31 March 2013

KECEWA

Adakah saya ini selalu buang masa awak?












NOTA:

Hidup ini kekadang begitu. Tak semua indah.





27 March 2013

Untuk awak!







NOTE:

Untuk awak. Awak baca, awak tahu siapa awak. Semoga awak sentiasa tenang. :)

Saya sayang awak bukan kerana siapa-siapa, bukan kerana apa-apa.. Saya sayang awak kerana ALLAH.

Semoga DIA sentiasa mengasihani kita hamba yang sentiasa inginkan kebaikan.






06 March 2013

Pertemuan yang dirancang.


Rasa teruja, excited, gelabah pun ada.. lebih kurang 5 tahun kot kenal dengan Za Reesya.. Tak silap dalam bulan 10 atau 11 tahun 2008 saya start follow blog dia. Masa tu saya pun ada blog. Tapi saya dah delete blog tu.. Blog yang penuh kebencian.. blog yang sangat-sangat buat saya sedih. Untuk hilangkan rasa sedih, marah, benci, jadi saya buang blog tu dari hidup saya. Sebab saya sedang mencari bahagia.. Haha.. tetiba terluah plak..

Pernah terputus hubungan dengan Za ni. Semua ni gara-gara saya delete blog lama. Facebook pulak, entah macam mana ter'unfriend' dengan dia. Tapi jodoh pertemuan ditangan tuhan. Pertengahan tahun lepas (2012) terjumpa balik Za dekat facebook. Kemudian dia add masuk dalam group LSI. Tetiba juga kami jadi rapat. ^___^. Dengan pertemuan semula ni, saya juga dipertemukan dengan ramai lagi 'adik-beradik' LSI.. seronok sangat. Masing-masing support each other jika ada apa-apa masalah dan terus terang, saya rasa sangat bertuah. Terima kasih Za! Sabtu lepas kami plan nak jumpa.

Alhamdulillah menjadi. Inilah kali pertama saya jumpa Za dan kak Iena. Teruja sebab memang kami tak pernah bersua muka. Hanya di alam maya! Heee.... Harap-harap, lepas ni jumpa lagi lah! :)


Kak Iena, me, Za

Seronok dapat kenal dengan mereka! Sempoi.. 






NOTA:

Saya rasa saya nekad dengan persahabatan ni. Banyak perancangan dibuat. Semoga ALLAH permudahkan jalan kami. Tak sabar menunggu bulan-bulan yang seterusnya. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Ameen..