16 May 2012

Bagai Kera Mendapat Bunga.

Sumber: Google


Masa sekolah rendah cikgu tanya, “Apa maksud peribahasa, BAGAI KERA MENDAPAT BUNGA?” Masa ni berdiri ramai-ramai. Siapa dapat jawab, dapat duduk. Pantas aku jawab dengan rasa penuh yakin, “BAGAI LELAKI DAPAT PEREMPUAN.” Satu kelas gelakkan aku. Sampai cikgu pun ketawa sama.


# Tindakan tersebut disebabkan malu kerana murid yang berdiri makin sedikit. Rupa-rupanya tindakan itu membuatkan aku mendapat MALU yang lebih besar... (LOL)



p/s:
Selamat Hari Guru/Pendidik.. Tanpa anda, saya tidak akan ada sampai tahap ini. Terima Kasih!

09 May 2012

Bila Kakak Ambil Alih Tugas Papa...

*eksyen kemain..*

video


Sebelum kejadian, saya kat bilik sebelah.. tetiba terdengar suara kakak jerit2 marahkan adik..


Kakak, “Jangan nak jadi baby-baby.. baca ni betul-betul. Cepat!” pastu si adik buat-buat suara pelat.. “atu (satu), ua (dua), ige (tiga), bla.. bla...” Kakak jerit, “Adik!!! betul2 la..”


#Mmm.. part tu tak sempat rakam.. dapat rakam separuh jer... heeeee..







p/s:
Karenah mereka buat saya bahagia.