajah bloh YUMIDA.. Dia pulak rajin jenguk blog kita.. tak sombong orangnya.. Jom la kengkawan reramai join sambil isi tabung nuffnang di blog kengkawan lain! Hehe..


12 September 2013

The Nuffnang Poll 2.0 (Woowww!)




Hahahaaa... comel kan baby ni! Excited! Haaa.. apa ni? Saya pun tak tau.. cuba klik gambar tu.. Hehe.. (Sejak pandai buat backlink ni kan.. faham-faham laa..)

Katanya..
Nuffnang Poll 2.0! Ia adalah versi baru dan lebih baik, dengan lebih banyak soalan yang lebih terperinci yang akan membantu anda mendapat tahu pembaca anda lebih baik!


Tuuu diaaa.. Nuffnang poll rupanya dah buat versi baru! Saya dah cuba, anda bagaimana? Hehe... Jom la try! ^_^



11 September 2013

Test 'backlink'. Hee..

Cuba klik gambar! Haha...


Ok, Terima kasih NANA.. Akak dah cuba tutorial dari blog NI.. Menjadi la! Hahaha.. Macam ni rupanya nak buat backlink! Ekeke.. Sayangggggg Nana!





NOTA:
Gambar ni saya tak tau bila mereka (anak-anak) ambil.. Tengah nak 'bersih'kan telefon, terjumpa beberapa gambar yang saya rasa agak kelakar la.. Yang pasti si kecik (anak buah) sah-sah kena buli ngan anak saya si Ghazy. Hehe..


Macam mana nak buat backlink?

Assalamualaikum!


Haha... Nak tanya ni. Macam mana nak buat backlink kat gambar ya? Tak pandai la.. huhu.. Dah lama ber blog tapi tak pandai-pandai. Huhu.. Nanti siapa yang ada ilmu, bagi tau ya.. Kesian saya. Hiks..


Nanti siap-siap kasi tutorial ya!






NOTA:

Itu pun tak pandai kan! Haha..


Happy Blogwalking

Assalamualaikum..


Haaa... Rajin pulak kita lately ni.. ekekeke.. Ni kita nak join pula blog baru Piqa iaitu segmen blogwalking..
Hehe..
Ini link nya: http://mykeyboardstories.blogspot.com/2013/08/happy-blogwalking.html (tak pandai nak buat backlink)

Syarat-syaratnya ada di SINI. Jom la kita jelajah blog kawan-kawan.. Haaa... kat sini kena tag 2 orang rakan tau.. puas fikir.. siapa la kita nak tag ni kan! So, pilih secara random followers blog kita ni.. Ni dia orang-orang bertuah! Heheee..

10 September 2013

Keje Oh keje!

Terlalai..

Terlupa..

Terbizi..


Qada' esok lah makan ubat!

:P

09 September 2013

Segmen Ayu: UPSR oh UPSR

Bismillahhirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua!



Ni Link dia tau.. http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html (btw, Yus tak pandai nak buat backlink tu.. huhu)


Haaaaa... dah lama tak join apa segmen 2-3 tahun ni.. Ni kira pertama kali nk join la ni!
Jom kita tengok syarat-syaratnya kat SINI!


OK, ada tiga soalan yang nak kena jawab ni :

a) Tahun bilakah anda menduduki peperiksaan UPSR?
Tahun 1993

b) Apakah keputusan UPSR anda?
Alamak.. malu la nak jawab. Haha.. Takpe.. kena jujur ni.. Keputusan UPSR saya tak berapa cantik! Saya dapat 1A, 2B, 1C

c) Apakah subjek yang anda paling suka?
Bahasa Melayu lah! Penulisan.. Tapi sekarang, nak menulis takde idea je.. dulu zaman2 sekolah, mencurah-curah idea datang.. Huhu..


Haaa.. tu jer pun soalannya.. Senangkan! Ekeke..

Eh, jangan lupa.. segmen ni akan tamat pada : 13 SEPTEMBER 2013 jam 10 malam. Jom la join sebelum terlambat!



NOTA:

Saya dah lama tak join segmen-segmen or apa-apa kuiz dari mana-mana blogger. Rindu plak rasanya! ^_^

04 September 2013

Kari oh kari.

Assalamualaikum semua! Hari ni nak 'gebang' sikit.. (Pertama kali saya dengar perkataan 'gebang'.. Kawan kata, maksudnya lebih kurang nak cerita.. atau nak bagi tahu..) Haha.. kekadang macam lawak pulak bila saya yang tak tahu maksud ni, memberi andaian macam-macam.. 


Mmm.. Saya teruja ni.. Malu ada, tapi tak kisah la.. semata nak berkongsi. Selama lebih lapan tahun kahwin ni kan, pertama kali dalam sejarah suami puji saya masak kari daging sedap! Hahahaa... Selama ni bukan tak pernah masak pun.. Selalu masak kari. Tapi yang selalunya tak pernah dapat puji-pujian lah! Saya orang Kelantan yang jarang makan kari sebenarnya.. yang saya tahu kurma, kerutuk, kari pun ada, tapi ala-ala Kelantan la pastu gulai2 tu.. So, kalau masak kari selalu tak kaw katanya. Suami pulak orang Perak. Kari ni memang makanan dia. Huhu...


Dulu kalau masak kari, dia sekadar cakap "OK".. tu jer.. Tapi semalam siap puji-puji.. "Sedap la kari ni... Haaa, mcm ni la baru rasa kaw karinya". Pastu siap tambah-tambah nasinya. Alhamdulillah.. Yang si anak-anak pulak, siap hirup-hirup kuahnya. Risau pulak takut berulang ke toilet lepas makan tu.. Hehe..

Hari ni saya bawa bekal nasi dengan lebihan kari daging malam tadi.



NOTA:

Saya selalu masak. Suami tak suka makan kat kedai atau beli lauk yang dah. Walau masak satu lauk, dia tak kisah asal saya masak. Memang saya datang dari zero kat dapur. Tapi kena rajin lah. Sekarang jadi kegemaran suami dan anak-anak termasuk saya, Sambal Ikan Bilis + Petai (walau saya sampai sekarang tak makan petai).


Seronok bila mereka gembira!